Website perlukan artikel mesra SEO. Sebelum bermulanya menulis artikel mesra SEO ( Search Engine Optimization ), anda sebagai pemilik website mesti mengetahui tentang kata kunci yang ingin ditulis dalam satu-satu artikel. Tujuannya adalah mahukan artikel daripada website anda muncul di halaman pertama Google dan mahukan kepercayaan daripada pembaca sebelum membeli produk dan bisnes anda.
Website mudah ditemui hanya dengan kata kunci
Website anda mudah ditemui di carian Google dengan kata kunci yang pelbagai .
Dapat menarik lebih ramai audien ke website dengan topik niche bisnes anda.
Sebagai contoh, website anda fokus kepada ‘jerawat’ . Jadi, anda boleh menulis artikel mengenai jerawat.
- Cara hilangkan jerawat pasir di dahi.
- Petua hilangkan jerawat di dagu.
- ubat jerawat mujarab di farmasi.
Contoh keyword niche beauty, rujuk link:
Carian dipercayai
Majoriti pengguna internet membuat carian di Google untuk mencari penyelesaian dan informasi mengenai sesuai maklumat. Baik mengenai kesihatan, gosip dan politik.
Jadi, pemilik website patut aktif menyiarkan artikel terkini di di website. Sesuai dengan carian ramai pengguna.
Bina content artikel website
Berdasarkan kajian Infront Webworks, 99 peratus trafik didominasi oleh website yang muncul di halaman pertama hasil pencarian Google, terutama tiga kedudukan teratas.
Brand awareness = Buat orang sedar dengan jenama kita, iaitu dengan ‘educate’ pembaca.
Dapat meningkatkan Brand Awareness
Apabila pengguna internet kerap menjumpai artikel anda di halaman pertama Google, secara tak langsung dapat tingkatkan kepercayaan pembaca kepada bisnes anda.
Dan juga peluang cerah pembaca mengenali bisnes anda.
Mudah berlaku jualan
Jika ‘brand awareness’ meningkat, sudah pastinya kerja-kerja menjual menjadi lebih mudah berlaku.
Daripada pembaca, status mampu bertukar kepada pembeli. Pembaca akan membeli tanpa perlu dipaksa lagi.
Kesan Buruk jika website anda, tiada artikel mesra SEO
Susah ranking
Tidak dinafikan, artikel yang ditulis tidak akan berjaya menduduki halaman pertama di Google. Malah, artikel tersebut tiada dalam carian pembaca.
Kerugian masa
Apabila artikel dihasilkan tidak mesra SEO, dikhuatiri anda akan kerugian masa. Sama ada mengarang artikel tersebut dan juga keluarkan idea ( brainstorm idea ) untuk satu-satu artikel di website.
Kerugian kos
Biasanya untuk menghasilkan artikel mesra SEO, pemilik website akan mengupah penulis. Mengupah penulis tidak menjadi satu kesalahan, yang salah adalah mengupah penulis yang tidak mengetahui selok belok menulis artikel tersebut. Cari lah penulis yang tepat dengan niche bisnes anda.
Pastikan juga, di bahagian SEO analysis semua butang berwarna hijau. Dan, sebolehnya score SEO anda 80% dan keatas. Jika berkurangan daripada itu, kemungkinan besar artikel anda tidak berjaya untuk ranking. Walaupun artikel tersebut ditulis mesra SEO.
Jadi, sila periksa di bahagian meta description pada artikel, kata kunci dalam link artikel, kata kunci dalam gambar yang digunakan, internal link serta outbound links.
Justeru itu, jika mahukan website anda mesra SEO serta bisnes anda dikenali oleh ramai orang melalui carian di Google. Pastikan website anda ditulis dengan artikel mesra SEO iaitu dengan kata kunci yang bersesuaian dengan niche bisnes, selain itu perlu banyakkan artikel di website juga. Untuk menambat hati audien, anda perlukan artikel bagi mempengaruhi mereka. Kesannya, dari audien mampu bertukar kepada pembeli.
Whatsapp : wasap.my/60189107161/SEOARTIKEL
Facebook : Nor Azlina Mohd Ali
Linkedin : Nor Azlina Mohd Ali
1,279 total views, 1 views today
interesting
[…] menjadikan artikel mesra SEO, pastikan kalian menulis dalam […]