Tajuk artikel panjang dan yang melebihi tiga baris bukan sahaja merosakkan kebolehbacaan, tetapi juga memberi kesan negatif pada ranking Google. Google lebih mengutamakan tajuk yang padat, jelas, dan mengandungi kata kunci utama.
Dalam artikel ini, saya akan tunjukan perbezaan tajuk artikel mesra SEO dan tajuk artikel tidak mesra SEO. Jangan biarkan kesilapan kecil ini merugikan trafik anda.
Table of Contents
Masalah tajuk artikel yang terlalu panjang
Bila tajuk mencapai tiga baris atau lebih, pembaca jadi kurang tertarik. Malah, Google sendiri lebih suka tajuk yang padat, jelas, dan mengandungi kata kunci utama.
Formula Tajuk SEO yang Berkesan
Tajuk yang terlalu panjang bukan saja mengelirukan, tetapi juga mengurangkan keberkesanan SEO. Nak elak kesilapan ini? gunakan tajuk di bawah 60 karakter dan pastikan ia mengandungi kata kunci utama.
Contoh tajuk artikel tidak mesra SEO
Panduan Lengkap Mengenai Seluruh Proses Pembahagian Harta Pusaka di Malaysia, Termasuk Dokumen, Undang-Undang, dan Hak Waris yang Perlu Anda Ketahui
Contoh tajuk artikel mesra SEO
5 Kesalahan pembahagian harta pusaka yang ramai waris buat!
Strategi yang terbukti berkesan
Saya pernah bantu klien yang struggling dengan ranking website mereka. Selepas optimize tajuk dan struktur artikel. Klien berjaya naik ranking Google dalam beberapa bulan .
SEO bukan magik, buat hari ni terus berjaya. Tapi dengan strategi yang betul, ia boleh beri kesan besar kepada trafik dan jualan.
Kesimpulan : Jangan buat tajuk artikel panjang !
Dengan tajuk artikel yang panjang, jadikan artikel tadi tidak mesra SEO. Selain itu, akan menggelirukan pembaca serta akan tarik prospek yang salah.
Google juga akan memotong tajuk yang terlalu panjang di SERP.
Ok lah. Saya tengah betulkan banyak artikel minggu ini. Kalau kalian ada website, pastikan artikel SEO ditulis dengan formula yang betul. Supaya tak rugi masa dan membuang duit.
Keperluan Artikel SEO dalam bisnes : 7 sebab mengapa ia penting
Ikuti laman media sosial saya :
Facebook : Nor Azlina Mohd Ali
Thread : Azlina Ghostwriter