kelas seo

Saya sebenarnya sudah mula fokus kepada penulisan artikel Search Engine Optimization ( SEO ) sahaja. Bukan lagi penulis buku, penulis konten dan Copywriting lagi. Buku digital masih menulis sebab saya terapkan penulisan SEO dalam format buku digital tersebut. Berbalik kepada tajuk asal artikel, saya mahu berkongsi sedikit pengalaman sebagai penulis artikel di website pelanggan. Sebagai penulis artikel website apa yang saya lakukan dan tugasan lain.

Apa tugasan sebagai penulis artikel

Apabila bercakap mengenai penulis artikel, yang dicari-cari oleh pelanggan adalah mereka yang berkebolehan menulis artikel dalam format SEO. Bukan lagi artikel biasa yang tiada kata kunci. Jika anda pertama kali tahu mengenai SEO, artikel ini ditulis dengan kata kunci ( keyword ) yang tepat yang mempunyai carian ramai tetapi dalam masa yang sama tidak ramai yang menulisnya.

Sebelum menulis, saya akan mencari kata kunci terlebih dahulu menggunakan tools yang ada seperti Semrush dan lain-lain kaedah. Supaya artikel yang ditulis berada di halaman pertama SERP Google. Kemudian, mula menulis artikel serta siap!

Mengapa menjadi penulis artikel SEO di website

Memang agak sukar menulis artikel SEO pada awalnya, namun apabila terbiasa apa lah sangat. Insya Allah, seronok menulisnya. Permulaan kerjaya sebagai penulis artikel, saya menyediakan artikel sahaja. Oleh sebab desakan para pelanggan, terus saya menawarkan upah menulis artikel dan setting di website pelanggan.

Titik permulaan dek kerana kekeliruan berlaku keatas pelanggan sewaktu menyiarkan artikel ditulis oleh saya. Pelanggan telah membuang kata kunci yang saya gunakan di dalam artikel, kesannya sudah pasti artikel tidak mesra SEO.

5 Langkah untuk tahu cara kedudukan artikel di enjin carian

Pengalaman sebagai penulis artikel di website pelanggan

Pada mulanya, saya sedikit risau setelah artikel disiarkan. Segelintir pelanggan tidak update artikel tersebut di bahagian Google Console Page. Setelah disiasat, rupanya pelanggan tidak lakukan seperti apa yang diminta.

Setelah 3 minggu, akhirnya web developer dan pelanggan tersebut mengizinkan saya akses sebagai admin di website. Syukur! baru kerja saya jadi mudah. Ya. Saya faham, perkara ini sangat sensitif. Mana mahu pelanggan percayakan penulis. Kebarangkalian itu, mesti ada. Tambahan pula, pelanggan pernah mempunyai masalah. Syukur pelanggan percayakan saya! satu batu besar menghempap dada seakan hilang begitu sahaja. Terima kasih pelanggan.

Bedah siasat dengan website pelanggan

Akhirnya saya faham mengapa berlaku masalah di website pelanggan. Kami ibarat satu kumpulan dalam satu syarikat pelanggan. Setiap minggu bentangkan report artikel yang ditulis. Jujurnya saya hanya betulkan error berkaitan artikel dan menulis sahaja. Nak main coding? bukan kepakaran saya. Itu lah saya beritahu kepada pelanggan secara berterus-terang.

Buat masa sekarang, saya menjadi penulis artikel di 2 buah website. Pelanggan pertama niche kesihatan dengan 15 artikel setiap bulan, manakala seorang lagi pelanggan yang mengambil 5 artikel dalam niche pelancongan. Masya Allah, syukur Ya Allah!

Kelas Basic SEO

Disamping menulis bagi pihak pelanggan, saya juga menawarkan kelas online SEO kepada penulis artikel pemula. Kelas tersebut saya dedahkan strategi penulis mahu menulis dalam format SEO, serta mencari keyword dengan tepat sebagai artikel SEO. Kelas terdahulu boleh lihat di 2 cabaran sewaktu mengendalikan Kelas Basic SEO.

Dalam kelas basic SEO, turut menawarkan 2 pakej. Walau bagaimanapun, penulis boleh memilih pakej. Penulis pemula yang tiada website dan Penulis artikel yang sudah ada website, dengan syarat sudah memiliki hosting dan domain sendiri.

Maklumat kelas boleh di dapati di www.kelasonlineseo.com

Boleh percaya ke Kelas Basic SEO daripada Azlina

Insya Allah. Sudah ada yang berjaya dapatkan pelanggan melalui penulisan di blog website beliau. Boleh tengok di www.kelasonlineseo.com

Jadi, Azlina sudah tidak mengambil upah menulis artikel

Servis upah menulis artikel SEO masih berjalan seperti biasa. Whatsapp terus 0189107161. Kelas hanya dibuka jika saya berkelapangan sahaja. Namun, bukanlah setiap hari.

Kesimpulan kepada penulis artikel di website

Setelah mula fokus kepada penulisan artikel SEO, saya mula seronok untuk meneroka lebih. Terlalu banyak pengalaman baru yang saya terima dengan website berbeza. Menulis artikel di website seperti bermain puzzle, ada masalah ada penyelsaiannya. Seronok!

Sebelum ini saya telah menulis artikel SEO seperti niche keagamaan, kecantikan, fesyen, aircond rumah, perniagaan dan hartanah. wasap.my/60189107161/nakupahpenulisartikel

Loading

By azlina

SEO Ghostwriter Malaysia adalah servis penulisan Ghostwriter yang menggunakan format Search Engine Optimization. Nor Azlina seorang penyedia bahan bertulis kepada pemilik bisnes seperti Artikel mesra SEO, copywriting, SEO copywriting, manuskrip buku, menulis kapsyen pendek media sosial, dan e-book. Saya bantu mudahkan kerja-kerja menulis bagi pemilik bisnes ke dalam bentuk penulisan. N.A Writer bersedia untuk bekerjasama. Whatsapp 018-9107161 atau Email : norazlina181@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *