Ramai yang ingin berubah menjadi lebih baik dan berjaya pada tahun 2021. Tetapi masih ada individu yang masih tidak tahu untuk bermula. Bagaimana ingin bermula. Apakah langkah pertama tersebut ? Jadi, saya kongsikan 5 tips untuk menjadi Orang Baru yang berjaya. 

Tips menjadi Orang Baru Yang Berjaya

5 tips menjadi Orang Baru Yang Berjaya : 

1. Pekakkan Telinga

Untuk menjadi orang baru yang berjaya, ini hal pertama yang kalian perlu ubah. Pekakkan telinga. Apa orang sekeliling bercakap, complaint mengenai kalian, endahkan sahaja. Dengar boleh, tapi jangan simpan di dalam hati.

Selepas itu, sila maju ke hadapan. Bertindak! Ingat matlamat 2021 kalian.

2. Tulis Dengan Jelas Matlamat 

Ya, dengan menulis matlamat,  kalian akan semakin jelas dan mudah mencapai sasaran.

Menulis matlamat dengan jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Setiap matlamat hendaklah ditulis deadline supaya otak akan berusaha mencari jalan untuk capai matlamat tersebut.

Contoh : 6 bulan pertama, 1 tahun pertama dan seterusnya.

3. Kurangkan Bersembang

Bukan menyuruh kalian jadi kera sumbang . TIDAK! Tetapi bercakap bila perlu sahaja. Banyakkan tindakan daripada bercakap kosong  ( bergosip dan seumpamanya ). Kurangkan bersembang di group-group whatsApp.

 Komen di social media dengan hal yang tidak berfaedah.

4. Cari Circle Baru 

Bukan minta kalian meninggalkan terus Circle lama. Yang saya maksudkan adalah supaya kalian mencari kelompok yang baru. Kelompok yang lebih Positif. 

Bila kalian mempunyai networking yang betul dan  bagus, kalian boleh belajar antara satu sama lain. Bertukar idea dan sebagainya.

5. Jangan Scroll Social Media

Buat mereka yang masih dalam fasa baru nak bangkit.  Diri masih rapuh, tak berkeyakinan dan asyik TAKUT hendak bertindak. 

3 bulan pertama, jangan sesekali scroll social media. Ini kerana, diri kalian masih rapuh. Masih fasa dalam menjadi ‘kuat’. Dalam masa yang sama, mudah ‘goyang’ tergugat dan berputus asa apabila melihat kejayaan orang lain.

Dan kesudahannya, kalian tidak berganjak. Tidak melakukan perubahan . Terlalu taksub dengan kisah kejayaan orang lain . Terlalu mengkaji proses kejayaan orang lain. Sudahnya kalian di tempat yang sama.

Salam tahun baru 2021,semoga yang membaca coretan panjang ini lancar rezekinya. Serta dalam lindungan Allah selalu. Moga-moga Allah angkat penyakit wabak #covid19 ini. 

Cukup sahaja saya kongsikan, 5 tips menjadi Orang Baru Yang Berjaya. Jika kalian ingin berubah, masih sempat lagi. Kita masih ada 364 hari dari sekarang. 

By azlina

SEO Ghostwriter Malaysia adalah servis penulisan Ghostwriter yang menggunakan format Search Engine Optimization. Nor Azlina seorang penyedia bahan bertulis kepada pemilik bisnes seperti Artikel mesra SEO, copywriting, SEO copywriting, manuskrip buku, menulis kapsyen pendek media sosial, dan e-book. Saya bantu mudahkan kerja-kerja menulis bagi pemilik bisnes ke dalam bentuk penulisan. N.A Writer bersedia untuk bekerjasama. Whatsapp 018-9107161 atau Email : norazlina181@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *