cara review produkGambar penulis sedang menulis review produk

    Cara review produk bertulis di blog post adalah satu cara dimana penulis, membantu menghebahkan bisnes dan jualan penjual menggunakan platform  blog. Kaedah ini bukan bertujuan mendapatkan jualan, sebaliknya sebagai hebahan di mesin enjin pencarian Google. Artikel cara review produk ini sesuai buat kalian selaku pemilik bisnes dan rujukan penulis .

    cara review produk
    Gambar penulis sedang menulis review produk

    Apakah bisnes dan produk muncul di carian Google?

    Bisnes dan produk muncul di carian Goggle sebaik sahaja pengguna menaip kata kunci ‘keyword’ tertentu. Tetapi, sebelum itu, kalian perlu mengupah penulis untuk menulis review produk dan servis.

    Bagaimana Cara review produk bertulis di blog post membantu?

    Didalam artikel tersebut, penulis akan menulis berkenaan produk mahupun bisnes kalian. Sama ada mahu menulis secara terus direct memperkenalkan produk atau secara softsell menulis artikel review produk dengan memberikan tips.

    Saya percaya, apabila menulis review produk dengan kaedah softsell. Engagement lebih banyak, berbanding menulis secara direct menjual.

    Sebagai contoh review produk secara softsell :

    Cara menulis tajuk review produk

    1. Tips kurus dengan pantas tanpa menyeksakan diri.

    2. Cara betul penjagaan absorber agar tidak makan tayar.

    3. Pengalaman mengenakan tudung seawal usia 6 tahun.

    4. Walaupun anak sudah memasuki 8 orang, badan ibu ini masih ramping. Ini tips buat ibu-ibu.

    5. Tips memasak chicken chop sepantas 10 minit, menu sihat dan segar . Petua Chef Riz amalkan.

    Nampak tak cara menulis review produk dengan betul? dalam masa yang sama mampu menarik pembaca untuk meneruskan bacaan mereka sehingga habis.

    Mengapa gambar pertama dalam artikel review produk, tidak boleh gambar produk?

    Ini kerana, apabila kalian kongsikan artikel tersebut di mana-mana platform media sosial audiens tidak akan klik artikel tersebut. Ini adalah kerana ‘features image’ akan menampakkan produk.  Audiens pada zaman sekarang tidak sukakan iklan lagi.

    Penyelesaiannya, sudah tentu gunakan gambar pertama ( bukan produk ) tadi atau sediakan satu mini poster dengan gambar daripada koleksi Pixel. Cara begini, tidak nampak terlalu berunsur pengiklanan.

     

    Macam mana penulis nak dapatkan bahan-bahan untuk review?

    Selaku yang pernah melakukan review produk. Saya cadangkan penulis membuat sedikit kajian keatas produk dan bisnes klien.

    Cara pertama mungkin boleh menggunakan kaedah sesi soal jawab bersama klien, atau dapatkan media sosial klien untuk rujukan penulis untuk menulis, dan cara paling utama adalah menulis berdasarkan pengalaman menggunakan produk tersebut.

    Tulis apa yang penulis rasakan sebelum, semasa dan selepas penggunaan.

    Sesi soal jawab bersama klien

    Kalian jangan malu untuk bertanya kepada klien berkenaan produk yang mahu ditulis. Sebenarnya, dengan cara begini kalian dapat menulis dengan lebih baik. Seterusnya, hasil tersebut pasti memuaskan hati kedua belah pihak iaitu kalian dan klien.

    Walau bagaimanapun, saya percaya mungkin ada segelintir penulis yang takut untuk bertanya bagi mendapatkan maklumat. Bertanya soalan, bukan bermakna kalian tidak pernah tahu menulis ok.

    Dapatkan maklumat melalui media sosial klien ( pelanggan )

    Cara begini sebenarnya bagus. Penulis bukan sahaja dapat link media sosial klien sahaja, bahkan boleh mendapatkan lagi  sumber maklumat daripada medium tersebut.

    Sebagai contoh, penulis dapat melihat testimoni, pertanyaan audiens klien di ruangan komen, dan content-content mereka disana. Dari sini, idea menulis juga boleh diambil serta di olah kepada penulisan baharu.

    Testimoni sendiri

    Ini bagi review produk berdasarkan barangan yang diberi oleh klien. Sebelum menulis review, klien perlu menghantar produk kepada penulis untuk mencubanya.

    Testimoni mungkin boleh didapati melalui penggunaan produk sebelum, semasa dan selepas penggunaan produk klien. Akan tetapi, jika begini caj juga akan meningkat selain menulis dan perlukan testimoni penggunaan produk ( produk kecantikan )

    f) Jika review produk adalah barangan online. Bagaimanakah caranya?

