pengalaman penulis upahan

Pengalaman penulis upahan dengan kerja-kerja seeding keyword. Selagi ada permintaan, disitu lah kerja sebagai penulis upahan itu wujud. Kerja-kerja seeding keyword ini perlu dilakukan sebelum menulis artikel SEO. Tugasan ini wujud, kerana ada permintaan daripada pelanggan yang memiliki website serta mempercayai kebolehan dan pengalaman daripada penulis. Dalam masa yang sama, usahawan tersebut ketiadaan masa untuk mencari kata kunci ( keyword ) bagi penulisan artikel di website miliknya. 

Apa itu Seeding Keyword ?

Seeding keyword atau Keyword Research dalam bahasa teknikalnya. Dalam bahasa mudahnya, saya selaku penulis upahan perlu mencari kata kunci ( keyword ) yang sesuai digunakan supaya artikel tersebut mudah ranking di Google. 

Keyword tersebut yang kurang digunakan dalam penghasilan artikel. Ini yang kita mahukan.  Perlukan ketelitian sebelum memetiknya untuk dijadikan artikel. 

Ini kerana bukan semua keyword yang ada, semuanya boleh digunakan untuk artikel Search Engine Optimization ( SEO ) . Jika silap, artikel anda tidak akan muncul di enjin carian Google. Ada tricks yang perlu diketahui. Nak dapatkan trick SEO sebagai penulis artikel? semuanya dalam Kelas Basic SEO sahaja. 

Pengalaman penulis upahan SEO

Biasanya saya menerima tawaran menulis artikel SEO iaitu Search Engine Optimization. Tetapi seminggu sebelum berakhirnya bulan Disember 2022, saya di minta oleh klien supaya melakukan kerja-kerja seeding keyword bagi penulisan artikel SEO di website beliau. Beliau adalah repeat pelanggan saya. 

Sungguh tidak sangka sebenarnya, jika dahulu pernah juga terfikir ingin membuka slot seeding keyword ini sebagai tambahan dalam servis penulisan. Memandangkan mempunyai pengalaman penulis upahan dengan menulis artikel-artikel SEO. Selain menulis copywriting, SEO copywriting, e-book dan manuskrip buku. 

Namun begitu, servis ini kurang permintaannya. Mengapa berfikir begitu? majoriti klien tidak mempunyai penulis di website mereka. Dan, kemungkinan besar tiada prospek yang mahukan. 

 Ini adalah kerana, prospek hanya mahukan artikel yang siap ditulis dengan format SEO. Serta, mereka mahu terus siarkan artikel tersebut di website. 

Mengapa servis seeding keyword ada permintaan?

  Sangkaan saya meleset. Ada yang memerlukan seeding keyword ini, kerana klien sudah mempunyai penulis sedia ada. 

Bagaimana saya mendapat klien Seeding Keyword

 Klien ini pada mulanya menggunakan servis review di blog saya sahaja, sekitar tahun 2020. Servis review di blog adalah klien perlu menghantar barangan kepada saya. Seterusnya saya ceritakan kekuatan produk mereka dan apa produk mereka boleh selesaikan masalah pelanggan.

Namun, tidak sangka rupa-rupanya klien ini sudah menambah friends di Facebook. 

Sungguh tidak sangka, rupanya klien lama saya ni sekitar tahun 2020. Beliau sudah lama memerhatikan setiap posting saya di akaun media sosial Facebook. Bukan setakat 1 akaun je beliau ikuti saya, malah akaun ke-2 turut beliau ikuti saya. Allahuakbar!

 Nak dijadikan cerita, saya ada juga reccomend kan beberapa ghostwriter kepada beliau. Cuma itu lah, rezeki sudah tertulis untuk saya. Beliau menawarkan kepada saya juga untuk menulis artikel di website beliau, selain seeding keyword. 

Tiada ghostwriting job, penulis upahan

Kebetulan sangat, waktu saya lapang ketika itu. Baru seharian siapkan artikel SEO Tolongbeli , menerusi servis review di blog peribadi milik saya. Sengaja whatsapp klien lama, bertanyakan mengenai artikel SEO. Mahu atau tidak saya bekalkan artikel SEO tersebut. Kiranya mahu follow up klien lama.

Beliau memberitahu saya bahawa, ketiadaan masa untuk seeding keyword. Dari sini lah, titik permulaan  saya di minta untuk seeding keyword. Kalian boleh baca apa itu seed keyword .

Pengalaman pertama kali, klien minta seed keyword

Kerja-kerja seed keyword ni, saya lakukan segera mungkin untuk klien. Beliau meminta servis seed keyword sebanyak 15 sahaja. Alhamdulillah. Nampak macam mudah? susah sebenarnya. 

Mengapa seeding keyword ini paling mencabar?

Mengapa saya beritahu  begitu? 

Saya kira ianya paling mencabar, dalam banyak tugasan yang pernah saya lakukan sebagai penulis upahan. 

Kerana saya perlu menyemak kembali 600 artikel sedia ada di website pelanggan. Termasuklah periksa keyword yang sudah digunakan, dan periksa kembali keyword yang tiada. 

Apakah alatan yang saya gunakan untuk mencari keyword?

Saya seed dari petang selepas asar. Malam sebelum jam 10 malam, sudah siapkan 10 keyword. 

Memang senak mata, buat research semua perkara ni tau. Untuk mengetahui keyword apa yang mahu gunakan, saya perlu buka tools.

 Tools yang saya gunakan adalah semrush dan Mangool serta lain-lain lagi tools. Berbayar beratus juga lah secara bulanan. 

Sangat berbaloi untuk saya gunakan sebagai penulis artikel SEO ini. Klien dah bayar saya, jadi memang patut saya gunakan yang berbayar.

Salah satu sebab perlu seed keyword adalah, nak jadikan artikel tersebut ranking di kedudukan terbaik Google. 

Selain daripada itu, klien ini juga meminta saya menjadi penulis jemputan di website mereka sebanyak 3 artikel SEO.

Hasil setelah menggunakan servis Seeding Keyword daripada Azlina?

Semua keyword yang saya seeding semuanya berada di halaman pertama Google dengan kedudukan top 5 kesemuanya. Masya Allah, Tabarakallah. Terima kasih klien, sebab percayakan pengalaman penulis upahan yang saya miliki atas izin Allah.

pengalaman penulis upahan
Pengalaman penulis upahan dalam seeding keyword

Contoh keyword seeding yang saya dah lakukan, ada dalam video di bawah :

Target bulanan sebagai penulis upahan

Menjadi penulis upahan yang mempunyai target bulanan dan misi. Setiap kali job berjaya disiapkan, macam biasa saya akan lakukan kerja-kerja pemasaran lain bagi mendapatkan ghostwriting job.

Sejujurnya, dunia penulisan ghostwriter amat sukar jika tidak dicari. Rezeki tidak akan bergolek datang menyerah kepada kalian. Cuma yang membezakan kalian dengan penulis lain adalah rajin berusaha bagi mendapatkan ghostwriting job. 

Pesan buat rakan penulis upahan

Jika ghostwriting job lambat masuk, rakan-rakan boleh cuba amalkan setiap pagi selepas subuh bersedekah dan membaca surah al-Waqiah.

 Serta banyakkan juga berselawat serta cepatkan solat jika telah masuk waktu. Jangan lengahkan.

Seperti yang saya katakan diatas, pesanan buat rakan penulis.  Jika personal branding tidak dibina dengan baik. Bagaimana mahu prospek percaya dengan servis penulisan kalian. Lagi satu, buat content di media sosial pastikan mempunyai ‘target’. Apa yang saya perasan di wall rakan-rakan yang mempunyai masalah job adalah mereka tiada content.

4 Cara penulis mahu tentukan niche dalam penulisan

Akhir kata, untuk menjadi penulis upahan yang dipercayai sila lah berkongsi pendapat dan kerja-kerja belakang tabir kalian di media sosial lain juga. Lagi satu, kalian jangan mudah berputus asa. 

Bina content yang sesuai dengan niche kalian. Ada duit, jangan kedekut keluarkan untuk memasuki mana-mana kelas penulisan. Insya-allah, memang tidak rugi langsung. 

Bagaimana mahukan job sebagai penulis upahan?

Saya juga telah menghabiskan duit upah menulis dengan mengikuti kelas-kelas berbayar sejak tahun 2020 sehingga sekarang, bagi kemudahan bakal pelanggan ( prospek ). Dengan adanya ilmu, dengan mudah proses pitching klien berlaku. Sekian buat kalinya saya berkongsi pengalaman penulis upahan.

Sebelum saya terlupa, jika ada diantara kalian berstatus founder dan owner bisnes yang mahukan artikel Website SEO. Boleh terus whatsapp saya > wasap.my/60189107161/NakartikelSEO

Kalian yang perlukan seed keyword ( kata kunci yang boleh ranking di Google), boleh whatsapp terus > wasap.my/60189107161/nakseedingkeyword

Mahukan servis review di blog > Rujuk blog ehbelogaku.com

Justeru, pengalaman penulis upahan yang dimiliki oleh saya semuanya atas izin Allah SWT belaka. Tanpa DIA, tiadalah saya sebagai individu yang menawarkan servis Seeding Keyword ini kepada bakal pelanggan.

Loading

By azlina

SEO Ghostwriter Malaysia adalah servis penulisan Ghostwriter yang menggunakan format Search Engine Optimization. Nor Azlina seorang penyedia bahan bertulis kepada pemilik bisnes seperti Artikel mesra SEO, copywriting, SEO copywriting, manuskrip buku, menulis kapsyen pendek media sosial, dan e-book. Saya bantu mudahkan kerja-kerja menulis bagi pemilik bisnes ke dalam bentuk penulisan. N.A Writer bersedia untuk bekerjasama. Whatsapp 018-9107161 atau Email : norazlina181@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *