Perbezaan Copywriting dan storytelling.
Copywriting :
1. Hardsell
2. Headline dalam Copywriting
a) Headline dalam copywriting di bina berbentuk catchy supaya ia menjadi stopper kepada pembaca.
b) Headline juga sebagai penapis pembaca. Kita tidak boleh menulis untuk semua tetapi pembaca yang kita mahukan sahaja.
3. FAB dalam copywriting
Antara faktor Utama yang perlu kalian fikirkan untuk menulis copywriting iaitu FAB. Jika tiada, maka gagal lah copywriting tersebut.
Feature : Info dan ciri-ciri produk.
Advantage : kelebihan dan keistimewaan produk.
Benefits : manfaat selepas penggunaan produk.
4. PETA [ M.A.P ] dalam copywriting
Perlu ada peta untuk penghasilan Copywriting yang baik.
5. CTA [ Call To Action ] dalam copywriting
Sebagai contoh :
Storytelling :
1. Maksud Storytelling
2. Headline dalam Storytelling
Ia berbeza dengan Copywriting. Manakala, storytelling pula ia di tulis mungkin bersifat dramatik atau bersifat ingin tahu yang tinggi.
2. Ada unsur saspens dalam penceritaan Storytelling
Fungsi saspen dibentuk dalam penceritaan supaya pembaca bertambah tertarik untuk meneruskan pembacaan. Mampu membuatkan pembaca terujua, berdebar-debar dan tertanya.
3. Ada karakter dalam cerita storytelling.
Mempunyai watak supaya jalan cerita hidup. Watak adalah satu elemen yang penting dalam sesuatu cerita. Pengaruhnya sangat besar di dalam storytelling.
4. Tunjukkan tapi jangan beritahu. [ Show don’t tell ] dalam Storytelling
Bermaksud menulis dengan cara supaya pembaca dapat menghayati cerita melalui aksi, cara fikiran, deria dan perasaan watak.
Telling: Ibu sedang marah.
Showing: “Kenapa tak ikut cakap, ibu?” Suara ibu meninggi.
Telling: Asmah merayu untuk dilepaskan.
Showing: “Tolonglah lepaskan aku. Kasihanilah, aku.” Asmah memegang kaki penculik itu namun tubuhnya ditolak sehingga jatuh tersungkur.
5. Storytelling di akhiri dengan cerita yang positif.
Info tambahan Storytelling :
Kempen marketing era 4.0 adalah dalam bentuk video iaitu Drama pendek di facebook dan Tiktok. Youtube juga sesuai.
Kesimpulannya, Copywriting dan storytelling adalah satu bentuk penulisan yang berbeza. Namun , ia disukai oleh individu yang berbisnes bagi tujuan marketing mereka. Jadi, pilihlah mana yang bersesuaian.
Nampak kan perbezaan antara Copywriting dan storytelling ini? copywriting dan storytelling adalah penulisan yang sangat bagus dalam bisnes iaitu kempen marketing kalian. Semoga tip ini dapat membantu kalian. Panjangkan ilmu ini dengan TAG kawan-kawan ya.
646 total views, 1 views today
[…] Kak Ina melatih anak-anak memasak. Semuanya tanpa paksaan tetapi menggunakan emosi.Artikel lain : Copywriting dan StorytellingHanya kisah ini mampu Kak Ina kongsikan kepada rakan Facebook bagaimana cara ajar anak memasak sejak […]
[…] Artikel lain : Perbezaan copywriting dan Storytelling […]