Buat video SEO di Tiktok, kemudian video anda muncul di kotak search Tiktok. Menarik kan? semuanya berkaitan dengan Search Engine Optimziation ( SEO ) . Selagi mana platform yang mempunyai search engine, selagi itu lah kita boleh menggunakan format SEO. Tidak sukar, jika anda faham mengenainya.
Baru-baru ini, saya menaikkan satu video di Tiktok mengenai kisah seram. Dan, video tersebut bukan dalam format video. Tetapi dalam format foto sahaja. Daripada video tersebut, saya dapat munculkan nama sendiri di kotak search bar Tiktok. Juga, di carian Tiktok video saya muncul pada SERP Tiktok. Apa yang saya buat sebenarnya?
Table of Contents
Apa yang saya buat untuk SEO di Tiktok?
Nama
Saya menggunakan nama Azlina SEO Ghostwriter. Jadi, anda yang mahu nama muncul di search bar Tiktok boleh ikuti cara ini. Jika anda perasan, itu lah keyword saya.
Description
Di bahagian description, saya juga mention akaun kedua tiktok. Turut menggunakan nama azlina penulis upahan. Langkah ini, anda boleh skip. Jika tujuan anda bukan mahu munculkan nama di search bar Tiktok. Akan tetapi, pastikan dalam description ada menyebut kata kunci ( keyword ) yang anda inginkan.
Sebagai contoh, anda mahu masukkan keyword cara menyiang ketam. Jadi, apa perlu buat? anda boleh menulis begini . Cara menyiang ketam yang betul. Pastikan anda menggunakan longtail keyword. Sebab di carian orang akan menaip dengan panjang untuk mencari penyelesaian.
Hashtag
Pada setiap posting di video Tiktok, kegunaan hashtag atau tanda pagar ( # ) amatlah penting. Cara ini membantu untuk search engine crawl di Tiktok tentang content anda.
Sebagai contoh, saya mahu mencari mengenai produk lampu LIVE. Maka, saya akan menaip di search bar dengan carian lampu buat LIVE. Di kotak search akan mencadangkan pelbagai longtail keyword. ( Sila rujuk gambar di bawah ) .
Macam mana nak buat hashtag dengan menggunakan keyword?
Anda boleh meletakkan keyword di dalam hashtag dengan cara berikut. Sebagai contoh #carasiangketam
Gambar / Video
Pastikan dalam video atau gambar anda masukkan keyword cara siang ketam. Jika post anda bergambar, masukkan keyword tersebut. Manakala, jika konten anda jenis video di Tiktok masukkan juga.
Macam mana nak masukkan Keyword dalam gambar atau Video?
Kaedah masukkan keyword dalam format video atau gambar dengan penggunaan hashtag. Sebagai contoh #carasiangketam . Pastikan anda menggunakan hashtag tersebut dalam applikasi Tiktok sahaja. Bukanlah melalui CAPCUT.
Bercakap
Yang terakhir SEO di Tiktok, anda perlu menyebut keyword tersebut. Pastikan dalam video anda disebutkan keyword. Jangan tinggalkan. Ianya penting untuk menjadikan video anda mesra SEO di Tiktok.
Adakah SEO di Tiktok juga mempunyai pantang larang?
Bila bermain dengan teknik Search Engine Optimization ( SEO ) , anda wajib ikuti pantang larangnya. Sama seperti SEO di website . Sila elakkan penggunaan keyword secara berulang dalam satu perenggan. Cukup 1 keyword untuk satu perenggan sahaja di Tiktok.
Kesimpulan
Penggunaan keyword di Tiktok dengan betul akan membantu video anda mudah dijumpai oleh pengguna Tiktok. Manfaatkan sebaiknya dengan 5 panduan penggunaan keyword di Tiktok. Dengan menggunakan teknik SEO, anda dapat menarik trafik organik tanpa perlu membuat pengiklanan berbayar.