content SEO di media sosial

Dalam kesibukan Umat Islam mahu menyambut puasa pada bulan Mac 2025, saya sibuk menguruskan projek penulisan bersama klien. Kali ini, saya menerima tempahan 20 Content SEO di Media Sosial dalam format SEO. Mujur saya pernah bangunkan content-content di media sosial klien-klien sebelum serius dalam bidang penulisan artikel SEO. Jadi, tidak menjadi masalah bagi saya sediakan content SEO. Nak tahu apa yang berbeza pengurusan content SEO?

Kali ini, di awal bulan Mac 2025. Saya perlu sediakan content SEO kepada klien, bukan uruskan page klien. Ada bezanya di situ. Sebenarnya, saya tidak lagi mengambil projek penulisan begitu. Memandangkan klien mahukan saya untuk SEO kan content mereka di media sosial. Saya menyahut seruan tersebut.

Apakah jenis Content SEO di media sosial

Content tersebut boleh terdiri dari storytelling, copywriting, poll, Reels dan caption biasa. Semuanya bergantung kepada klien, apa permintaan mereka. Saya sebagai penulis upahan, hanya realisasikan keinginan klien.

Penyedia Content SEO

Saya sediakan 10 content SEO di wall, 5 stories di facebook, dan 5 skrip content di TikTok . Setiap content mengandungi keyword untuk buat bakal pelanggan jumpa bisnes mereka. Selain itu hashtag dan peletakan keyword dengan betul pada setiap content supaya alghoritm faham tujuan posting.

Proses kerjasama

Selain itu, saya juga memberi konsultan kepada klien untuk struktur SEO di media sosial melalui Zoom Meeting. Syukur! memandangkan klien mempunyai staff sendiri, saya menggalas tanggungjawab ini untuk bantu bangunkan content SEO. Segala content yang saya sediakan diuruskan oleh staff mereka untuk siaran di media sosial mereka.

Untuk lebih pemahaman, kami lakukan sesi Zoom Meeting bersama selepas content disiapkan. Begitulah projek penulisan pada bulan Mac 2025 berlangsung.

@n.aghostwriter

Nak muncul kan content dari media sosial ke Gxxxle tak? Ikut panduan dalam video. tak cuba rugi! #seomediasosial #azlinaseoghostwriter #penulisupahan #SEO

♬ original sound – Azlina | SEO Ghostwriter – Azlina | SEO Ghostwriter

Kesan Content SEO

Dengan konsisten bangunkan content SEO di media sosial, brand klien akan dipercayai kerana faham keinginan dan apa masalah bakal pelanggan klien serta dapat diselesaikan dengan baik. Kesan content SEO paling best apabila setiap content-content dari media sosial klien muncul di Google.

Brand klien dilihat berbeza berbanding pesaing. Kat situ dah boleh WIN! Jika saya boleh munculkan content-content dari media sosial sendiri di Google , kenapa tidak untuk klien kan?

Ini sekadar tambahan sahaja, selain memiliki sebuah website. Bila bangunkan content SEO di media sosial, jangan pula tinggalkan terus untuk bangunkan content di website , ini kerana media sosial hanya pinjaman.

Kita hanya menumpang sahaja, bila-bila masa boleh kena ban dan hacked. Jadi lebih selamat perlu miliki sebuah website dengan adanya content berbentuk artikel SEO .

Servis ini tidak dibuka sentiasa, kerana saya fokus kepada penulisan artikel SEO di website dan servis Content Writer website untuk bangunkan content artikel SEO .

View on Threads

By azlina

SEO Ghostwriter Malaysia adalah servis penulisan Ghostwriter yang menggunakan format Search Engine Optimization. Nor Azlina seorang penyedia bahan bertulis kepada pemilik bisnes seperti Artikel mesra SEO, copywriting, SEO copywriting, manuskrip buku, menulis kapsyen pendek media sosial, dan e-book. Saya bantu mudahkan kerja-kerja menulis bagi pemilik bisnes ke dalam bentuk penulisan. N.A Writer bersedia untuk bekerjasama. Whatsapp 018-9107161 atau Email : norazlina181@gmail.com