cara buat blog sendiri

Nak buat blog, nak pilih WordPress atau Blogspot? biasanya, ini perkara utama yang berlegar-legar di minda mereka yang mahu bermula dengan dunia blogging. Turut tidak terlepas juga saya satu ketika dulu. Bila ikut orang, rupa-rupanya tidak sama dengan apa yang diperkatakan mengenai cara buat blog sendiri. Sedih kan? orang lain buat berjaya dengan wordpress, tapi saya buat tidak menjadi. Tidak mengapa, itu pengalaman lama, cerita 9 tahun lalu. Disebabkan masalah tersebut, saya bangkit dengan website dan blog wordpress. Tidak ketinggalan, saya juga pengguna tegar Blogspot.

cara buat blog sendiri
Paparan di Blogspot sewaktu menaip artikel.

Adakah simple menggunakan Blogspot

Sebab itu saya syorkan kepada pemula buat blog pilih Blogspot, dan bukannya WordPress.

Jika tidak, anda bakal stress jika tidak memilih blogspot. Saya bukan mahu menakutkan anda, selaku pemula penulis yang mahu meneroka penulisan artikel menerusi platform blog.

Saya tidak mahu anda berhenti terus dari menulis artikel. Dan, disebabkan tidak faham penggunaannya anda salahkan saya nanti.

Mengapa saya berkata begitu?

Saya sendiri pernah berasa patah semangat untuk menulis di WordPress 9 tahun lalu, kerana tiada ilmu. Dan, akhirnya saya biarkan sahaja blog WordPress saya sebab tidak tahu kaedah tepat ketika itu.

Mengapa Blogspot mudah untuk branding diri?

1. Mudah digunakan oleh penulis.

2. Mudah mempengaruhi bakal pelanggan anda dengan menulis di blog peribadi.

Solusi saya:

Biasakan penggunaan di Blogspot dahulu. Apabila sudah selesa menulis artikel di platform blogspot, baru boleh berpindah kepada WordPress. Jika anda ingin serius dalam bidang penulisan, saya syorkan anda belajar pula next dalam Kelas Basic SEO .

Nak belajar branding diri sebagai penulis di Google melalui Blogspot, dan belajar jenis-jenis artikel di Blogspot?

Hubungi saya . Kelas selama 2 hari secara Google Meet. Hanya RM 180 masa keseleuruhan kelas adalah 6 jam. BONUS : Saya ajarkan terus cara buat blog sendiri dan saya nak berikan secara PERCUMA template sales.

Mungkin ada yang berkata, tidakkah rugi buat blog?

Sebenarnya, tidak. Tiada pembaziran apabila kita laburkan duit dan sebaliknya ia memberi pulangan yang besar di masa akan datang.

Selain mengambil upah review di blog, anda juga boleh terima bayaran dengan menyewakan tapak di blog pada bahagian header dan sidebar blog.

Apakah yang saya laburkan untuk memiliki blog peribadi :

1. Bayar hosting dan domain secara tahunan.

Kos beratus. Nilai sebenar saya sudah lupa. Saya menggunakan domain dan hosting daripada netKL. Untuk blog wordpress saya www.azlinaghostwriter.com bernilai RM 260 setahun.

2. Ubah cantikkan blog

Yang ini, saya upah orang untuk design blog. Sejak blog dibina tahun 2017, kurang dari 10 orang saya sudah menggunakan khidmat mereka. Betulkan template, dan kemaskan blog. Masa saya berniat untuk tahu cara buat blog sendiri, sudah berazam mahu upah sahaja orang sebab tidak mahu sakit kepala main coding, lagipun ianya bukan kepakaran saya.

3. Kos masa

Saya habiskan masa beberapa tahun untuk hasilkan artikel-artikel di blog. Keseluruhan artikel ialah hampir mencecah 300.

Walaupun blog peribadi yang memaparkan pendapat dan pengalaman, juga terdapat konten artikel yang unik lain di mata pelanggan.

4. Broken link

Setiap kali ada error di blog, saya sendiri perlu pastikan bersih dari error tersebut. Jika tidak, akan affect SEO kepada blog.

5. Minat

Saya tidak buat blog kerana duit. Kerja saya hanya menulis sahaja untuk beberapa tahun, kemudian baru terima hasil atas artikel yang ditulis oleh saya.

Pesan saya, percayalah bila anda niatkan nak buat blog sendiri untuk dapatkan duit. Nescaya anda akan penat dan berhenti di situ sahaja. Jadinya, tiada artikel di update. Sebab minda kita sudah di set nak duit, macam mana nak buat duit dengan blog. Berzikir yang ini sahaja, memang tidak kemana.

Seperti saya, blog dibina berdasarkan minat mendalam dengan penulisan.

6. Airmata

Tidak dinafikan, airmata pun kos saya juga. Setiap kali blog ada masalah teknikal, saya laburkan dulu dengan airmata. Kemudian baru jumpa jalan keluar, dengan izin Allah SWT.

