Jenis posting status yang boleh ditulis di Facebook. Antaranya ialah penulisan seperti content writing iaitu caption ( kapsyen pendek ), Copywriting, Storytelling. Setiap posting status mempunyai kelebihan tersendiri bagi mempromosi bisnes melalui media sosial.
Jenis-jenis posting status di media sosial Facebook
Harus ketahui, setiap posting mempunyai matlamat berlainan. Tetapi ianya seharusnya seimbang dalam kerja posting status tersebut.
Jenis posting status : Caption ( Kapsyen pendek )
Kapsyen pendek bersifat penulisan biasa. Ia sekadar menulis tanpa memberi informasi kepada audiens. Kapsyen pendek boleh juga jadikan testimoni. Sebagai contoh :
- Hari ini, sebuah kereta Mustang telah masuk ke bengkel kami dan menukar absorber. Kemudian dalam posting masukkan gambar sebagai bukti. Kereta Mustang bersama pekerja yang sedang melakukan proses menukar absorber.
2. Dobi kami telah menandatangani projek bersama Kolej A. Dibuktikan bersama gambar pemilik Dobi dan pelanggan.
3. Alhamdulillah! 90 artikel SEO telah berjaya close bersama klien lama. Apa yang menariknya, klien meminta untuk menyambungnya kembali menulis di website mereka. Serta gambar tangkap layar disertakan sekali.
Namun begitu, posting kapsyen pendek juga berimpak jika kalian menulisnya dengan betul.
Copywriting
Sebelum menulis, kalian perlu tahu apakah maksudnya copywriting. Dalam bahasa yang mudah difahami, ia adalah ayat iklan, ayat pukau, ayat pikat pelanggan dan ayat tarik pelanggan. Tujuannya adalah sama iaitu mahu pelanggan menggunakan servis dan membeli produk kalian.
Sebagai contoh :
Copywriting diatas jenis pendek. Yang mana ianya terus kepada Call To Action. Fahamkan terus mengenai Copywriting pendek
Storytelling
Satu-satunya status posting yang perlu dikarang sebaiknya sewaktu menulis. Storytelling dengan panjang minima 500 patah perkataan dan 800 patah perkataan maksima. Posting begini memerlukan kalian membina watak-watak, plot, dialog, dan latar cerita serta watak. Kesilapan menulis storytelling menjadikan jalan cerita tersebut ‘cliche’
Artikel lain : Cara ‘Follow Up’ Prospek jenis servis
Content Writing
Kesimpulannya, jika kalian faham dengan betul setiap jenis posting status ini. Insya allah, kalian tidak akan ketandusan idea bagi memprosmosikan bisnes kalian secara halus. Menarik bukan? jom kongsikan artikel ini kepada kenalan kalian.
Tiada masa untuk duduk menulis konten artikel atau kekeringan idea untuk hasilkan copywriting ? mari saya bantu kalian. Saya sediakan ayat iklan yang berpengaruh sesuai dengan target audiens, masalah dan market kalian. Terus whatsapp saya ke sini > wasap.my/60189107161/CW