penulis upahan pemula

Bila terlalu kerap student Kelas Ghostwriter Expert chat saya, beritahu tidak yakin sebagai penulis upahan pemula. Ini telah membawa saya kepada kenangan dulu, teringat masa saya daftarkan diri sebagai Ghostwriter di tahun 2020 kelas Puan Nordianah. Pada mulanya, saya fikirkan masuk je Kelas Ghostwriter boleh tahu kesemuanya mengenai bidang penulisan. Rupanya tekaan saya salah.

Ala, biasalah kan? itu kali pertama dalam hidup saya melaburkan duit sebanyak RM 99 kelas secara menulis sahaja, menerusi group tertutup di Facebook. Tanpa adanya kelas Zoom, dan tanpa ada rakaman kelas. Asbab kesungguhan nak belajar, alhamdulillah syukur saya siapkan task-task tersebut . MestI jangkakan lepas kelas dah boleh dapat tawaran menulis daripada klien. Ternyata salah tekaan saya itu. Tapi, saya tidak patah semangat dan kecewa begitu. Saya faham, ada proses seterusnya. 

penulis upahan pemula

Tips dan Tricks sebagai penulis upahan pemula

Apa yang saya buat selepas tamatnya Kelas penulis upahan pemula tersebut?


1. Usaha 

Apa suruhan task cikgu kelas, terus saya buat jer. Task kelas, semuanya saya lengkapkan. Langsung tidak tinggal. 


Tapi, biasalah. Masa buat task Ghostwriter, ada lah seorang dua yang komen negatif di post saya. Ada yang komen seakan menyindir. Nanun, asbab kecekalan hati saya ignore aje. 

Walaupun hati saya senipis kulit bawang, mudah sentap dan beremosi. Saya abaikan sahaja. Cara lain, anda boleh block akaun tersebut yang menganggu emosi anda. Sebab dalam hati nak berjaya. Memang sungguh-sungguh nak berjaya untuk ubah diri saya kepada seorang isteri yang mempunyai kerjaya. Ha, gitu! walaupun tidak duduk dalam pejabat, jam 8 pagi hingga 5 petang. Tidak mengapa! pastikan anda ada why untuk kekal berdiri tegap! nak tahu apa itu WHY .

2. Tamat task 

Bila tamatnya task, jangan sesekali berhenti. Promosi sebagai penulis tidak habis di situ sahaja. Sebab saya memang berniat nak berikan yang terbaik untuk bakal pelanggan dan audiens. 

Jadi, peringkat ini saya banyak berkongsi motivasi. Saya suka bercerita mengenai sendiri dan anak-anak di wall media sosial saya miliki. 

3. Tak pandang lain 

Masa di awal ni, saya tidak pandang mana-mana Ghostwriter. Maksudnya di sini, saya tidak stalk mana-mana Ghostwriter untuk tahu perjalanan mereka. Tapi, saya hanya akan masuk komen jika ada berita baik sahaja untuk ucapkan tahniah kepada penulis. Ini kerana saya rasa seronok dengan berita begitu.

Ini bukan saya sombong. Saya sedar bahawa, diri saya ni mudah sangat terpengaruh dengan emosi. Risau akan mematahkan semangat saya ketika membuak-buak mahu jadi Ghostwriter. 

Apa yang saya tahu, nak majukan diri sendiri sahaja. Saya nak cari jalan, bagaimana nak dapatkan kembali yuran yang saya dah bayar tu. RM 99 dan gandakan. Apa proses dan jalan seterusnya untuk dapatkan pulangan tersebut. 

4. Apa di tangan 

Masa ni, saya ada juga berkawan dengan beberapa kenalan Ghostwriter. Selalu follow mereka, kadang-kadang bersembang mengenai kerja dan bertukar pendapat. 

Jadi, untuk servis penulisan. Saya tawarkan kepada pelanggan hanya apa yang ada di tangan sahaja. Ketika itu bakal pelanggan nampak saya boleh buat storytelling, copywriting dan ayat-ayat motivasi sahaja. 

Jadi, 3 servis itu saya sentiasa mendapat tawaran daripada pelanggan. Slot saya sentiasa full, permulaan sebagai penulis upahan pemula. Cuma sekarang saya hanya tawarkan penulisan artikel SEO dan penulisan yang menggunakan format SEO sahaja.

Paling kelakar, saya sendiri tak tahu kemahiran. Tapi, pelanggan yang nampak kemahiran saya sebagai Ghostwriter. Hahah. Gitu sekali kan? tak sedar kemahiran sendiri. 

5. Jangan sombong 

Bila memasuki mana-mana kelas, sila elakkan menjadi sombong. Yer lah, ada pepatah mengatakan bahawa. Ujian bagi orang berilmu adalah sombong. Nauzubillahi minzalik. Saya sentiasa merendah diri mengenai ini. 

Jadi, untuk elak masalah tersebut. Saya akan berkongsi ilmu di wall platform saya. 

Selain dari itu, kadang-kadang tangan kita ni laju nak kondem rakan di media sosial, bila ada rakan-rakan yang salah mengeluarkan posting ilmu. Ada sahaja nak di perbetulkan di ruangan komen, sebaiknya tegur lah melalui messenger atau pun whatsapp secara peribadi . 