Kesimpulannya:

1. Tidak sesekali pernah merasa kerugian dalam melabur untuk blog peribadi. Hosting dan domain expired, cari sampai dapat kos untuk menampung domain jika expired. Usaha, doa, dan tawakal kepada Allah.

2. Tidak pernah menyesal memiliki blogspot dan belajar blog. Ini kerana, ada klien yang mengupah saya untuk menulis bagi pihak mereka juga. Pelanggan yang memiliki blog, ini terdiri daripada individu perseorangan, bukan syarikat. Jika syarikat, mereka menggunakan website WordPress.

Cara buat blog sendiri. Simple je.

Berikut adalah langkah-langkah untuk cara buat blog sendiri:

  1. Pilih platform blogging: Ada banyak platform blogging yang tersedia seperti WordPress, Blogger, Tumblr, dan lain-lain. Pilihlah platform yang sesuai dengan keperluan dan paling penting keselesaan anda.
  1. Daftar akaun: Setelah memilih platform, daftarlah untuk membuat akaun baru. Isi informasi yang diperlukan seperti nama pengguna, alamat email, dan kata kunci.
  2. Cara buat blog sendiri adalah dengan memilih tema atau template di blog. Setelah mendaftar, pilih tema atau template yang sesuai dengan gaya dan tujuan blog Anda. Tema atau template ini akan menjadi tampilan visual blog anda.
  3. Sesuaikan reka letak blog: Setelah memilih tema atau template, sesuaikan tampilan blog dengan mengubah warna, font, dan layout sesuai keinginan anda. Blog yang mudah diakses adalah yang mesra pembaca.
  4. Buat konten: Mulakan membuat konten untuk blog anda. Tulislah artikel jenis pendapat, pengalaman dan panduan di blog sesuai dengan niche anda. Pastikan konten yang anda buat menarik dan bermanfaat bagi pembaca. Paling penting, konten anda adalah original. Tidak meniru konten orang lain.
  5. Atur navigasi: Buatlah menu navigasi yang memudahkan pembaca untuk menjelajahi blog anda. Atur kategori atau tag untuk mudahkan konten anda dibaca. Tidak tahu nak atur macam blog? upah je orang, jika ada bajet. Namun, sebagai permulaan penuhkan konten terlebih dahulu.
  6. Promosikan blog: Setelah blog Anda siap, promosikan blog Anda melalui media sosial, forum, atau melalui jaringan pribadi Anda. Bagikan konten Anda secara teratur untuk menarik pembaca baru.
  7. Terus perbarui dan kembangkan blog: Untuk menjaga keberhasilan blog anda, terus perbaharui konten secara berkala. Tambahkan fitur baru atau eksperimen dengan gaya penulisan yang berbeza. Jaga blog anda agar ia menarik bagi pembaca.

Kenapa perlu memiliki blog peribadi?

  1. Anda boleh jadikan seperti diari online. Boleh mencatat kenangan dan peristiwa dalam blog.
  2. Anda Introvert? mesti suka bercerita kan? jadi, blog adalah platform yang tepat buat anda yang suka menulis panjang.
  3. Boleh berkongsi pendapat mengenai apa yang anda luahkan mengikut pandangan peribadi anda mengenai isu semasa dan sebagainya.
  4. Kerap pergi melancong dalam dan luar negeri. Dalam blog juga boleh meletakkan gambar percutian beserta kisah panjang. Anda nak berikan informasi mengenai tempat anda lawati pun, boleh.
  5. Terapi diri. Sebagai tempat anda meluahkan rasa yang dilalui sepanjang minggu, bulanan atau tahunan.
  6. Suka membeli produk atau servis baru? anda boleh lakukan review. Ikuti cara review produk yang berkesan .

4 Cara penulis mahu tentukan niche dalam penulisan

Kesimpulannya mengenai cara buat blog sendiri sangat mudah. Buat blog, dan terus boleh siarkan artikel di Blogspot. Semoga perkongsian ini membantu anda.

Anda yang mahu luaskan servis penulisan melalui penulisan di blog, tapi dalam masa yang sama tidak tahu branding diri di Google? boleh sertai Kelas Bina Blogspot. Antara modul yang bakal saya ajarkan termasuklah Cara Bina Blogspot ( dari menulis sehingga artikel disiarkan ), Formula menulis artikel, dan Strategi 6 jenis artikel yang boleh digunakan dalam blog dan sebagai penulis artikel. Berminat?

Terus whatsapp ke 0189107161

Loading

By azlina

SEO Ghostwriter Malaysia adalah servis penulisan Ghostwriter yang menggunakan format Search Engine Optimization. Nor Azlina seorang penyedia bahan bertulis kepada pemilik bisnes seperti Artikel mesra SEO, copywriting, SEO copywriting, manuskrip buku, menulis kapsyen pendek media sosial, dan e-book. Saya bantu mudahkan kerja-kerja menulis bagi pemilik bisnes ke dalam bentuk penulisan. N.A Writer bersedia untuk bekerjasama. Whatsapp 018-9107161 atau Email : norazlina181@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *