Manuskrip ialah satu bahan penulisan mentah yang telah siap untuk dicetak serta diterbitkan menjadi naskah buku. Ianya telah melalui beberapa proses oleh penulis manuskrip buku seperti membuat kajian terhadap tajuk yang hendak ditulis, menulis, dinilai, disemak, pruf, suntingan dan bab-bab yang telah siap disusun sebelum diserahkan kepada klien. Manuskrip tidak termasuk melakukan kerja-kerja reka letak dan kulit buku. Tempoh siap manuskrip juga bergantung kepada jenis yang mahu ditulis.
Mengapa perlukan penulis, untuk menulis manuskrip buku?
Apakah jenis-jenis manuskrip buku?
1. Manuskrip ringan – iaitu manuskrip yang berkonsepkan tajuk ringan seperti tip, strategi dan panduan ringkas.
2. Manuskrip berat – iaitu manuskrip seperti novel, kisah hidup, autobiografi, biografi, travelog dan memoir.
Tempoh siap manuskrip buku
Tempoh siap manuskrip mengikut jenis. Jika ringan, ianya mengambil masa 30 hari. Manakala, manuskrip berat jangka masa siapnya adalah sekitar 90 hari atau lebih. Ini juga meliputi hal lain termasuklah : kepada masa klien untuk sesi meeting bagi memberikan maklumat.
Manuskrip boleh ditulis berdasarkan :
1. kajian sendiri oleh penulis
Penulis manuskrip buku akan melakukan kajian dengan tajuk yang mahu ditulis. Iaitu sebelum menulis dan menggunakan daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai.
2. Sumber bahan penulisan daripada hasil video seminar
Biasanya klien yang mahu membuat buku jenis non-fiksyen, akan memberikan saya rakaman video seminar untuk ditukarkan kepada teks ( transkrip). Cara ini bukannya mudah, ia perlukan masa yang banyak untuk kerja-kerja transkrip.
3. Sumber bahan-bahan penulisan klien yang dikutip daripada laman media sosial mereka seperti Facebook, blog dan Twitter mereka.
Penulis akan mengumpulkan kesemua penulisan klien daripada laman media sosial mereka. Selaku penulis, akan mencantikkan lagi isi kandungan tersebut.
Siapakah yang perlukan penulis upahan bagi menyempurnakan kisah kalian?
Saya percaya disini bahawa majoriti mereka yang terdiri daripada usahawan berjaya, tokoh-tokoh, selebriti, atlet, mahupun Influencer yang ingin menerbitkan buku. Dalam masa yang sama ketiadaan masa untuk duduk menulis serta menyiapkan manuskrip tersebut. Dan, mungkin juga klien ketandusan idea untuk mengarang.
Selaku penulis upahan, saya bertanggungjawab untuk menulis bagi pihak klien. Antara pengalaman saya sebagai penulis upahan, pernah menulis kisah hidup klien dan mempunyai 1 buah buku sendiri dengan tajuk “Legasi Abah : Lelaki Himpunan Setia” Kalian boleh melihat portfolio saya disini
Justeru itu, mengupah penulis upahan untuk menulis manuskrip buku. Juga sebagai wakil menulis bagi pihak kalian dapat bantu merealisasikan impian menerbitkan naskah buku menjadi kenyataan.
Jika kalian mahu terbitkan buku, dalam masa yang sama hanya perlukan manuskrip sahaja. Boleh dapatkan khidmat menulis daripada saya. Manuskrip yang telah siap, kalian boleh bawanya untuk mencari designer bagi kerja reka bentuk letak dan kulit buku. Namun, jika kalian mahu saya uruskan dari menulis manuksrip dan sehingga siap termasuk reka letak ( design ), pun boleh disediakan oleh team saya.
Whatsapp : wasap.my/60189107161/manuskrip
Facebook Page : Nor Azlina Ghostwriter
Linkedin : NOR AZLINA MOHD ALI