6. Circle 

Untuk berkawan, saya memang menitikberatkan circle Ghostwriter. Saya akan elakkan mereka yang  sentiasa negatif. Atas faktor, risau berjangkit sifat begitu maka saya menjaga energy sendiri. 

Saya akan berkawan dengan mana-mana Ghostwriter dan freelancer yang mempunyai mindset usahawan sahaja . Sebab berkawan dengan mereka ni, kita boleh bertukar-tukar pendapat dan cadangan. 

7. Less Talk, do it now!

Dari dulu sampai sekarang, ini pepatah yang saya suka. Less talk and do it now! 

Ia bermaksud kurangkan bercakap dan lakukan sekarang. Perlu buat tindakan segera dan kurangkan bercakap dengan hal-hal tidak berfaedah. Sebab terlalu banyak bercakap pun tidak bagus. Habis energy anda dan idea akan hilang begitu sahaja. Kerana setiap detik Allah beri kita idea untuk berkembang. 

8. Swot

Sebenarnya, sebagai Ghostwriter. Anda bukan perlu bersaing dengan penulis upahan ! Salah! jangan buat research mengenai penulis upahan, tapi sebaliknya buat research mengenai bakal pelanggan. 

Apa bakal pelanggan suka? 

Apa masalah bakal pelanggan tersebut?

Macam mana nak buat content tarik bakal pelanggan supaya mereka nak hired awak? 

9. Jangan tiru orang 

Ya. Sila jadi diri sendiri. 

Walaupun masih baru dalam dunia Ghostwriter, anda tidak boleh sesuka hati meniru orang lain. 

Namun, jika ada persamaan dengan job yang anda tawarkan kepada bakal pelanggan. Ini bukan tiket untuk copy apa Ghostwriter tersebut lakukan. 

Be yourself. Buat apa yang anda suka, nanti keunikan itu bakal pelanggan akan nampak anda sebagai Ghostwriter. 

10. Beli buku

Seperti saya sendiri, suka membeli buku-buku bisnes. Kerana buku bisnes kebanyakan menaikkan self esteem sebagai usahawan. Buku tersebut tidak kisah dalam Bahasa Malaysia atau English. Asalkan anda boleh baca buku tersebut dan boleh membuat tindakan susulan selepas pembacaan.

11. Niatkan memberi

Selepas tamat kelas, niatkan mahu memberi kepada audiens anda. Apa kata, dari pembacaan buku tersebut olah ayat dan jadikan sebahagian content anda. Terbitkan content mengikut pelbagai Point of View. Mungkin dari kaca mata prospek, pelanggan, dan pembaca.

Allah tidak akan sia-siakan kepada mereka yang sentiasa memberi. Kerana memberi ilmu juga adalah satu sedekah.

Jadi penulis upahan pemula ni sampai bila perlu promosikan servis penulisan?

penulis upahan pemula

Sampai bila-bila. Ini kerana penulis upahan sebahagian daripada usahawan. Ianya sama seperti penjual yang lain. Cuma yang bezanya adalah penulis upahan menjual servis, bukan produk fizikal.

Kesimpulan

Untuk kekal relevan sebagai penulis, anda perlu konsisten menghasilkan content di platform media sosial masing-masing. Jangan pernah juga berhenti mendapatkan ilmu dalam bidang penulisan, sama ada sumber rujukan di Google, bacaan buku dan kursus-kursus kelas secara atas talian. Seterusnya, penulis upahan pemula jangan malu untuk memberitahu dengan apa servis yang anda tawarkan dan perlu agresif. Kerana bakal pelanggan tidak tahu anda seorang penulis upahan. Praktikkan apa yang anda pelajari dalam kelas tersebut. Sebagai permulaan, sila perbanyakkan content dan sesekali naikkan status menjual anda.

Jika berminat dengan kelas-kelas saya, boleh terus whatsapp ke 0189107161. Antara kelas anjuran saya adalah Kelas Ghostwriter Expert ( kelas ini untuk penulis upahan pemula yang nak tahu bagaimana cara menjadi Ghostwriter, pitching bakal pelanggan dan cara untuk jadi Ghostwriter Expert ) , Kelas Basic SEO ( Khas kepada penulis artikel yang mahu upgrade skill kepada SEO ), Kelas Strategi pitching klien artikel SEO ( khas kepada penulis artikel SEO sahaja ) , dan Kelas buat blog serta formula pasarkan diri di Google sebagai Ghostwriter .

By azlina

SEO Ghostwriter Malaysia adalah servis penulisan Ghostwriter yang menggunakan format Search Engine Optimization. Nor Azlina seorang penyedia bahan bertulis kepada pemilik bisnes seperti Artikel mesra SEO, copywriting, SEO copywriting, manuskrip buku, menulis kapsyen pendek media sosial, dan e-book. Saya bantu mudahkan kerja-kerja menulis bagi pemilik bisnes ke dalam bentuk penulisan. N.A Writer bersedia untuk bekerjasama. Whatsapp 018-9107161 atau Email : norazlina181@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *