Portfolio Penulis Upahan

Portfolio penulis upahan  adalah satu perkenalan diri daripada seorang penulis. Ia juga boleh dijelaskan sebagai kayu ukur penulis untuk memohon pekerjaan atau sebelum penulis diberikan sebarang tugasan menulis, portfolio adalah satu perkara penting yang perlu diberikan kepada prospek untuk menilai penulis. Adakah ianya layak atau sebaliknya untuk tugasan tersebut. Portfolio juga penting digunakan  dalam pencarian kerja sebagai freelance.

Siapa perlukan Penulis upahan?

Majoriti pemilik bisnes servis mahupun founder produk  mempunyai keinginan menerbitkan sebuah ebook, manuskrip buku, artikel mesra SEO dan copywriting. Dalam hal yang sama, mereka ketiadaan waktu untuk duduk menulis dan berfikir bagi tujuan itu.
 

 

portfolio penulis upahan
Portfolio penulis upahan
 

Tentang Nor Azlina Mohd Ali, Portfolio Penulis Upahan

 

Nor Azlina Mohd Ali berpengalaman dalam kerja-kerja menulis sebagai penulis upahan. Seorang ibu dengan 4 orang cahaya mata. Mengambil upah menulis artikel mesra SEO, Copywriting, ebook, manuskrip buku, dan penyedia idea content social media seperti Facebook/ Instagram/ TikTok/ YouTube.

    Artikel lain : Berbaloi menulis artikel mesra SEO  

Penulisan Kreatif

  Kerana mempunyai pengalaman dalam menulis copywriting, ebook, artikel mesra SEO dan cerpen.   Berkecimpung dalam dunia blogger sejak 2016. Juga merupakan ahli Kelab Blogger Ben Ashaari ( KBBA). Dalam masa yang sama, menjadi penulis upahan atau dengan panggilan lainnya  GHOSTWRITER.  

 

 

Pengalaman sebagai Ghostwriter / Penulis Upahan :

  Berpengalaman sebagai penulis iaitu menulis artikel sebanyak 90 artikel dalam satu masa. Menulis copywriting dalam pelbagai niche bisnes. Menguruskan media sosial client dalam niche automotif, restoran, produk kesihatan dan insuran. Juga menulis content ebook dan artikel mesra SEO.  

 

 

Penulis Upahan juga penulis Artikel Mesra SEO

 

  Penulis upahan juga menulis artikel. Dengan maksud, penulis yang terlibat menulis dengan serendah 300 patah perkataan, 600 patah perkataan, 1000 patah perkataan sehingga 2000 patah perkataan.   Berpengalaman menulis artikel mesra SEO, dan juga artikel yang ditulis mampu berada di halaman pertama GOOGLE.  

 

 

Kelas Penulisan ( Idea Kreatif Terus ke Penulisan ):

 

  Dalam bidang marketing pula, N.A Writer juga salah seorang Alumni Sifubad dalam kelas 2comma Tribe.  Kelas marketing yang dianjurkan oleh Sifu Jamal selama 2 hari secara online.  Turut menyertai kelas sampingan lain iaitu Kelas penulisan virtual ramadan 2020/2021/2022 anjuran MyMove yang dianjurkan oleh Tuan Zamri Mohamed. Kelas Ghostwriter anjuran Puan NorDianah Bachok selaku foundernya.   Lain-lain kelas : Penulisan ebook, kelas manuskrip buku dan content marketing KHM.    

 

Penulis turut menerima tempahan daripada client sedia ada mahupun yang baru mencuba servis penulisan kreatif.

 

Kenapa SEO Ghostwriter Malaysia :

 

  Oleh kerana mahukan penulisan berbeza daripada penulis lain yang ada di pasaran. N.A Writer menulis dengan kaedah SEO ( Search Engine Optimization ) . Iaitu setiap bahan penulisan menggunakan kaedah kajian kata kunci, yang bertepatan dengan kehendak audiens dan  pencarian enjin di Google.

 

Jadi, N.A Writer jadikan SEO Ghostwriter Malaysia sebagai tagline diri. Supaya audiens mampu ingat brand N.A Writer dalam bidang penulisan.   Bukan hanya menulis artikel sahaja menggunakan kaedah SEO, tapi N.A Writer untuk semua jenis penulisan termasuk content media sosial, ebook, manuskrip dan copywriting.    

