Testimoni Pelanggan : Pelanggan berpuas hati

testimoni pelanggan

Apabila mahu meyakinkan pelanggan dalam bidang penulisan, saya rasa adakalanya sukar. Tetapi berbekalkan testimoni pelanggan yang terdahulu, dalam penulisan ianya menjadi begitu mudah untuk mendapatkan kerja-kerja penulisan. Testimoni atau ulasan pelanggan mengenai penulisan daripada N.A Writer adalah kekuatannya.

 

 

Artikel lain : Cara mendapatkan testimoni tanpa paksaan

 

Testimoni pelanggan

 

 

Testimoni atau ulasan ialah mereka yang berpuas hati dengan servis atau  produk setelah mendapatkannya. Ianya boleh jadi kesan setelah mendapat servis penulisan daripada penulis itu sendiri. Adakah berjaya mendapatkan jualan? mungkin penulisan itu tepat dengan apa yang dimahukan oleh pelanggan dan mungkin juga penulisan tersebut bantu memudahkan merealisasikan keinginan pelanggan tersebut, dalam menerbitkan bahan penulisan.

 

 

Sebagai contoh, mahu memiliki artikel seo di website miliknya. Atau mahu memiliki satu bahan bertulis jualan serta memiliki ebook.

 

 

 

Mengapa Testimoni pelanggan penting dalam bisnes penulisan

 

 

Juga dikatakan testimoni pelanggan sebagai kayu ukur penulis dalam bidang penulisan. Atau ianya  juga sebagai pengakuan daripada pelanggan yang sudah menggunakan servis. Tambahan lagi, diluar sana sudah ramai yang menjadi penulis. Jadi, apa yang membezakan penulis A dengan B adalah melalui testimoni.

 

Dan, di sebelah pelanggan pula adalah penting mencari penulis berpengalaman salah satu sebab adalah perniagaan pelanggan. Jadi, penulis mesti faham bagaimana untuk menghasilkan penulisan yang sesuai dengan niche perniagaan pelanggan.

 

 

 

Tangkap layar diatas menunjukkan ulasan daripada pelanggan yang berpuas hati dengan artikel mesra SEO iaitu Search Engine Optimization. Saya menulis bagi niche servis. Bagi saya, menulis artikel tidak susah. Malah menyeronokkan, apabila dapat membantu pelanggan mencapai keinginan beliau seperti apa yang dimahukannya.

 

Pelanggan tersebut meminta pandangan saya mengenai artikel di website nya. Memandangkan ianya masih baru, saya cadangkan kepada beliau  supaya menempah 5 artikel mesra SEO sesuai dengan bajet beliau. Alhamdulillah.

 

 

Walau bagaimanapun, ianya sangat penting kepada penulis untuk dijadikan  bukti sebagai penulis bahawa mereka layak untuk mendapatkan sebarang kerja-kerja menulis daripada prospek.

 

 

Bagi sesiapa yang mahukan bahan bertulis dengan format SEO, saya selaku penulis upahan dapat sediakan bahan bertulis kepada kalian termasuklah artikel mesra SEO di website, Copywriting media sosial, SEO Copywriting dan Ebook ( ebuku ).

 

 

Facebook : Nor Azlina Mohd Ali

 

 

Linkedin : https://www.linkedin.com/in/nor-azlina-mohd-ali-5469511a7/

 

 

Whatsapp : wasap.my/60189107161/BlogAzlina

 

 

 

 

 

Testimoni pelanggan Copywriting daripada Azlina Ghostwriter

Loading