Pantang larang menulis e-book atau buku digital online, bukan sekadar menulis seperti biasa. Saya kongsikan pengalaman menulis e-book dan akhirnya terjual. Ini merupakan pengalaman pertama saya, langsung tidak berhajat mahu menjual e-book hasil karya yang ditulis pada 2 tahun lalu. Sewaktu saya menghasilkan e-book tersebut, sekadar untuk jualan sendiri. Mungkin perancangan allah swt yang terbaik.
Jika kalian tidak faham apa itu ebook, baca dulu FAQ E-book.

Bunyi seperti seronok kan? best, masuk duit. Alhamdulillah, syukur atas nikmat allah yang diberi kepada saya. Semoga nikmat rezeki ini juga merebak kepada kalian yang membacanya. Allahumma amin. Sebelum menulis ebook, perkara yang kalian perlu ambil tahu ialah :
Apakah pantang larang menulis buku digital online
Kajian
Buku digital online yang ditulis, pastikan di lakukan terlebih dahulu kajian. Perhatikan dengan isu semasa, tajuk evergreen apa yang pembaca suka dan berpotensi untuk di jual.
Sub topik
Isi kandungan e-book. Menulis buku digital online, mesti lah berpandukan sub-topik yang telah ditulis awal tadi. Setiap tajuk, mesti ada sub topik bagi menghuraikan maksud isi kandungan asal.
Spacing
Supaya isi kandungan mudah dibaca, kalian perlu menulis dengan menggunakan spacing 1.5 .
Panjang isi
Tidak menulis seperti karangan panjang. Pastikan menulis setiap isi kandungan dengan 3 atau 4 baris sahaja huraian. Kalian perlu ingat, buku digital online adalah bahan bacaan ringan.
Gambar
Dalam isi kandungan, gambar memang wajib disediakan. Gunakan gambar yang bersesuaian. Boleh gunakan Canva untuk gambar yang cantik. Atau di website Unsplash. Atau jika ada bajet, boleh upah designer untuk gambar yang berkualiti. Mereka menggunakan InDesign.
Mengapakah perlu masukkan hyperlink dalam buku digital online
Juga penting, untuk masukkan hyperlink di dalam e-book yang ditulis. Tujuannya, kita nak bawa pembaca ke satu pautan yang diluar dari e-book. Sebagai contoh : link facebook, Instagram dan website yang kalian miliki.
Bagaimana mahu jadikan tajuk e-book
Isi kandungan disiapkan terlebih dahulu, kemudian tajuk akan diberi berdasarkan keseluruhan isi kandungan. Sebagai contoh : Panduan, Teknik dan petua.
Buku digital online premium dan pantang larang
Jika kalian mahu menjual e-book tersebut kepada individu. Saya nasihatkan, supaya jangan di tunjukkan bahan penulisan e-book tersebut di mana-mana platform sekalipun. Kalian suka atau tidak jika e-book yang kalian mahu jual itu, penulis tunjuk kepada audiens mereka? cuba renungkan kembali.
Sebagai contoh : saya peram sahaja buku digital online tersebut selama 2 tahun dalam simpanan. Tanpa membuat sebarang promosi. Akhirnya, di pertengahan 2022 ada klien yang mahu mengupah saya menulis dengan tajuk beliau kehendakinya.
Kebetulan tajuk yang diminta adalah 80% tepat buku digital online dalam simpanan. Maka, saya jualkan pada harga RM XXXX.XX . Alhamdulillah, e-book yang telah siap dengan penulisan, gambar, pruf, suntingan, dan cover depan dengan 40 halaman berjaya terjual.
Namun, harga yang saya letakkan berdasarkan pengalaman lalu sebagai penulis e-book. Iaitu pernah menulis mengenai 2 buah e-book copywriting dan branding diri agen/stokis bagi founder kosmetik terkemuka, 2 buah e-book psikologi pekerja bagi syarikat korporat bagi jualan di Amazon, dan bisnes bagi individu perseorangan.
Ciri-ciri penulis ebook
Hanya mereka yang sabar, dan mempunyai masa terluang sahaja mampu menyiapkan ebook. Kerana tempoh menyiapkan ebook adalah panjang. Mungkin paling awal 30 hari. Namun, ia bergantng kepada jumlah halaman, kerja-kerja lain penulisan seperti pruf, suntingan, reka letak dan kesukaran tajuk yang ditulisnya.
Kesimpulannya :
Saya ulangi pantang larang menulis e-book. Pastikan e-book ditulis mengikut permintaan semasa. Bahan penulisan yang ramai orang cari serta membantu menyelesaikan masalah tersebut. Penulis tidak boleh menulis mengikut apa yang disukai, sebaliknya apa yang disukai oleh pembaca. Seperti saya, banyak menggunakan format SEO dalam penghasilan buku digital online tersebut.
Jika kalian mahu bekerjasama dengan saya, terus hubungi ke nombor 0189107161 . Untuk rujukan testimoni . Selain menulis, saya juga mengambil kerja mengolah e-book, maksudnya bahan telah siap cuma tiada idea untuk sambungan.