Menulis ebook berbentuk modul, yang mana tidak pernah dilupakan sekitar tahun 2020-2021. Saya sebagai penulis upahan, telah diberi kepercayaan untuk menulis bagi pihak klien ketika itu. Alhamdulillah, berjaya ditulis mengikut kehendak klien yang dalam niche kecantikan.
Modul dalam format ebook
Modul ditulis dalam format ebook. Menulis modul ebook klien, bagi kegunaan agent dan stokis beliau. Ia mengenai ilmu bisnes bagi pemula dan satu lagi mengenai Copywriting ( Ayat Iklan ). Saya rasa seronok apabila ilmu yang saya miliki dapat dikongsikan kepada agent dan stokis beliau.
ebook adalah buku digital, Tidak perlu cetakan. Baca ebook tersebut dengan cara muat turun sahaja ebook tersebyt.
Kerahsiaan sebagai penulis menyiapkan modul ebook klien
Sudah menjadi kerahsiaan sebagai seorang penulis upahan atau Ghostwriter. Melindungi privasi pelanggan adalah satu kemestian utama. Saya menulis modul tersebut kepada seorang founder yang terkenal dan berpangkat Datin. Alhamdulillah, proses kerja berjalan lancar. Apa yang ditulis, dan projek yang berlangsung bersama penulis upahan ianya adalah rahsia antara kami berdua.
Sepanjang saya menulis modul ebook klien tersebut, seolah saya belajar kembali dengan mengulangkaji dengan ilmu-ilmu pemasaran yang saya ada. Tetapi ia tidak berkait dengan teknikal.
Mengapa saya dipilih serta diberikan kepercayaan untuk menulis ebook modul
Buat pengetahuan pembaca, selain aktif menjadi penulis upahan ni. Saya juga aktif menulis ayat iklan bagi kegunaan media sosial seperti facebook, Instagram dan juga ayat iklan di website ( SEO Copywriting : perlu menulis ayat iklan dengan menggunakan keyword yang sesuai dengan niche ditulis ).
Bila dicongak, copywriting yang ditulis sehingga sekarang melebihi 100 jenis. Ini termasuklah copywriting jenis makanan, restoran, bengkel kereta, aksesori kereta, hartanah ( sublet ), jual ebook, motivasi, kelas online, pasaraya, tudung, klinik, produk sakit lutut, produk sejuk beku, industri ringan, Interior Design dan lain-lain. Selain itu, saya juga pernah diberikan tugasan oleh klien lain untuk menulis tagline bagi niche Interior Design.
Akhir kata, sengaja saya jadikan ianya artikel mengenai pengalaman sebagai penulis upahan untuk menulis modul berbentuk ebook. Kebetulan semalam mencuba nasib, dengan menghantar resume kepada 2 prospek lain melalui emel. Ikutkan hati, tidak pernah lagi menghantar untuk jawatan sebagai copywriter. Selalunya, saya hanya menerima tugasan sebagai penulis freelance copywriter sahaja yang mana ia tidak terikat dengan mana-mana syarikat.
Artikel lain : Upah menulis ebook
Facebook : Nor Azlina Mohd Ali
Jika ada diantara kalian yang berminat untuk menggunakan servis menulis modul dalam format ebook, boleh terus isikan borang dibawah. Sebutharga akan diberikan. Atau terus ke whatsapp
323 total views, 1 views today