artikel-mesra-seo

Berbaloi menulis artikel mesra SEO di Website. Apabila aku luangkan masa berhari-hari  mencari keyword bagi menulis artikel mesra SEO buat client di ruangan blog persendirian ini. Serta berjam bagi  menulis artikel review tersebut.  Alhamdulillah, selepas 2 jam artikel disiarkan diruangan blog. Penat lelah ku berbayar, apabila berjaya ranking di halaman pertama Google.

Artikel produk review berjaya ranking di halaman pertama google, ia bermaksud aku menulis dalam keyword yang betul untuk bersaing dengan artikel-artikel SEO yang ada di halaman pertama Google. Jom, ketahui apa yang best bila artikel dihasilkan adalah SEO.

 

    Kenapa Orang berebut nak muncul kan artikel di halaman pertama GOOGLE?

 

Salah satu sebabnya adalah pembaca dia nak baca artikel di halaman pertama jer, halaman kedua, ketiga dan seterusnya orang tidak suka baca. Sebab memang macam tu. Kalau tanya aku pun, aku pun sama. Kiranya, halaman pertama di Google tu trusted lah.

upah-menulis-artikel-SEO

 

Artikel  kat atas tu baca sini : Ciri-ciri beg sekolah rendah yang Support Tulang Belakang

Tidak dinafikan, untuk mencari keyword yang tepat amat sukar. Berbekalkan ilmu yang ada, aku gunakan terus. Biasanya artikel SEO  client jer aku ambil upah menulis, dalam blog sendiri jarang nak menulis artikel dalam bentuk SEO. Kebetulan feel tu sampai, jadi rajin lah menulis artikel SEO dalam blog sendiri. Petang raya kot duduk membongkok depan laptop. Kes kecewa ayam tidak dapat beli..

Menulis dalam gaya penulisan artikel mesra SEO 

 

Menulis dalam gaya penulisan artikel mesra SEO bukanlah mudah. Tambahan lagi perlu membuat carian tajuk-tajuk, yang mampu tarik audien untuk membaca artikel ditulis. Perlu faham apa yang audiens mahukan dan apa yang mereka tidak mahukan. 

 Masya allah, tabarakallah. Berkat berjam juga dan berbulan dan mungkin makan tahun aku try and error. Akhirnya, muncul lah artikel aku tulis di halaman pertama Google tanpa spam score. 

Artikel mesra SEO
Artikel yang baru 2 jam diupdate, kini berada di halaman pertama Google. Top 3 ranking

Cara mengetahui Artikel ditulis, berada di Halaman Pertama Google ataupun tidak

 

Bagi melihat artikel betul-betul muncul di halaman pertama GOOGLE, pastikan kalian buka ‘New private window’ atau ‘New Incognito Tab’ di smartphone. Tujuannya, bagi kalian tak perasan, kang artikel sendiri jer yang muncul di halaman pertama. Ehehehe

 

 

Belajar menulis Artikel Mesra SEO di mana?

Serius aku beritahu, nak belajar SEO bukan mudah juga. Ada yang kenakan yuran tahun untuk belajar SEO. Tapi tak faham-faham apa benda yang diajar. Ada yang buat kelas fizikal, itu pun aku teringin sangat. Cuma aku kekangan masa dan kewangan ketika itu. Jadinya, aku biarkan sahaja hasrat mati begitu sahaja. Sedih gila kan? bertahun teringin nak belajar buat artikel mesra SEO. Tahun 2022 baru perasan, artikel sendiri dah berjaya menjadi artikel mesra SEO. Itu pun sebab dapat produk review mahal dari SwanBag Malaysia. 

 

Artikel lain : Cara Menulis Artikel Menarik

Kenapa aku serius menulis Artikel Mesra SEO di Website

 

Nak dijadikan cerita, pada bulan lepas June 2022. Diizinkan allah, client push aku untuk menulis artikel mesra SEO. Jadi, aku pun menerima pelawaan tersebut. Aku ni sentiasa berpegang kepada petua orang lama-lama. Seperti, rezeki yang masuk tidak baik ditolak. Jadi aku terima dengan hati terbuka. 

 

Artikel yang aku tulis tu pun agak urgent. Semua artikel deadline seminggu. Maka, berhempas pulas aku buat kerja-kerja mencari keyword seperti yang diinginkan client. Walau pun client ada berikan satu keyword untuk aku menulis artikel, namun masih tidak mencukupi. 

 

Aku sendiri lah yang kena buat analisis tu semua. Berhari-hari juga, dan keluar macam-macam jerawat juga sepanjang menghasilkan artikel mesra SEO client tu. 1500 patah perkataan aku menulis dalam niche keagamaan. Fuhh! basah ketiak. Makan pun tidak kenyang, sebab menulis artikel urgent begitu. 

 

Namun, aku tetap bersyukur. Sebaik sahaja satu artikel berjaya disiapkan, client memberikan tugasan artikel SEO lain pula ketika itu. Kali ini, 2000 patah perkataan artikel mesra SEO perlu aku menulis dalam niche kekeluargaan. Jerawat tidak sempat kecut, tumbuh pula jerawat lain. Stress lain macam kan? hahaha. Syukur rezeki anak-anak dan keluarga kecil kami serta mak abah sebelum Raya Aidiladha.

 

 Upah Menulis Artikel Mesra SEO di Website 

 

Sebagai salah seorang ghostwriter, upah menulis artikel memang takkan lari dalam servis menulis yang aku tawarkan sehingga kini. Lagi pun, aku sudah bermula menulis artikel di blog tahun 2016 sebagai blogger. Kadang- kala menulis artikel review dan advertorial.  Hal-hal yang berkaitan menulis di wordpress dan platform blogger pun aku boleh uruskan.  Ini juga kerana memiliki blog wordpress www.azlinaghostwriter.com 

 

Oh ya, kalian nak tahu tak cerita? berkenaan artikel produk review yang aku tulis , beg sekolah rendah dari Swan Bag Malaysia.

 

Baca artikel lain : 7 tip Review Produk Dengan Berkesan

 


Artikel review di blog personal muncul di halaman pertama Google. Kali ini, artikel yang ditulis aku berada di top #3 . Untuk melihat artikel betul-betul berada di halaman pertama Google adalah dengan membuka “New Incognito Tab” 

Pernah dahulu, client meminta sample penulisan artikel SEO yang ditulis olehku. Namun, gagal kutunjukkan demi menjaga kerahsiaan. Ya lah, aku pun dibayar oleh pelanggan bagi menulis artikel di website mereka kan. Jadi, kena lah rahsiakan. Jika pelanggan lalu tidak izinkan aku tunjuk kepada prospek, mengapa aku perlu lakukan?

Berbeza pula dengan ;

Produk review yang ditulis di blog persendirian, boleh sahaja di jadikan sample penulisan. Sebab menulis di blog kepunyaan sendiri, berbeza dengan menulis artikel bagi pihak pelanggan.

Dimana menulis produk review sudah terang-terangan penulis menggunakan produk pelanggan (Sponsored product ).

 Justeru itu, berbaloi penulis dengan usaha berhari-hari mencari keyword (kata kunci artikel yang tepat ) untuk artikel mesra Seo yang ditulis. Seterusnya, pelanggan juga menerima faedah kepada artikel tersebut. Iaitu pembaca google dan terus menjumpai artikel yang ditulis oleh penulis.
Keyword percuma khas buat Usahawan yang fokus kepada Niche Kecantikan [ rujuk video dibawah ]
Bagi pemilik bisnes servis, founder produk   perlukan servis menulis artikel mesra SEO dan inginkan penulisan artikel mesra SEO cari di link :

  

 

Loading

By azlina

SEO Ghostwriter Malaysia adalah servis penulisan Ghostwriter yang menggunakan format Search Engine Optimization. Nor Azlina seorang penyedia bahan bertulis kepada pemilik bisnes seperti Artikel mesra SEO, copywriting, SEO copywriting, manuskrip buku, menulis kapsyen pendek media sosial, dan e-book. Saya bantu mudahkan kerja-kerja menulis bagi pemilik bisnes ke dalam bentuk penulisan. N.A Writer bersedia untuk bekerjasama. Whatsapp 018-9107161 atau Email : norazlina181@gmail.com

One thought on “Berbaloi Menulis Artikel Mesra SEO”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *