7 strategi penulis upahan yang boleh di gunakan pada bila-bila masa. Teringat saya dengan satu perbualan ini. “Puan, gerenti ke masuk kelas online terus dapat job sebagai penulis upahan?” ujar seorang penulis yang ingin menempa nama dalam industri penulisan. Saya saat ini mahu sahaja gugur jantung, sebaik menerima chat daripada individu di platform Linkedin. Dalam-dalam nafas saya tarik, sambil otak ligat menyusun kata bagi menjawab persoalan yang bermain di minda individu tersebut. Agar kata-kata saya tidak mengguris perasaannya.
Table of Contents
Kenapa perlu jadi penulis upahan?
Sebab mahu menulis bagi pihak pelanggan. Anda yang sukakan menulis bagi pihak orang lain, dalam masa yang sama tidak mahu di kenali oleh pembaca. Dalam artikel ini saya kongsikan 7 strategi penulis upahan pemula.
Kenapa perlu ada strategi penulis upahan?
Agar anda menjadi pilihan pelanggan berbanding penulis di luar sana.
Bagaimana penulis upahan di bayar?
Apabila mempunyai persetujuan antara kedua belah pihak iaitu penulis dan pelanggan. Penulis di bayar oleh pelanggan apabila kemahiran mereka di perlukan.
Paling saya takuti, bila penulis pemula berfikiran begini.
Hari ni buat blog, tulis blog dan terus pelanggan offer job penulisan.
Hari ni daftar Kelas Basic SEO , terus esok prospek offer job.
Hari ni daftar mana-mana kelas online , terus mengharapkan orang offer job.
Hari ni join seminar Ghostwriter, esok dah dapat job kepuk-kepuk.
Salah tau!
Langkah demi langkah yang perlu di buat jika anda seorang penulis upahan pemula
Yang sebenarnya adalah, semua keinginan kita sebagai penulis perlu melalui beberapa perkara di bawah.
1. Proses
Proses macam baby. Dari merangkak, meniti, berjalan dan berlari.
Ia sama seperti orang bisnes. Jadi penulis upahan pun perlu melalui proses diatas. Cepat atau lambat, semuanya atas izin Allah SWT belaka.
2. Kerajinan
Anda perlu rajin buat content.
Macam mana nak miliki sifat rajin? buat content yang paling dekat dengan diri kita. Tak perlu ikut orang lain. Jika suka bercakap bab parenting, suka berkongsi panduan ini niche anda.
Dan, jika anda seorang penulis. Mesti ada niche. Paling penting, perlu tahu target audiens anda berada di platform mana.
3. Konsisten
Bukan hari ini, esok atau setengah jam terus dapat jualan. Ia perlu dilakukan setiap hari, konsisten membina content.
Ingat ya! pelanggan tidak akan membeli atau bersetuju dengan servis penulisan kita apabila terjumpa buat pertama kali nya. Mungkin kali ke-3 atau 10 baru mereka membuat keputusan untuk menggunakan servis penulisan kita. Melainkan, anda di recommend oleh seseorang. Namun, portfolio anda perlu di update dari masa ke semasa.
4. Agresif
Dah penat buat content di wall media sosial. Rajinkan diri promote servis penulisan. Ingat ya! tidak boleh duduk diam-diam dan mengharapkan orang sekeliling tolong promote servis anda. Cara betul boleh menggunakan kaedah dibawah.
Sebagai contoh :
Bulan Januari 2024, saya ada tawarkan 17 jenis servis penulisan Ghostwriter.
Nak tahu lebih lanjut, terus baca di pautan ini > https://azlinaghostwriter.com/jenis-servis-ghostwriter…/
5. Portfolio
Portfolio adalah sangat penting kepada penulis. Ia boleh dikatakan hampir sama seperti resume, cumanya portfolio mempunyai beberapa halaman. Serendah 3 halaman muka surat sehingga maksima 5 halaman muka surat. Bergantung kepada pengalaman penulis.
Perkara penting portfolio adalah, anda perlu asingkan setiap ghostwriting job anda dalam satu portfolio. Sebagai contoh : 1 Portfolio sebagai Copywriter, 1 Portfolio sebagai Content Writer Media Sosial, 1 Portfolio sebagai penulis ebook, dan 1 Portfolio khusus sebagai SEO Content Writer di website.
Boleh rujuk aplikasi Canva untuk template portfolio. Atau cara lain, dengan menggunakan akaun di platform Linkedin sebagai portfolio . Segelintir bakal pelanggan mahu melihat akaun LinkedIn anda ( jika ada ).
6. EGO
Bukan semua penulis mempunyai ego tinggi. Mungkin segelintir sahaja. Maklumlah, bila mahu menjadi penulis perlu buang ego. Siapa diri anda? pekerjaan lalu? taraf pendidikan? dan taraf hidup anda sekarang?
Sila turunkan ego anda. Buang rasa malu untuk promosikan servis penulisan. Bayangkan jika anda sentiasa dengan ego? malu tidak bertempat? bagaimana anda mahu mendapatkan pelanggan pertama serta seterusnya sebagai seorang penulis upahan ya.
7. Skill
Paling ramai penulis pemula peram skill mereka. Ini apa yang saya perasan, apabila saya meluaskan networking bersama penulis baharu.
Jangan takut untuk bermula. Sebenarnya dari sini anda boleh tarik seberapa banyak peluang job yang ada. Tidak mahukah jika ada bakal pelanggan sedang perhatikan anda, dan tunggu masa sahaja nak sambar servis penulisan anda itu?
P/S: Sengaja saya update, memandangkan ada yang messenger cakap best dapat tawaran ghostwriting pelbagai.
Justeru itu, mahu menjadi penulis upahan pemula dengan pendapatan tetap sangat mudah. Tidaklah sukar, melainkan anda setiap hari berzikir di hati mengatakan ‘susah, susah, susah’ . Dengan itu, pasti Allah SWT makbulkan permintaan anda.
Oleh itu, sila ikuti 7 strategi penulis upahan jika mahukan tawaran dalam dunia penulisan. Strategi ini sudah terbukti digunakan oleh saya sebagai individu yang memegang pendapatan tetap sebagai penulis yang di bayar serta dipercayai oleh pelanggan. Masya Allah, tabarakallah. Semuanya dengan izin Allah SWT belaka.
Mahu upgrade kemahiran penulis artikel kepada penulis artikel SEO di website? hubungi saya di pautan whatsapp. Sila rujuk feedback Kelas .