kelas seo

Macam lama sudah tidak mengendalikan kelas seo. Kelas masih ada, cuma ditutup sementara waktu kerana jadual saya agak padat sebagai content writer web. Sementara itu, berdasarkan permintaan ramai tentang kelas SEO. Kini, saya menawarkan 4 pakej kepada mereka yang berminat. Kali ini, semua penulis boleh sertai. Dari tiada ilmu SEO, nak ulangkaji kelas, staff yang nak sertai dan mereka yang tiada tempat untuk melatih menggunakan website sebagai persediaan penulis artikel SEO. Dalam artikel ini saya akan jelaskan mengenai pakej kelas SEO tersebut.

Sementara itu, sempat saya mengupah rakan bagi membina landing page di website baru yang saya bina dengan nama kelasonlineseo.com . Syukur! semuanya tiada dalam perancangan. Tetapi, Allah berkehendakkan. Masya Allah, tabarakallah.

Tambah baik pakej Kelas SEO

Zero to Hero

Oleh sebab ada segelintir penulis yang tidak mempunyai website, jadi secara tidak langsung mereka tidak faham proses audit artikel bagaimana. Mereka juga tidak faham bagaimana mahu menulis di dalam website. Maka, dengan ini wujudlah pakej Zero to Hero dalam kelas seo.

Dalam pakej Zero to Hero, anda bukan sahaja diajar mengenai silibus Formula jadikan artikel. Malah, bagaimana mencari kata kunci yang sesuai, Teknik hasilkan artikel yang menjadi carian ramai, rujuk maklumat dalam Kelas Basic SEO .

Bagi anda yang mengambil pakej ini dengan harga RM 298.00 . Kelas selama 2 hari dengan tempoh masa 6 jam . Anda akan mendapat akses menulis di website kelas online seo. Jadi, disini peluang anda untuk belajar menulis artikel seberapa banyak mungkin. Anda boleh praktikkan terus menghasilkan artikel SEO dari hari pertama kelas lagi.

Sewaktu kelas berlangsung, saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana mahu menggunakan website bagi menghasilkan artikel SEO ( Search Engine Optimization ). Jika mahu jadi penulis artikel SEO, anda mesti mahir menggunakan website pelanggan. Jadi, persediaan awal bermula dalam pakej Zero to Hero.

Pakej Penulis Pemula

Walaupun ianya pakej penulis pemula. Namun, kriteria yang sesuai untuk pakej ini semestinya mempunyai website atau blog wordpress dengan domain sendiri.

Pastikan anda mempunyai domain sendiri. Sebagai contoh dengan alamat blog azlinali.com . Bukan blog yang mempunyai alamat begini azlinaali.wordpress.com . Domain free tidak sesuai, kerana kebanyakan plugin tidak boleh digunakan.

Jika anda memenuhi kriteria diatas, boleh ambil pakej ini dengan harga RM 199.00 . Masa kelas adalah 2 hari selama 6 jam. Silibus modul sama seperti Kelas Basic SEO.

Pakej Ulangkaji

Pakej ini wujud, disebabkan ada permintaan daripada pelajar ( selepas 30 hari belajar )supaya membuat kelas lagi sekali untuk flashback ilmu teknikal seperti hari ke-2 kelas. Maka, pakej ini wujud harga RM 99.00 sahaja. Kelas ulangkaji selama 2 jam berlangsung di Google Meet.

Boleh tak, jika staff saya nak sertai kelas seo ini?
kelas seo

Jawapan : Boleh. Cuma harga berbeza dari pakej-pakej diatas. Kelas SEO bagi staff adalah RM 500 per pax. Masa kelas berlangsung selama 7 jam. Selain silibus diatas, saya akan ajar bagaimana cara untuk indeks artikel.

Kelas SEO secara bersemuka?

Buat masa sekarang, kelas secara online di Google Meet.

Kesimpulan kelas asas seo

Pasaran sekarang adalah pelanggan berlumba-lumba untuk jimatkan kos marketing mereka di Google. Jadi, dengan bermain teknik zero marketing iaitu dengan menghasilkan artikel mesra SEO sahaja yang membantu menaikkan jenama mereka di mata bakal pelanggan mereka. Sebagai penulis, anda wajib mengambil peluang ini selaku penulis yang mengambil upah artikel. Pelajari ilmu dalam kelas seo.

Loading

By azlina

SEO Ghostwriter Malaysia adalah servis penulisan Ghostwriter yang menggunakan format Search Engine Optimization. Nor Azlina seorang penyedia bahan bertulis kepada pemilik bisnes seperti Artikel mesra SEO, copywriting, SEO copywriting, manuskrip buku, menulis kapsyen pendek media sosial, dan e-book. Saya bantu mudahkan kerja-kerja menulis bagi pemilik bisnes ke dalam bentuk penulisan. N.A Writer bersedia untuk bekerjasama. Whatsapp 018-9107161 atau Email : norazlina181@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *