kelas online basic SEO

Kelas online seterusnya dalam Kelas Basic SEO sangat banyak cabaran. Patutlah jantung berdebar semacam, di awal pagi. Rupa-rupaya, ada perkara yang ingin berlaku sewaktu kelas sedang berlangsung. Ini adalah pertama kali terjadi dalam Kelas Basic SEO sepanjang saya kendalikan. Dalam artikel ini, saya mahu berkongsi pengalaman bersama kalian.

Apa sebenarnya Kelas Basic SEO

Kelas online di Google Meet

Kelas yang saya adakan selama 2 hari sahaja. Walaupun 2 hari kelas yang saya kendalikan ini, namun bukan setiap minggu saya buka. Ini kerana di hujung minggu saya akan berehat sahaja. Dari melakukan ghostwriting job atau pun Kelas Basic SEO.

Antara silibus kelas yang saya ajarkan ialah formula Search Engine Optimization dalam menghasilkan artikel mesra SEO, audit artikel, pantang larang penulisan artikel SEO, dan strategi bagaimana mahu mengetahui keyword tersebut sesuai atau pun tidak di gunakan dalam artikel.

Penerangan lanjut, boleh terus membacanya di Kelas Basic SEO.

Siapa yang sertai Kelas Online dalam Basic SEO

Kali ini pelajar yang sertai Kelas Basic SEO adalah mereka yang mempunyai website sendiri. Mereka juga sebenarnya penulis seperti saya.

Cuma, berbezanya ialah mereka mahu upgrade skill menulis artikel biasa kepada artikel mesra SEO. Masya Allah, lagi mudah mereka ini nampak jalan. Kerana mereka sudah ada platform untuk audit artikel. Alhamdulillah, mereka buat terus sampai jadi artikel mesra SEO. Itu lah artikel mesra SEO mereka yang pertama berjaya disiarkan.

kelas online SEO

kelas online basic SEO

Apa cabaran sewaktu Kelas online Basic SEO berlangsung

Pada mulanya, hanya jantung saya sahaja yang berdebar-debar. Seakan baru pertama kali mahu membuat kelas online. Sedangkan ini sudah memasuki 4 pelajar. Buat pengetahuan kalian, kelas online yang saya kendalikan ini. Saya tidak membuka 10 orang dalam satu sesi. Kerana Kelas Basic SEO ini adalah teknikal.

Maka, saya perlu fokus pelajar seorang sahaja dalam satu sesi. Jadi, layak saya tawarkan dengan harga RM 199 kelas selama 2 hari. 1 Hari mengambil masa selama 3 jam. Kelas teori dan teknikal, majoriti silibus adalah teknikal. Jadi, pelajar dan saya perlu membuka laptop bersama-sama sepanjang sesi kelas.

Berbalik kepada cabaran tersebut, laptop saya tiba-tiba tidak boleh di buka untuk sesi pagi pelajar pertama. Masya Allah, menggeletar juga lah saya sewaktu kejadian tersebut. Nasib baik, pelajar saya faham dengan keadaan tersebut.

Walaupun ..

Laptop tidak boleh di buka. Alhamdulillah, silibus nota saya sangat membantu. Sehari sebelum kelas saya sudah berikan kepada pelajar ( Fara ) menerusi email. Sangat membantu! terima kasih Allah. Dalam masa yang sama, saya tetap rasa bersalah ketika itu.

Nasib baik, Sabtu baru-baru ini suami tidak bekerja. Jadi, laptop suami penyelamat. Walaupun bahan nota tiada dalam laptop suami, namun saya masih teruskan kelas pada hari tersebut.

Kelas kembali tenang. Serta tamat selepas 3 jam, iaitu pada hari pertama kelas online bersiaran pada hari Sabtu.

Cabaran bukan setakat itu sahaja

Bayangkan kelas online sesi ke-2 berlangsung lebih kurang sejam jam 3 petang. Liputan internet pula tiada. Ya Allah! cabaran sungguh. Kemudian, kelas saya di tunda selepas isyak sehingga jam 12 tengah malam. Alhamdulillah, selesai juga kelas online pada hari pertama.

Keesokan harinya, bersambung kelas ke-2. Alhamdulillah, tamat pada jam 1 tengah hari.

Bila saya buka Kelas Basic SEO

Jadual padat

Secara jujurnya, dengan kepadatan jadual saya sebagai Content Writer di salah sebuah syarikat. Saya tidak lagi buka kelas setiap minggu. Kebetulan sangat, ada rakan penulis dari bulan 6 lagi dia minta saya buka kelas. Dan, beliau mahu mengambil pakej Kelas Basic SEO, Kelas blog serta teknik pasarkan diri di Google ( jenis-jenis artikel, penulisan di website vs penulisan blog ) , dan kelas online pemasaran di Facebook sebagai penulis atau Freelancer.

Kemudian, nak di jadikan cerita. Jadual saya yang padat, kini telah bertukar. Klien meminta saya menyiarkan artikel SEO hanya 3 kali seminggu di website beliau seperti arahan yang dikeluarkan di whatsapp group klien. Jika tidak artikel SEO dengan 1000 patah perkataan perlu disiarkan 2 kali sehari.

Buat pengetahuan kalian, menulis dan menyiarkan artikel SEO tidak mudah seperti sangkaan. Kadang-kadang mengambil masa sehingga 5 jam maksima. Ini kerana Search Engine Optimization tidak mudah. Ia melibatkan kerja-kerja teknikal.

Sebaik sahaja, jadual saya ada kekosongan. Terus saya buka Kelas online pada hari Sabtu. Seminggu sebelum kelas, pelajar sudah membuat bayaran kelas. Belum pun siap silibus untuk 2 kelas, pelajar ini sudah membuat bayaran. Allahuakbar. Terima kasih sebab percayakan kelas-kelas yang saya kendalikan ini.

Cerita berangkai

kisah pelajar ke-2

Seperti dikatakan, saya langsung tidak uar-uarkan sebarang kelas di Facebook dan media sosial lain. Entah mengapa, saya didatangi oleh seorang lagi penulis. Tanya details Kelas Basic SEO dan terus mahu sertai pada hari Sabtu.

Katanya, mahu juga sertai kelas online yang saya kendalikan, sebab beliau baru sahaja menerima job artikel SEO sebanyak 15. Jadi, beliau tidak mahu membuat kesalahan sebagai seorang penulis artikel. Alhamdulillah. Dalam kelas tersebut, terus saya tunjukkan bagaimana mahu mencari keyword yang boleh dijadikan artikel SEO. Bukan semua keyword boleh jadi artikel SEO.

Mengimbas kembali dengan kata-kata pelajar ke-2 :

“Saya stalk juga siapa pengajar tu. Dan tidak sewenang-wenangnya masuk kelas. Oleh sebab Azlina sendiri ambil upah menulis artikel SEO. Saya jadi bertambah yakin untuk sertai kelas Basic SEO.” – Pelajar.

Testimoni pelajar yang sertai kelas online SEO

Masya Allah, tabarakallah. Ini adalah salah seorang pelajar dari kelas online SEO yang saya kendalikan. Dia belajar dan terus gunakan formula yang saya ajarkan selama 2 hari kelas. Teringat dengan kata-kata pelajar ni, sudah berasap otak dengan ilmu.

Kesimpulan

Kelas online Basic SEO ini sesiapa sahaja boleh sertai. Asalkan kalian mempunyai asas menulis artikel dan BONUS jika kalian mempunyai website. Lagi mudah kerja-kerja teknikal berlangsung dalam kelas.

Mereka yang mengambil upah menulis artikel, boleh juga upgrade skill kepada Search Engine Optimization. Iaitu artikel yang ditulis menggunakan kata kunci khas yang sememangnya penulis menulis dengan apa yang orang mahukan. SEO juga membantu kalian lebih kreatif sebagai penulis supaya tidak mati idea dalam menghasilkan artikel berkualiti.

Ini kerana artikel mesra SEO adalah kebanyakan klien cari. Bukan lagi artikel biasa.

By azlina

SEO Ghostwriter Malaysia adalah servis penulisan Ghostwriter yang menggunakan format Search Engine Optimization. Nor Azlina seorang penyedia bahan bertulis kepada pemilik bisnes seperti Artikel mesra SEO, copywriting, SEO copywriting, manuskrip buku, menulis kapsyen pendek media sosial, dan e-book. Saya bantu mudahkan kerja-kerja menulis bagi pemilik bisnes ke dalam bentuk penulisan. N.A Writer bersedia untuk bekerjasama. Whatsapp 018-9107161 atau Email : norazlina181@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *