Ikuti 7 panduan teknikal artikel mesra SEO Semalam saya siarkan artikel SEO di blog WordPress. Mengenai 7 Checklist untuk jadikan artikel mesra SEO . Pagi ini, artikel tersebut sudah berada di halaman pertama Google, dengan kedudukan ke-5. Alhamdulillah, syukur ya Allah. Akan tetapi, pada hari ke-2 artikel di siarkan di blog wordpress ini telah berada pada kedudukan ke-2 dan masih berada pada halaman pertama di Google. Masya Allah! seronok. Sebab nampak progress cepat.
Tidak ketinggalan pada halaman pertama Google juga terselit 2 artikel daripada WordPress saya, 2 website milik saya dan 1 daripada blog peribadi.
P/S: Nak tahu apa rahsianya boleh ranking pada halaman pertama, selepas sehari disiarkan? teruskan baca dan bookmark artikel ini.
Table of Contents
7 Panduan teknikal artikel mesra SEO
Sila pastikan beberapa perkara ini terlebih dahulu. Ini lah strategi rahsia saya untuk jadikan artikel mesra SEO ;
Keyword kurang persaingan
Keyword yang digunakan mestilah kurang persaingan. Tidak ramai yang tulis, tetapi masih dalam carian pembaca.
Jika anda tidak mahir dalam mencari keyword, boleh upah saya untuk lakukan research keyword.
Plugin
Sebenarnya ramai yang salah faham mengenai plugin. Bukan Plugin jadikan artikel mesra tau. Plugin hanya alat untuk jadikan artikel mesra SEO sahaja. Namun, terdapat beberapa perkara perlu di setting.
Saya cadangkan penggunaan Rank Math. Satu-satunya plugin yang tepat dalam metrik pengiraannya, keberkesanan menjadi artikel mesra SEO.
Dalam Kelas Basic SEO, saya ada ajarkan bagaimana penggunaan plugin Rank Math ini dengan lebih berkesan.
Selain plugin Rank Math, anda perlu activate plugin Google Site Kit.
Artikel panjang
Artikel SEO mestilah melebihi 1000 patah perkataan dan keatas.
Saiz Gambar
Pastikan gambar di dalam artikel mengikut format betul. Sila gunakan gambar dengan format WEBP , dan bukanlah JPG dan PNG.
Pada bahagian website, upload gambar menerusi Library media dahulu sebelum upload ke dalam artikel SEO anda.
Laju
Website anda laju. Tidak loading. Ini yang membuatkan pembaca seronok berada lama di dalam website anda.
Tiada error
Semua fungsi di website berfungsi dengan baik. Boleh di klik dan tiada keluar error kod 404, 403 serta masalah server down.
Google Search Console ( GSC )
Pastikan selepas artikel disiarkan, wajib submit pada bahagian Google Search Console. Tujuannya, agar artikel di indeks oleh Google ( seperti anda memberitahu kepada Google artikel terkini ) . Serta memudahkan artikel dalam carian di Search Engine Result Pages ( SERPs ) .
Jika ada masalah di bahagian GSC, wajib selesaikan segera agar artikel tiada masalah untuk di indeks.
Sitemap
Sudah lakukan sitemap website di GSC. Jika belum, boleh berbuat demikian. Ini antara bahagian terpenting untuk Search Engine mengetahui kewujudan website anda.
Itu sahaja.
Mudah kan?
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, sangat mudah apabila anda tahu dengan 7 panduan teknikal artikel mesra SEO . Tiada lagi berteka-teki rahsia untuk tidak berjaya naikkan ranking artikel anda. Selebihnya, anda perlu lakukan maintenance keatas website. Sama ada mengupah orang, atau pun lakukan sendiri.
Jika sesiapa yang mahukan saya lakukan research keyword, menulis artikel SEO di website mereka, dan mahu periksa teknikal di website boleh berhubung saya di talian.