Segelintir penulis yang masih samar-samar mahu menentukan niche dalam penulisan mereka. Ianya terjadi kerana berasa tidak yakin dengan diri sendiri untuk menulis mengenai sesuatu tajuk yang ingin dikongsikan kepada audiens. Jadi, dalam artikel ini diharap menjawab kepada mereka diluar sana yang juga mempunyai masalah bagaimana mahu tentukan niche dalam penulisan.
Menurut definisi niche dalam bahasa Inggeris ialah bidang.
Bagaimana mahu tentukan ‘niche’ dalam penulisan
1. Kemahiran
Jika kalian mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang, boleh jadikan kemahiran sebagai niche. Jadi, tidak lah kekok apabila menulis.
Mempunyai kemahiran edit video. Bercerita lah cara edit video. Guna apps apa, saiz video macam mana yang sesuai untuk masukkan dalam YouTube ke?
2. Pengalaman
Saya percaya, kalian pasti mempunyai pengalaman berkaitan sesuatu dengan topik yang ingin dikupas.
Jadi, sebagai penulis mesti tahu macam mana mahu sesuaikan dengan niche yang ditulis.
Sebagai contoh; saya suka selitkan niche pemasaran dalam bisnes menulis.
Kemudian, saya akan seimbangkan niche pemasaran dalam bisnes menulis. Bagaimana mahu adunkan supaya ia kelihatan berkaitan antara satu sama lain. Seperti artikel yang saya tuliskan ini.
3. Hobi
Saya juga pasti, kalian mempunyai hobi tersendiri. Sebagai contoh;
jika suka berkebun atau menanam pokok-pokok. Boleh selalu bercerita mengenai hobi tersebut. Walau pun selalu, seimbangkan dengan konten lain. Mungkin boleh menulis tips dan cara tangani masalah pokok-pokok bunga yang tidak subur.
atau minat lain seperti saya iaitu menulis. Saya sukakan menulis di ruangan blog personal ehbelogaku dan mempunyai lebih kurang 5 buah blog secara keseluruhan. Hanya 2 blog sahaja yang aktif menulis. WordPress dan Blogspot.
Jadi, sesekali saya akan selitkan cerita di blog saya di media sosial. Bukan bercerita kosong, tetapi lebih kepada memberi panduan menulis dan perkongsian saya berurusan dengan klien Ghostwriter Malaysia.
4. Bahan bacaan [ buku umum ] sebagai rujukan penulis
Saya percaya hampir semua penulis suka membaca. Baca buku yang diminati, bukan ikut perkembangan terkini.
Sebagai contoh ;
Jadikan bahan penulisan yang dibaca tadi, olah menjadi ayat sendiri. Dari sini akan menjadi 1 penulisan baharu mengikut gaya penulis itu sendiri untuk sampaikan maklumat kepada audiens.
Walaupun ianya olahan ayat, tetapi bukanlah meniru seratus peratus isi buku tersebut.
Mengapa penulis perlu mahirkan diri dalam sesuatu niche dalam penulisan
- Supaya mudah penulis mendapatkan sebarang tawaran menulis daripada klien. Berdasarkan pengalaman sendiri, ada di kalangan klien yang mahu penulis menulis dalam niche mereka sendiri. Sebagai contoh, mahu penulis menulis dalam niche fesyen misalnya. Klien hanya tawarkan kepada penulis yang mahir sahaja. Atau mungkin mencari penulis dalam niche kesihatan.
- Peluang menjana pendapatan luas. Sebagai contoh, penulis B sering mengadu ketiadaan tawaran menulis kepada si A. Berbanding si A. Si A pula banyak menerima tawaran ghostwriting job, kerana ia mempunyai pelbagai kemahiran dalam niche penulisan. Sebab itu penulis tidak boleh hadkan niche mereka.
Wajarkah penulis perlu mahirkan diri menulis dalam pelbagai niche?
Sangat perlu. Ini adalah kerana penulis upahan yang mengambil upah menulis dalam pelbagai konten yang dimahukan oleh pihak klien. Tambahan lagi, penulis bukan sahaja didatangi oleh klien yang sama bidang sahaja. Bahkan pelbagai bidang.
Sebagai contoh : Automotif, kecantikan, makanan, kesihatan, kewanitaan, keagamaan, dan kekeluargaan.
Berapa niche yang boleh penulis fokus
Sejujurnya, tiada had dalam menentukan niche penulisan. Asalkan penulis tersebut mahir dan selesa untuk menulisnya. Apabila tidak hadkan niche penulisan, saya mendapat banyak pengalaman menulis .
Kesimpulannya :
Justeru, niche penulisan seseorang juga boleh berubah-ubah mengikut kemahiran dan pengalaman seseorang. Jadi, jangan hadkan niche kalian. Bergantung kepada individu, ada yang cakap bagus fokus kepada satu niche sahaja.
Namun, dari sudut pandang saya selaku yang mengambil upah menulis bagi pihak klien, perlu mahirkan diri menulis dalam pelbagai niche. Yang menjadi pertimbangan klien, adalah cara penyampaian penulis untuk sampaikan maklumat. Gaya penulisan tersebut dinilai oleh mereka. Sebagai penulis, kita perlu menjadi bijak dan kreatif dalam menentukan niche dalam penulisan.