 

 

 

 

Attn : PEMILIK BISNES YANG SIBUK DAN TIADA MASA MENULIS.  

 

  Korang ada idea, tapi tak sempat nak tukarkan idea korang dalam bentuk penulisan?

 

  korang takut nak terjemahkan dalam penulisan?

 

  Tak cukup masa untuk menulis? dalam masa yang sama, kalian nak fokus je bisnes.

 

  Kalian sentiasa takde idea untuk menulis artikel di website? tak tahu menulis artikel yang mesra SEO?  

 

Kalian nak buat e-book, tapi dalam masa sama masih bertangguh? tak tahu bagaimana mahu bermula?  

 

Kalian teringin bukukan kisah hidup dan pengalaman dalam cetakan buku?

 

 

 

  Dan, kalian tak nak sakit-sakit kepala perlu uruskan banyak hal lain?       Whoa, bertenang.

 

 

 

Saya, Nor Azlina Mohd Ali dapat membantu kalian. Saya adalah penulis upahan yang kalian tercari-cari selama ini.

   

Kenapa perlu menggunakan servis penulis upahan daripada N.A Writer?

 

  1. Berpengalaman sebagai penulis content di page client dalam Niche automotif, makanan [ restoran ], produk kesihatan, kecantikan dan keagamaan.

 

  1. Seorang Penulis upahan yang berpengalaman menulis artikel sebanyak 90 artikel kesihatan.

 

  1. Berpengalaman menulis artikel kecantikan, kekeluargaan, keagamaan, pelancongan  dan teknologi.

 

     4. Penulis upahan yang juga menulis copywriting lebih 80 jenis dalam pelbagai jenis. Selain menulis copywriting media sosial, juga menulis SEO Copywriting bagi siaran di website. 

 

      5. Menulis artikel mesra SEO dan  artikel tersebut berjaya menduduki  di halaman pertama teratas. Faham mengenai SEO  ON Page dan OFF page. Artikel mesra SEO yang ditulis sekitar 300, 600 patah perkataan, 1000 patah perkataan dan 2000 patah perkataan.

 

 

    6.  Menulis 6 buah ebook  bagi pihak client. Termasuk pasaran Luar Negara dan terkini menyiapkan ebook client dari Abu Dhabi.

 

 

  1. Merupakan alumni Sifubad [ 2comma Tribe ], Sekolah Penulisan Summit Ramadan 2020/2021 (MyMove) dan lain-lain.

 

 

  1. Mempunyai buku antologi ‘Legasi Abah’ [ Lelaki Himpunan Setia ]

 

 

  1. Certified sijil Pengurusan Media Social.

 

    9. Penulis upahan juga menulis ebook client dalam pelbagai niche ( penulis hanya sediakan dalam Bahasa Melayu )

 

 

Testimoni yang menggunakan Servis Penulis Upahan

  “Awak memang bagus dalam penulisan.” – Puan Arbiah  

 

 

  “Penulisan yg baik bila saya baca artikel ni. Saya nak buat bayaran untuk content page pula..” Puan Hartini.  

 

 

  “Terima kasih kak, bantu naikkan page saya selama setahun” – Puan Putry  

 

 

  “Iklan FB ads dah lulus! terima kasih atas copywriting yang menarik ni.” Pihak Media Marketing.

 

 

  “Headline copywriting macam ni lah saya suka!” – Pihak Media Marketing.    

 

 

 

Portfolio penulis upahan
testimoni upah menulis ebook

 

      Bayangkan pula, segala kerja-kerja menulis kalian selesai. Kan mudah? Upah je penulis.   Psst~ yang best, kalian dapat kurangkan kos pekerja! kerana penulis upahan ada pelbagai kemahiran dalam dunia penulisan.   JIMAT KAN? jom kita bekerjasama. Dari sekecil-kecil job penulisan di terima. KECUALI menulis artikel hiburan, berasaskan perjudian dan assignment thesis memang ghost writer tidak sediakan. Lagi satu, content yang berbentuk politik juga tidak ambil.  

 

Dah baca portfolio N.A Writer? jom bekerjasama..

 

Klik whatsapp > wasap.my/60189107161/blogazlina

 

 

Ikuti juga melalui blog personal di www.ehbelogaku.com    

 

 

Facebook : Nor Azlina Mohd Ali   Linkedin : Nor Azlina Mohd Ali

 230 total views,  1 views today