Upah menulis ebook | Servis menulis ebook yang saya tawarkan ini khas buat anda yang ingin mempunyai ebook, tetapi dalam masa yang sama ketiadaan masa menulis atau kekeringan idea menulis ebook. Semuanya boleh, saya bantu anda menulis ebook. Ada yang bertanya, “ebook ni saya nak seperti saya tulis ya?” , “saya nak ebook ni di berikan kepada agen saya juga”, “saya nak jadikan buku saya kepada ebook ya?” . Ya, semuanya boleh Cik Puan dan tuan sekalian. Kerana dengan upah menulis ebook ini seperti anda yang menulis. Saya menulis mengikut permintaan anda sahaja. Dan, jangan risau juga kerana servis menulis ebook, tidak tercatat nama saya sebagai penulis ebook ini.
Apakah Ebook?
Baiklah, terlebih dahulu anda perlu faham apa itu ebook. Ebook ialah Electronic book atau buku elektronik yang mana, ianya tidak perlu di cetak. Turut di kenali sebagai buku digital.
Ebook ini boleh di baca dengan cara memuat turun terus ke laptop, komputer mahu pun smartphone anda. Isi kandungan ebook tersebut merangkumi teks, gambar, dan video.
Ia di tulis dengan informasi, tutorial atau pun panduan. Ebook boleh di tulis dalam pelbagai Niche.
Kebaikan ebook adalah memudahkan orang ramai membaca di mana sahaja tanpa perlu membawa buku, menjimatkan ruang bacaan, dan cepat dalam penyebaran ilmu. Ebook juga adalah bahan bacaan ringan.
Yang menjimatkan ebook daripada sebuah buku ianya jimat daripada segi kos cetakan dan tempoh pembuatan tidak terlalu lama.
Mengikut arus zaman juga, ramai yang telah jadikan senaskah buku kepada sebuah ebook. Ebook juga boleh dibaca di mana-mana tanpa batas. Tidak perlukan ruang yang besar untuk di simpan. Tidak membebankan, kerana ia adalah file yang boleh disimpan dalam smartphone dan juga komputer mahupun laptop.
Artikel lain : Perbezaan copywriting dan Storytelling
Ebook dan jenis-jenis
Ebook juga adalah satu bahan bacaan ringan. Dari segi muka surat ia boleh bermula dengan 30 , 60 dan sehingga 100 muka surat.
Namun, ia bergantung kepada Niche ebook tersebut. Sama ada sejenis ebook buku panduan, ebook tutorial, mahupun ebook anda berkongsi pengalaman ( lebih kepada Kisah Hidup ) . Ebook juga boleh di hasilkan dalam pelbagai niche iaitu ebook perniagaan, ebook kesihatan, ebook kecantikan, ebook kewangan, ebook automotif, ebook kekeluargaan dan ebook keagamaan.
Kenapa perlu ada ebook buat individu yang berbisnes
Sebagai individu yang berbisnes, pastinya anda ingin mengutip database prospek bukan? dengan ebook juga anda mampu menarik mereka ke ‘lubuk kolam’ anda. Jadi, ebook lah jawapannya! nak pikat audiens, semestinya kena berikan sesuatu yang percuma dahulu kan. Ia dinamakan permission marketing. Jadi, upah menulis ebook
Saya nak JUAL Ebook.
Boleh. Ebook begini biasanya di tulis dengan isi kandungan yang berinformasi serta mempunyai sumber. Kebiasaannya ebook untuk di jual memerlukan isi kandungan yang mampu menarik pembaca untuk membaca. Diikuti mempunyai layout dan design yang menarik supaya sedap mata memandang.
Ebook untuk team agent
Ada juga yang upah menulis ebook untuk diberikan kepada team mereka.
Kenapa perlu upah menulis ebook
Kerana dengan upah menulis ebook juga, waktu anda dapat di jimatkan dengan melakukan kerja-kerja lain. Kepala anda dah tak pening lagi untuk menulis ebook sebanyak 50 muka surat itu. Nak fikirkan mengenai design dan sebagainya.
Proofreading
Iya, setiap ebook yang saya hasilkan akan melalui proses proofread terlebih dahulu sebelum di hantar kepada client. Supaya ebook tersebut tiada kesalahan ejaan dan penggunaan tatabahasa dalam isi kandungan tersebut.
FAQ Upah Menulis Ebook
1. Saya nak buat EBOOK, tetapi saya tak pandai nak buat ayat..
Jawapan : Saya boleh bantu anda dengan lantik saya sebagai penulis anda. Iaitu saya menulis bagi pihak anda.
2. Nanti saya buat ebook dengan awak, pada ebook tu tulis nama siapa?
Jawapan : Sudah tentulah nama Tuan / Cik Puan akan tertera pada ebook. Saya hanya menulis sahaja.
3. Kalau saya buat ebook ni, ROYALTI ebook saya kena bayar juga?
Jawapan : Tak perlu. Keuntungan 100% hak milik empunya ebook.
4. Saya sudah ada tajuk dan isi, boleh buatkan ebook untuk saya?
Jawapan : BOLEH. Saya bantu menulis dan olah kembali ayat tuan / Cik Puan agar sedap dibaca serta difahami.
5. Buat ebook ini, bagaimana? Ada sebarang perjanjian tak ?
Jawapan : Sudah semestinya ada perjanjian bertulis antara Client dan pihak saya. Perjanjian bermaksud dalam tempoh proses saya menulis sehingga siap ebook.
6. Berapa Muka Surat saya perlu buat ebook?
Jawapan : Bergantung kepada niche Tuan / Cik Puan . Dari serendah 30 muka surat, 50 muka surat dan sehingga 100 muka surat. Ia juga bergantung kepada keperluan client. Saya sebagai penulis, ikutkan sahaja kehendak pelanggan.
Tetapi janganlah terlalu sedikit, nanti terlalu ringkas akan jadi satu artikel. Bukan nya ebook. Maklumat yang anda ingin sampaikan kepada pembaca tergantung.
7. Harga EBOOK pula bagaimana?
Jawapan : Harga mengikut helaian muka surat. Dan, saya turut sediakan pakej menarik untuk ebook.
8. Kalau upah menulis ebook dengan awak, apa saya dapat?
- Isi kandungan yang bersesuaian dengan niche anda.
- Siap proofread, tidak dikenakan caj sama sekali.
- Gambar, teks dan video ( jika mahukan saya masukkan dalam kandungan ebook tersebut ).
- Password disediakan bagi mereka yang inginkan ebook di jual. Jadinya, ebook anda hanya boleh di baca oleh orang tertentu sahaja.
- Design di sediakan.
- Mockup ebook di sediakan ( syarat dan terma : mengikut pakej )


Artikel lain : Pengalaman menulis modul dalam format Ebook klien
9. Ada pakej upah menulis ebook
Terdiri daripada 3 pakej iaitu pakej ebook beginner, ebook Gold dan ebook Premium. Untuk sebutharga, terus hubungi dengan klik > sayanakbuatebook




[contact-form][contact-field label=”Name” type=”name” required=”true” /][contact-field label=”Email” type=”email” required=”true” /][contact-field label=”Website” type=”url” /][contact-field label=”Message” type=”textarea” /][/contact-form]
2,273 total views, 1 views today
[…] Artikel lain : Upah menulis ebook […]