Ada rakan Ghostwriter tanya saya, bagaimana cara marketing di Facebook sebagai Ghostwriter dan penulis upahan dengan betul. Dan, bila teknik digunakan dengan betul kesannya akan dapat dilihat kurang daripada 30 hari jika anda konsisten. Menarik bukan? dalam artikel ini saya akan dedahkan teknik betul dan confirm menjadi.
Kenapa Facebook?
Kerana Facebook adalah 50% lubuk bagi servis penulisan. Sebahagiannya adalah di platform Website, TikTok dan Instagram. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada niche penulisan yang di bawa oleh penulis.
Table of Contents
7 cara marketing di Facebook sebagai Ghostwriter
Jika mengikut cara marketing di Facebook mengikut teknik yang saya gunakan ;
Posting
Maksima muat naik status 5 jenis berlainan dengan jumlah kekerapan 5 kali setiap hari.
4 posting biasa ( mungkin boleh ceritakan rutin kita seharian namun perlu selitkan diakhir posting dengan nasihat atau tips mudah ), dan 1 posting untuk dapatkan jualan.
Rujuk artikel : Jenis-jenis posting di Facebook .
Jenis Content
Gunakan kaedah content story, melalui penceritaan. Kaedah ini lebih dekat dengan audiens.
Sebagai contoh content story saya gunakan.
Gaya penulisan
Pastikan anda menggunakan bahasa santai. Yang mana bahasa seperti kita berbual dengan kawan. Tapi, jangan lah gunakan kata ganti nama seperti kau dan aku.
Hard sell
Boleh jer nak gunakan kaedah hard sell seperti di bawah :
Sebagai contohnya :
Lama saya tidak update job menulis. Rasanya tidak ramai yang tahu, selain menulis artikel SEO tugasan di bawah juga saya ambil :
Upah menulis Artikel SEO
E-book ( Buku digital )
Olah e-book ( prospek yang sudah siapkan e-book, cuma ketandusan idea dan ketiadaan masa untuk siapkan )
Copywriting SEO
Content SEO
Seeding keyword ( Mencari kata kunci artikel SEO)
Menulis kapsyen di page
Video Tiktok ( masukkan subtitle dalam video, keyword SEO dalam video, dan description )
Audit artikel sedia ada
Review di blog peribadi
Backlink ke blog peribadi ( sesuai untuk pemilik website )
Whatsapp ke nombor 0189107161
Namun, untuk gunakan kaedah hard sell begini jangan dibuat setiap hari. Mungkin usia sebulan sebagai penulis baharu sudah memadai. Selepas daripada tempoh tersebut anda boleh menggunakan kaedah content story.
Testimoni
Jika anda mempunyai testimoni, boleh muat naik di wall. Nak lebih advance?
Apa kata, anda ambil ayat klien yang berpuas hati dengan servis anda kemudian jadikan storytelling. Baru tak cliche kan?
Sebagai contoh ayat klien berpuashati dengan servis ghostwriter anda dalam bentuk chat.
“Alhamdulillah, kami sudah baca dan membuat semakan kesemua artikel puan tulis. Kami berpuas hati dengan hasil penulisan puan.” Klien artikel.
Facebook walking
Rajin-rajinkan diri anda berkunjung di wall rakan penulis. Bukan tepek iklan tau. Tapi, menulis komen dengan gaya tersendiri. Lontarkan pandangan anda di posting rakan tersebut. Dari sini, bole wujudkan networking antara rakan penulis dan kemungkinan prospek yang sedang memerhatikan anda.
Dapat idea tak daripada posting ini? Jika ya, taip “setuju” di ruangan komen.
Mengapa tidak sesuai menggunakan kaedah show dont tell sebagai Ghostwriter?
Umum tahu, show don’t tell adalah tidak sesuai digunakan di media sosial. Ini kerana kaedah ini menyukarkan prospek untuk mengetahui sama ada anda adalah penulis yang mengambil upah menulis. Namun, ramai Ghostwriter yang telah salah faham. Yang perlu disorokkan adalah hasil kerjanya dan siapa klien sahaja, bukanlah servis yang disediakan perlu sorok.
Behind The Scene
Ini bukan menunjuk. Sebaliknya, ia adalah salah satu contoh kita beritahu prospek dan klien bahawa sedang menguruskan projek semasa.
Untuk behind the scene, saya menggunakan kaedah Content Story.
Sebagai contoh Content saya di Facebook, saya muat naik gambar dan menulis seperti kapsyen dibawah :
Beli dari tahun 2019 tapi jarang guna ring light, sekarang rosak dah ni. Asyik berkelip je lampu masa buat recording kelas.
Nampaknya memang kena tambah lagi pencahayaan. Dalam gambar tu, saya gunakan lampu bilik dan background lighting je.

Anda sudah dapat idea atau tidak untuk content behind the scene? jika dapat, boleh lakukan segera.
Video
Selain content berbentuk teks, anda boleh menggunakan content berbentuk video. Video yang saya maksudkan adalah jenis Reels. Content ini mempunyai pilihan berdurasi 15 saat dan 60 saat. Tanpa menggunakan pengiklanan berbayar, engagement di reels boleh mencapai selain audiens selain rakan dan followers anda.
Sebagai contoh : Content Reels
Sebagai Ghostwriter, anda perlu variasikan content agar anda mudah menjadi pilihan prospek untuk pelbagai projek penulisan. Justeru itu, cukuplah 7 Cara marketing di Facebook sebagai Ghostwriter.
Kesimpulan
Sebagai Ghostwriter, anda perlu buang sejauh mungkin rasa malu untuk memberitahu kepada umum bahawa anda adalah seorang Ghostwriter yang yang mengambil upah menulis bagi pihak pelanggan. Anda perlu ingat! Ghostwriter adalah salah satu perniagaan. Anda menjual servis penulisan. Jadi, sila buang rasa malu dan ego untuk uar-uarkan perniagaan di media sosial seperti Facebook dan lain-lain platform juga. Jika anda berterusan mengamalkan sikap malu, agak sukar untuk mendapatkan ghostwriting job. Sila gunakan 7 Cara marketing di Facebook yang saya berikan seperti kekerapan posting, content, behind the scene, gaya penulisan, testimoni dan Facebook Walking.