Klien saya seorang ini, suka repeat servis SEO untuk penulisan artikel daripada saya. Syukur! kadang tu, tak berharap pun pelanggan akan repeat servis. Sebab pelanggan ini dah menggunakan servis penulisan sejak bulan 10/2025. Saya fikir, mungkin dah cukup saya berkhidmat untuk website beliau. Maklumlah, optimize artikel pun sudah 50 artikel sebelum ini.
Bila pelanggan cakap. “Puan, saya nak servis SEO lagi. Berikan Invois untuk saya transfer bayaran”. Sedikit terkejut saya bila terima whatsapp begitu. Masya-Allah. Pelanggan ini, beliau buat niche servis. Jadi, niche macam ni agak sukar meyakinkan pelanggan jika tiada bahan content di website. Beliau percaya untuk convert sales, perlu konsisten artikel SEO di website.
Kata beliau, sebelum ini sudah upah penulis SEO. Tapi tak pernah dapat contact daripada mana-mana pelanggan dalam bidang beliau usahakan. Sehinggalah berjumpa saya. Masya-Allah. Allah izinkan. Setiap artikel yang saya tulis dan optimize telah berjaya mendapat jualan. Saya sendiri pun excited bila pelanggan bercerita begitu.
Table of Contents
Apa yang saya sediakan dalam Servis SEO?
Ramai yang salah faham bahawa, Servis SEO adalah run ads di Google. Bukan! SEO bukan kat situ sahaja jika di website
Artikel bisnes panjang
Artikel SEO yang pelanggan request daripada saya adalah 2000 patah perkataan. Iaitu artikel panjang.
Keyword untuk artikel bisnes
Walaupun kadang pelanggan ada berikan keyword kepada saya. Masih saya lakukan research. Kadang keyword diberikan pelanggan tidak tepat dan bukan SEO.
Research mendalam tentang bisnes pelanggan
Sebelum menulis saya akan research terlebih. Setelah research, saya akan menulis artikel SEO di website pelanggan.
Gambar dalam artikel bisnes
Boleh diberikan kepada saya untuk di masukkan dalam post di website. Atau saya akan cari sendiri yang bersesuaian dengan tajuk artikel bisnes pelanggan.
Tempoh siap artikel bisnes
7 hari bagi setiap 1 artikel SEO. Jika artikel bisnes tersebut 2000 patah perkataan. Jika 1 artikel SEO dengan 800 patah perkataan, hanya 3 hari sahaja.
AEO dan SEO
Setiap artikel bisnes ditulis mengikut format AEO dan SEO. Jadi setiap artikel mudah ditemui di carian Google.
Setup Servis SEO On Page
Yang ni, saya bantu setup sebelum siaran artikel SEO
Saya perlukan artikel SEO yang convert sales. Boleh buat tak?
Boleh buat. Cuma pelanggan perlu konsisten mengambil servis artikel bisnes dengan saya. Ada pakej untuk servis SEO.
Boleh masukkan content artikel SEO di website?sebab saya owner bisnes sibuk.
Insya-Allah. Boleh sangat. Itu memang tugasan saya. Update dan siarkan di website pelanggan.
Kalau company saya nak buat artikel SEO boleh? tapi tak nak gunakan keyword
Boleh. Cuma artikel ni takkan dijumpai oleh audiens yang tepat di Google. Artikel tersebut hanya berada di website sahaja. Rugi kat situ!
Saya dah ada penulis di website. Tapi artikel tak naik di Google. Macam mana? Servis SEO membantu?
Boleh upah saya. Akan bantu optimize artikel kembali supaya mesra SEO dan mesra pembaca.
Testimoni bagi Servis SEO
Bagi bakal pelanggan yang tidak pernah menggunakan servis saya, kalian boleh melihat testimoni pelanggan saya yang lain.
Keperluan Artikel SEO dalam bisnes : 7 sebab mengapa ia penting Keperluan Artikel SEO dalam bisnes : 7 sebab mengapa ia penting
Kesimpulan mengenai Servis SEO ( Penulisan artikel SEO )
Mana-mana owner bisnes yang nak jimatkan kos marketing pengiklanan. Boleh lah mengubah corak marketing dengan kaedah organik. Biarpun lambat, tapi jangka panjang sangat bagus untuk bisnes pelanggan.
Salah seorangnya, macam pelanggan diatas yang saya ceritakan tadi. Ada 3 prospek whatsapp untuk berjumpa ( tindakan seterusnya. ) Di website beliau, content di website iaitu artikel SEO yang berjaya datangkan jualan dalam firma. Syukur! saya hanya menumpang rezeki daripada pelanggan.