Bagaimana mencapai Impian 2022| Berbaki 72 jam sahaja sebelum tahun 2021 melabuhkan tirainya. Saya percaya segala impian anda sudah pun tercapai pada tahun ini. Tahniah di ucapkan kepada anda. Buat mereka yang masih samar-samar mengenai impian.
Iaitu dalam bahasa yang mudah difahami , impian ialah sesuatu hal atau benda yang kita idamkan dalam kehidupan atau sepanjang hidup. Itulah yang dinamakan impian.
Sebagai contoh, anda teringin menjadi kurus, ingin pergi umrah bersama keluarga, ingin sihat, memiliki kereta, atau simpanan yang mencukupi. Itu semuanya impian dalam kehidupan anda.
Tujuan memiliki impian dan menulis impian adalah salah satu cara untuk berubah diri kearah yang lebih baik dari sebelumnya. Mungkin kehidupan dahulu tidak arah tuju, tetapi dengan mempunyai impian anda dapat menjadi seseorang yang berjaya. Dan, setiap impian mesti ada cara yang betul untuk mencapainya. Sebagai contoh, umrah 2022 bersama mak abah. Bagaimana untuk mencapai impian tersebut?
Table of Contents
Bagaimana mencapai impian?
Di awal ayat dengan penggunaan “mesti pergi umrah 2022 pada bulan June”. Nyatakan sekali dateline yang lengkap, supaya diri bergerak serta bertindak untuk memastikan diri capai impian tersebut. Mesti meletakkan tarikh dan bulan beserta tahun sesuatu impian tersebut. Sebagai contoh, mesti bawa mak abah ke umrah pada 30 June 2022. Pastikan melihat impian setiap hari iaitu sebelum tidur. Ini kerana sebelum waktu tidur, minda di bawah sedar sedang di aktifkan. Jadinya, lihat dan baca yang baik-baik sahaja. Formula bagaimana mencapai impian ini sangat berkesan jika anda konsisten lakukan dengan izin Allah SWT .
Cara bagaimana mencapai Impian anda pada tahun 2022
Seterusnya bagi mencapai impian, anda perlukan ‘Why’ yang jelas. Iaitu ‘why’ yang membantu diri untuk bertindak dan keluar dalam zon selesa anda. Keluar daripada zon selesa bermakna anda keluar daripada biasa, misalnya anda mempunyai suami dan suami menyara anda iaitu bulanan anda di berikan wang nafkah untuk di belanjakan. Dalam masa yang sama, anda juga membuat bisnes lain sebagai wang tambahan dan juga minat mendalam dalam bisnes tersebut.
Bagaimana untuk mencari ‘Why’ anda?
Terlebih dahulu, sila bertanyakan kepada diri. Mengapa mahu ubah hidup dari susah kepada kaya? kenapa pula perlu jadi kaya?
Big Why : Keinginan diri iaitu kepentingan diri. Sebagai contoh, ingin memiliki kereta terbaru.
Grand Why : Kejar akhirat, sebagai contoh dengan bersedekah, Zakat dan Infaq ( jika berkemampuan )
Strong Why : Bermain dengan emosi. Sebagai contoh : anda pernah hidup miskin, ibu tunggal, mempunyai hutang dan sebagainya.
Sebaiknya, jika anda inginkan impian anda tercapai sila utamakan orang lain dahulu daripada diri sendiri. Iaitu fokus kepada bersedekah, zakat dan Infaq ( jika berkemampuan ). Kemudian, diikuti dengan strong why dan di akhiri dengan diri sendiri. Insyallah, pasti allah mudahkan jalan anda dalam mencapai impian.
Bagaimana mencapai Impian ? dimana untuk bermula
Catat segala impian anda di dalam buku nota. Tulis lah seberapa banyak pun impian yang anda inginkan pada tahun 2022 atau sepanjang hidup anda. Jika mempunyai 100 impian, maka tulis lah ia. Keluarkan segala impian yang ada di dalam fikiran anda. Sebelum menulis impian, pastikan anda menulis ‘basmallah’ sebagai pembuka dan akhiri impian anda dengan penutup doa ( rujuk gambar di bawah ).
Tulis impian, melihat impian setiap hari serta bertindak untuk mencapainya. Berusaha setiap hari bagi mencapai impian anda.
Akhir sekali jangan sesekali dedahkan bagaimana mencapai impian anda kepada umum. Ini kerana impian anda adalah hajat besar. Jadi, cukup sahaja anda seorang sahaja yang tahu impian tersebut. Dan, paling seronok segala impian yang di tulis itu telah tercapai akhirnya. Itulah di haruskan untuk rahsiakan impian anda kepada umum. Semoga artikel ini membantu anda bagaimana mencapai impian 2022 anda.
Facebook : Nor Azlina Mohd Ali
LinkedIn : Nor Azlina Mohd Ali
Telegram : https://t.me/azlinapenulisupahan
Perlukan servis penulisan daripada Azlina Ghostwriter ? Sila rujuk 17 Jenis Servis Ghostwriter yang ditawarkan sepanjang tahun 2024 .