Validation Copywriting adalah satu copywriting yang tidak pernah kita terlintas difikiran untuk menulisnya. Dalam bahasa malaysianya, ia adalah satu struktur copywriting pengesahan. Digunakan hanya ketika ingin membuat pelancaran sesuatu produk terbaharu dipasaran. Jenis copywriting ini adalah pendek, secara tidak langsung audien pun tidak sedar bahawa ianya satu copywriting.

Copywriting jenis pengesahan ( validation )
Tahukah anda, Copywriting jenis ini secara tidak langsung bantu promosikan produk anda.
Bagaimana nak guna Copywriting jenis validation?
1. Post gambar produk atau poster
Biasanya produk bakal dilancarkan tidak lama lagi.
2. Update poster sekurang-kurangnya 3 atau lebih
Lebih banyak pilihan poster untuk dipilih, semakin ramai audien tertarik untuk memilih.
Semakin ramai yang berlumba-lumba untuk memberikan pendapat di ruangan komen.
Secara tak langsung juga, meluas promosi anda. Daripada orang tak ambil peduli kini produk dikenali sebab ramai yang komen. Social proof juga memainkan peranan penting dalam marketing. Tanda bukti bahawa, posting itu dipercayai ramai.
Contoh copywriting validation :
“SEBENARNYA AKU PENING DAH NI, KULIT BUKU MANA SESUAI DENGAN (SEBUT TAJUK BUKU)!
Stress dah ni! pilih sendiri takut tak matching dengan isi kandungan buku. Bantu aku please..
Sepatutnya buku dah terbit minggu ini.
Ada 4 pilihan Kulit buku A, Kulit buku B, Kulit buku C atau kulit buku D?
Haha, mana satu?
Tanpa sedar, dah buat peminat buku tersebut tak sabar-sabar menanti pelancaran produk tersebut.
Nak tahu apa lagi tentang copywriting? komen. Nanti aku cerita lagi.
Macam mana aku tahu, bab copywriting? pernah menulis pelbagai Copywriting dalam pelbagai niche.
Dan faham jenis-jenis copywriting yang sesuai dengan Niche bisnes anda. Seperti market competition, penetration dan market situation.
– Gambar tiada kaitan dengan status-
Buat pengetahuan anda, copywriting ini sesuai digunakan di Facebook dan Instagram. Malah, juga boleh di update Insta story dan Facebook stories. Ia boleh dikatakan copywriting pendek, tetapi amat berpengaruh. Cepat buat audiens bertindak dengan nya. N.A Writer harap dengan artikel ini, dapat membuka minda anda bagi menghasilkan copywriting validation ini.
Facebook : Nor Azlina Mohd Ali
Portfolio di Linkedin : https://www.linkedin.com/in/Nor-azlina-mohd-ali-5469511a7