Apa itu Niche? Kenapa perlu FOKUS NICHE?
Maksud Niche :
Niche adalah satu topik yang kita ingin kongsikan kepada pembaca. Topik yang berfokus sahaja. Antara Niche yang ada seperti kewanitaan, kewangan, kesihatan , Automotif, motivasi, bisnes , Kekeluargaan , teknologi dan juga travel.
Untuk kenal pasti Niche kalian, pastikan kalian cukup kenal secara mendalam dengan sesuatu niche tersebut. Sesuatu yang dekat di hati kalian, kena dengan jiwa [ minat ].
Kenapa perlu FOKUS NICHE :
Penting untuk kalian fokus kepada Niche, salah satunya supaya kalian tidak pening. Dengan adanya Niche, kalian tidak akan pening untuk berkongsi maklumat dengan pembaca.
[ Dan bila kalian pening, kalian akan stuck idea untuk menulis.]
Maksudnya di sini, kalian tidak akan terikut-ikut dengan orang lain. Sekejap kalian cerita Niche
Kewangan selama sebulan, kemudian cerita pula bab insurans , kekeluargaan dan sebagainya.
Dan, dengan tidak fokus Niche pula. Pembaca kalian turut akan pening.
Harus diingatkan, jika kalian mempunyai Niche berfokus. Ini akan menjadikan kalian pakar dalam Niche tersebut.
Jadi, prospek bertambah yakin. Mudah mendapatkan job. Prospek lebih tertarik untuk bekerjasama bagi projek mereka.
Jemput Follow Channel Telegram :https://t.me/azlinapenulisupahan
Tak jumpa lagi niche yang sesuai.
Pakat hentam je semua sumbat dalam blog.
InshaAllah one day nak jadi macam puan juga.
Tak jumpa lagi niche yang sesuai.
Pakat hentam je semua sumbat dalam blog.
InshaAllah one day nak jadi macam puan juga.
insyallah, boleh. Saya doakan kejayaan awak. Untuk permulaan mesti bermula dahulu.