    Sebagai contoh review barang online :

    1. Permainan secara online di website.
    2. Menjual e-book.
    3. Kelas mengaji.
    4. Kelas tuisyen anak sekolah.
    5. Seminar bisnes oleh Sifu-sifu dan mentor Usahawan.
    6. Applikasi di website.

    Produk tersebut adalah bukan fizikal, jadi cara yang betul untuk review adalah dengan melihat video-video kelas mereka secara berulang untuk fahamkan supaya maklumat yang ditranskrip dapat ditulis dengan lengkap.

    Sebagai contoh, saya menulis artikel Press Release klien. Menggunakan masa  saya, dengan menonton selama 6 jam program tersebut dan jadikan kepada satu artikel.

    Untuk kerja ini, memerlukan saya mengulang dengar dan menonton bagi mendapatkan kefahaman ayat tepat. Klien tersebut meminta saya menulis dalam gaya santai dan bukan formal.

    Begitu juga, jika mahukan review produk online lain. Penulis perlu membaca atau mendengar program tersebut bagi mendapatkan kefahaman ayat tepat bagi menjadikan satu artikel lengkap.

    Rujukan artikel : 7 tips Review Produk dengan berkesan

     

    Contoh review produk penuh di blog post

    Berikut merupakan contoh review produk dengan betul dan lengkap.

    1. Ada tajuk

    Seperti saya nyatakan point diatas, gunakan tajuk softsell. Rujuk bahagian C.

    2. Pendahuluan

    Pastikan dalam pengenalan artikel mempunyai sasaran pembaca.

    3. Isi kandungan

    Menulis isi kandungan boleh dihuraikan dengan tips atau petua bagi masalah tersebut.

    3. Penyelesaian kepada masalah

    Penyelesaian boleh masukkan cadangan produk yang sesuai. Penulis perlu menceritakan kebaikan, khasiat dan kelebihan produk tersebut beserta testimoni ( Jika ada ) . Jika klien mempunyai tawaran hebat, masukkan sekali.

    4. CTA ( Call To Action )

    Bila pembaca dah baca artikel tersebut. Gerakkan mereka supaya segera bertindak untuk menghubungi klien melalui whatsapp. Dan juga selitkan atau backlink media sosial klien seperti website, facebook, Instagram ke dalam artikel review.

     

    Kelebihan upah penulis untuk menulis review produk di blog

    1. Brand klien dilihat berpengaruh apabila berada di enjin carian Google. Sebab mudah dijumpai dengan kata kunci tertentu. Bermakna bisnes kalian dapat dibaca  serta dikenali oleh seluruh dunia.

      2. Sekiranya klien tidak mempunyai website, klien boleh menumpang bisnes mereka melalui penulisan di blog penulis.

    Dengan bayaran tertentu, mengikut budi bicara penulis berdasarkan umur blog penulis serta kaedah penulisan sama ada artikel SEO iaitu Search Engine Optimization ataupun tidak.

    3. Penulisan di blog juga merupakan pengiklanan jangka panjang. Iaitu penulisan tersebut tidak akan dipadam oleh Google mahupun penulis sendiri. Ia bersifat pengiklan kekal dengan sekali bayaran seumur hidup.

    4. Selain itu, klien juga akan mendapat backlink iaitu melibatkan SEO. Menaikkan website kalian di enjin carian Google.

    Kesimpulannya :

    Klien perlu faham, menulis artikel review di blog post bukan tujuan mendapatkan jualan. Sebaliknya mahu mendapatkan ‘awareness’ iaitu kesedaran audiens kalian di carian Google. BONUS bagi klien, jika penulisan daripada penulis berjaya bertukar kepada jualan.

    Namun, harus diingat. Sebagai klien jangan sesekali meletakkan harapan tinggi. Kerana tugasan penulis hanya menguar-uarkan bisnes kalian sahaja di mata enjin carian Google. Dan dari link tersebut membawa ke media sosial kalian

    Tiada masa untuk duduk menulis konten artikel atau kekeringan idea untuk hasilkan copywriting ? mari saya bantu kalian. Saya sediakan ayat iklan yang berpengaruh sesuai dengan target audiens, masalah dan market kalian. Terus whatsapp saya ke sini > wasap.my/60189107161/CW

    Loading

    By azlina

    SEO Ghostwriter Malaysia adalah servis penulisan Ghostwriter yang menggunakan format Search Engine Optimization. Nor Azlina seorang penyedia bahan bertulis kepada pemilik bisnes seperti Artikel mesra SEO, copywriting, SEO copywriting, manuskrip buku, menulis kapsyen pendek media sosial, dan e-book. Saya bantu mudahkan kerja-kerja menulis bagi pemilik bisnes ke dalam bentuk penulisan. N.A Writer bersedia untuk bekerjasama. Whatsapp 018-9107161 atau Email : norazlina181@gmail.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *