11 Tip Berkesan buat orang bisnes, walau nampak cliche tapi berimpak tinggi


“Salam kak ina , kalau ada apa-apa job yang available bagitahu saya ya”….. saya tengah takde job sangat ni. Keluh seorang kawan dalam chat WhatsApp.
 
 
Bukanlah Kak Ina jenis tidak mahu membantu, tetapi sudah di berikan peluang. Hasilnya seperti melepaskan batuk di tangga sahaja. Mungkin ada antara kalian pernah berada dalam situasi begini kan?

   Apa cara yang betul, bagi menangani masalah di atas buat individu yang sering bertanyakan soalan ? nah, tip ini juga dapat ubah diri kepada individu yang berdikari dan tidak bergantung harap.

1. Tak fikirkan SALES , Pagi petang siang malam. Sebab tak nak bebankan fikiran. 


    Sebaliknya buat content. Jangan fikirkan pasal duit sepanjang masa, boleh lari daripada NIAT asal. Lagi di fikirkan duit, Allah uji lagi dengan duit.

2. Syukur

    Panjatkan rasa syukur setiap hari iaitu awal pagi. Sebagai contoh ; pernah dapat job menulis. Dari sekecil-kecil job patut bersyukur. Rasa seronok walau dapat job kecil. 

3. Personal branding


    Ya, personal branding amat penting untuk orang bisnes. Buat jer, jangan malu-malu. Jika malu, anda akan ke belakang. 

4. Silaturrahim


    Jaga hubungan dengan client. Bertanya khabar dan sentiasa respon [ status socmedia ] client.

5. Marketing dengan Allah


    Jaga hubungan dengan Allah. Jaga solat, segerakan solat jika masuk waktu.

 

Bangun tengah malam. Lakukan solat taubat, tahajud, hajat dan witir. Kemudian juga lakukan solat dhuha.

Selepas subuh jangan tidur, sedekah subuh amalkan setiap hari. Manisnya kita sahaja yang tahu.

amalan untuk orang bisnes, rezeki dan amalan

6. Pintu Rezeki


    Jaga pintu-pintu rezeki ini : Hubungan bersama kedua ibu bapa, hubungan adik beradik, suami isteri, anak-anak dan jiran tetangga. 

7. Doa senjata Mukmin


    Doa bersungguh-sungguh. Kerana doa adalah senjata mukmin. Berdoa dengan penuh yakin. Bergantung lah sepenuhnya kepada Allah, setelah segala usaha dilakukan. Jangan pernah berhenti berdoa.

 

    Walaupun cara ini mengambil sedikit masa, percaya lah dengan kuasa Allah. Kebergantungan kepada Allah paling manis.


8. Zikrullah


    Zikir lah. Sentiasa basahi lidah dengan berzikir, bukan hanya mengeluh sepanjang masa. Zikir yang sesuai ketika rezeki atau diri dalam kesusahan ialah “Lahawla Walla Quwwa Taillah Billah” bermaksud Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata.

 

9.  Zakat ( Jika layak )

 

    Mungkin ada antara anda yang lupa untuk berzakat atau membayar zakat tetapi bayar dengan nilai yang tidak mencukupi mengikut kadar  bersesuaian dengan keuntungan yang di perolehi perniagaan anda. 

 

Firman allah dari surah Al-Baqarah 267 :

 

    Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.


Rujuk zakat di sini >https://www.zakat.com.my/info-zakat/jenis-jenis-zakat/zakat-perniagaan/

 

10. Sedekah 

 

    Sedekah lah dengan ikhlas. Tidak kisah berapa nilainya. Insyallah, pasti allah gandakan sedekah itu tadi. Allah telah janjikan dengan bersedekah tidak akan buatkan kita miskin, sebaliknya ada ganjarannya di dunia dan akhirat.

     

    “Katakanlah! Sesungguhnya, Tuhanku melapangkan rezeki dan menyekatnya kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-Nya; Dan apa sahaja yang kamu berikan, Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi Rezeki yang terbaik.” (Surah Saba’, ayat 34)

 

11.  Membaca Al- Quran

 

    Dengan membaca al-quran juga bantu jiwa kita tenang ( tidak terlalu asyik memikirkan duniawi semata ), seterusnya diri kita menjadi positif. Dengan mudah juga kehidupan kita berjalan lancar. 

 

     Akhir kata, untuk kehidupan minta lah kepada allah. Beramal kerana Allah seperti esok kita meninggalkan dunia. Serta niatkan saham di akhirat kelak. Bukan kerana untuk rezeki lebat dengan beramal. Selain itu, owner bisnes sepatutnya pandai berusaha dan tidak bergantung harap kepada sesiapa melainkan allah swt.




By azlina

SEO Ghostwriter Malaysia adalah servis penulisan Ghostwriter yang menggunakan format Search Engine Optimization. Nor Azlina seorang penyedia bahan bertulis kepada pemilik bisnes seperti Artikel mesra SEO, copywriting, SEO copywriting, manuskrip buku, menulis kapsyen pendek media sosial, dan e-book. Saya bantu mudahkan kerja-kerja menulis bagi pemilik bisnes ke dalam bentuk penulisan. N.A Writer bersedia untuk bekerjasama. Whatsapp 018-9107161 atau Email : norazlina181@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *