website ranking

Website ranking ni penting tak? kenapa pembaca tidak menaip nama website, tetapi menaip dengan carian yang mereka mahukan penyelesaian. Baru-baru ini, ada prospek bertanyakan kepada saya soalan mengenai servis penulisan artikel SEO. Antara soalan cepumas tersebut adalah mengenai website ranking di Google:

Berapa lama kebolehan website ranking di halaman pertama GOOGLE?

Website baru boleh terus dapat ranking di 1st GOOGLE?

Sebaik sahaja saya baca soalan ini di whatsapp. Terus ligat lagu daripada Altimet bermain di kepala saya. “Amboi amboi amboi amboi~

Ok, berbalik kepada persoalan diatas. Memang mengena lagu tadi dengan soalan.

1. Mana boleh nak website ranking secepat mungkin di Google. Kecuali anda buat pengiklanan berbayar Google Ads dengan menggunakan keyword SEO yang tepat.

ATAU pilihan kedua adalah menggunakan blog peribadi saya ehbelogaku.com untuk pengiklanan mengenai servis atau produk anda jual. Tertakluk kepada terma dan syarat. Kiranya, anda membeli tapak di ruangan blog milik saya. Teknik ini pun bagus untuk backlink ke website anda. Salah satu sebab untuk menaikkan ranking website anda.

Kenapa saya kata begitu? ini kerana blog saya sudah stabil di enjin carian Google. Jadi, untuk ranking agak cepat dengan penggunaan keyword yang tepat. Berbanding dengan website yang baru di bina tadi. Tambahan lagi, blog saya aktif serta konsisten hasilkan artikel. Keseluruhan artikel di blog saya mempunyai 719.

2. Jawapan kepada soalan ke-2 adalah TIDAK!

Ini kerana website baru masih dalam pemantauan Google. Enjin carian Google sedang berusaha membaca kod-kod yang ada di website. Jika ada kesilapan teknikal SEO , maka sebahagian nya tidak dapat crawl maklumat dari web tersebut.

Tambahan lagi, Google bukan sahaja nak baca data website anda seorang. Berbilion kot pemilik website yang ada di dunia ni. Jadi, memang perlukan masa.

P/S : Bagi menaikkan kedudukan website di enjin carian adalah dengan konsisten hasilkan artikel SEO. Secara bulanan minima 10 artikel dengan keyword. Teknik ini akan memberitahu bahawa website anda aktif di enjin carian.

Kesimpulan

Selain itu, anda perlu tahu bahawa artikel SEO adalah untuk memberi ilmu kepada pembaca di Google. Jualan boleh juga datangnya daripada penulisan artikel SEO, tetapi di Website anda perlu bijak merangka artikel SEO mengikut keperluan pembaca. Apa yang mereka cari dan cuba elakkan dari berlaku masalah serta penyelesaian masalah.

Jadi, jika anda mahu mendapatkan jualan daripada website, sila konsisten siarkan artikel.

Bagi mendapatkan jualan, anda juga boleh aktif membina content secara berterusan di media sosial seperti Facebook, Instagram, Thread dan Tiktok.

Akhir kata, sekian daripada saya yang pernah menguruskan projek artikel SEO berskala besar dan kecil. Masya Allah, tabarakallah. Dari 10 artikel 600 patah perkataan, 90 artikel SEO pendek, dan 150 artikel dengan 1000 patah perkataan setiap satunya.

La hawla wala quwwata ilah billah.

Perlukan artikel SEO sahaja atau mahu saya tuliskan artikel serta siarkan di website? terus hantar pertanyaan di email .

ATAU

Tidak mahir lakukan research keyword, saya boleh sediakan.

Pertanyaan servis penulisan artikel SEO

By azlina

SEO Ghostwriter Malaysia adalah servis penulisan Ghostwriter yang menggunakan format Search Engine Optimization. Nor Azlina seorang penyedia bahan bertulis kepada pemilik bisnes seperti Artikel mesra SEO, copywriting, SEO copywriting, manuskrip buku, menulis kapsyen pendek media sosial, dan e-book. Saya bantu mudahkan kerja-kerja menulis bagi pemilik bisnes ke dalam bentuk penulisan. N.A Writer bersedia untuk bekerjasama. Whatsapp 018-9107161 atau Email : norazlina181@gmail.com