Kelas Basic SEO kini mendapat perhatian ramai seperti penulis, Copywriter dan mereka yang berminat dengan ilmu pengetahuan SEO bagi menguruskan artikel SEO Klien. Syukur apabila saya dapat berkongsi ilmu basic SEO dalam kelas online. Semuanya atas permintaan penulis pemula artikel, yang mahu saya ajarkan kepada mereka selepas kejayaan yang di terima. Setelah menggunakan formula dan strategi yang saya gunakan bagi menjadikan artikel-artikel klien muncul di SERP ( Search Engine Result Page ).
Kelas Basic SEO – Ada feedback daripada rakan penulis wanita
Sepanjang bulan ramadan 2023, saya menerima pelajar iaitu 3 orang yang berminat mahu mendalami ilmu basic SEO ini. Sudah pastinya, hanya pelajar wanita sahaja saya terima. Disebabkan target audiens saya ialah penulis wanita dan penulis artikel sahaja, jadi saya tidak menerima mana-mana pelajar lelaki. Sepuluh jari disusun, tanda maaf dipinta. Setakat ini, ada 2 lelaki yang berminat dengan kelas ini.
Pada minggu ke-2 berpuasa, hanya menerima seorang sahaja pelajar. Memang dalam perancangan awal, saya mahu buat kelas hanya fokus kepada seorang sahaja setiap kali kelas berlangsung. Namun, lain pula jadinya apabila memasuki minggu terakhir berpuasa. Berebut-rebut pelajar nak belajar SEO sebelum raya.
Mahu atau tidak, terpaksa saya menerimanya. Cuma saya adakan 2 slot kelas berlainan pada hari yang sama iaitu pagi dan tengah hari. Alhamdulillah, syukur berlangsung di Google Meet dengan lancarnya. Seperti saya katakan tadi, mahu fokus pelajar jadinya saya jadikan 1 slot untuk 1 pelajar sahaja. Pelajar bebas bertanyakan soalan kepada saya dan mudah sesi perjalanan kelas berlangsung.
Share screen
Bukan itu sahaja, dalam kelas basic SEO secara di Google Meet. Turut di sediakan slide gambar sebanyak 18 halaman untuk tajuk-tajuk yang saya bincangkan. Selain saya berkongsi screen, pelajar juga perlu kongsi screen mereka untuk tunjukkan kepada saya apa yang mereka belajar. Jadinya, pelajar akan faham dan nampak bagaimana flow SEO untuk jadikan artikel-artikel klien mesra SEO. Mereka akan lihat, dengar dan terus buat konsep kelas saya.
Mencari keyword
Apa yang menariknya dalam kelas basic SEO, saya kongsikan juga formula dan strategi bagi penggunaan keyword bagi menghasilkan artikel SEO. Penggunaan keyword boleh dilakukan secara manual dan juga tools yang ada. Jadi, saya akan ajarkan satu persatu supaya pelajar faham. Pelajar akan diberikan peluang untuk mencari keyword sendiri supaya mereka nampak bagaimana prosesnya berlaku. Bonus dalam kelas basic SEO, 2 kaedah template saya akan berikan kepada mereka secara PERCUMA. Ini lah rahsia besar saya sebagai penulis artikel SEO yang mudahkan artikel tersebut menduduki di tangga terbaik SERP.
Lain-lain Silibus kelas basic SEO
Teknik elakkan artikel menjadi spam, Audit artikel, create akaun wordpress, Cari keyword yang tepat, Ketahui 4 jenis tools, dan Strategi jadikan artikel featured snippet.
Bagaimana menulis dalam Fomat SEO di platform blogspot?
PERCUMA : Penggunaan formula copywriting dalam artikel.
Di minggu terakhir puasa. 2 pelajar berebut-rebut untuk lakukan pembayaran pada hari yang sama. Penulis ayat jualan ( copywriter ) dan juga penulis upahan. Masing-masing tidak mahu belajar selepas raya kerana mereka sudah mempunyai klien yang tidak sabar mahu menggunakan servis mereka.
Apa kata mereka mengenai Kelas Basic SEO
Copywriter tersebut beritahu saya dalam sesi Google Meet.
“Sekarang ni, pihak Digital marketing pentingkan SEO. Tempat saya bekerja pun selalu buatkan SEO. Cuma saya jer belum ada ilmu. ” – Cik Amalia
Ya, saya pun faham. SEO Search Engine Optimization digunakan secara meluas dalam dunia digital marketing. Sebagai contoh artikel website, content media sosial facebook, TikTok, Youtube, Copywriting SEO, Press Media SEO dan sebagainya. Ia bermaksud game SEO semakin meluas digunakan.
penulis upahan :
“Wah, lepas ni mudah akak nak buat artikel SEO klien dah. Mudah rupanya bila dah tahu strategi.” – Puan Aishah
Siapa yang WAJIB sertai Kelas :
Penulis artikel yang tiada asas SEO ( Search Engine Optimization ).
Penulis artikel wanita.
Copywriter yang mahu mendalami SEO bagi menghasilkan Copywriting website.
Mereka yang mahu jadikan artikelnya berada di SERP.
Penulis yang mengambil upah menulis artikel klien.
Mereka yang sering reject permintaan klien untuk menulis artikel SEO.
Mereka yang terlibat dalam dunia digital marketing. Game SEO semakin meluas penggunaannya.
Individu yang ingin belajar teknik tepat, dalam mencari keyword secara manual dan penggunaan tools.
Penulis yang mati idea untuk hasilkan artikel berkualiti.
5 Langkah untuk tahu cara kedudukan artikel di enjin carian
Individu yang TIDAK LAYAK sertai kelas basic SEO :
Mahir SEO
Tidak gemarkan lakukan research.
Individu yang nak cepat dapatkan jualan melalui SEO.
Tidak suka menulis artikel.
Lelaki.
Artikel SEO ialah artikel yang ditulis menggunakan kata kunci ( keyword ) dengan volume yang sesuai mengikut niche bisnes klien. Kelas yang ditunggu-tunggu oleh ramai penulis artikel
Kesimpulan :
Selaku SEO Ghostwriter Malaysia mahu bantu penulis artikel wanita di luar sana dengan kelas SEO ini. Dengan adanya kelas begini, saya percaya akan lahirnya ramai penulis artikel wanita SEO yang berkualiti. Sejajar dengan keperluan klien di tahun 2023. Memandangkan artikel SEO adalah keperluan klien bagi menjimatkan kos marketing mereka.
Jom jadi penulis artikel SEO idaman klien sekarang > wasap.my/60189107161/kelasbasicSEO
Yuran : Rm 199
Tempoh masa : 2 hari
Kelas secara One to One.
Kelas di Google Meet. Kelas akan dilakukan pada hujung minggu sahaja pada bila-bila masa, memandangkan saya aktif sebagai Content Writer SEO.

