cara follow up prospek servis

Mesti kalian ingin tahu, bagaimana mahu tarik prospek untuk datang ke premis dan mahu prospek menggunakan servis.  Kali ini, artikel ini memfokuskan kepada pemilik bisnes jenis servis. Iaitu mereka yang mempunyai kedai fizikal. Cara tepat Follow Up Prospek ‘Servis’ di Whatsapp.

cara follow up prospek servis

 

 

 

 

 Siapa prospek niche servis kalian?

 

Terlebih dahulu, kalian mesti jelas siapakah prospek. Mereka adalah individu yang pernah menghubungi kalian menerusi aplikasi whatsapp dan berminat serta bertanyakan mengenai servis yang disediakan oleh syarikat.

 

Pada peringkat ini, mereka  sekadar bertanya sahaja tanpa lakukan pembelian dan menggunakan servis daripada anda. Mereka tidak melakukan pembelian daripada anda mungkin ada beberapa sebab yang lain.

 

Bagaimanakan cara betul ‘Follow Up Prospek’ di aplikasi Whatsapp?

 

1. Bina Content sebelum menjual

 

Sebelum nak pikat prospek, kalian perlu membina content di laman media sosial seperti  Facecebook, Instagram dan website serta TikTok.

Kalian perlu bijak membina content bagi memikat prospek. Sebagai contoh :

 

Mahu pikat prospek, kita tidak boleh membina semua content jenis yang sama. Sebab setiap content berlainan kehendak. Andai kata, kalian servis bengkel kereta. Berikan content jenis ‘awareness’ seperti tips periksa tayar kereta.

 

2. Hantar Whatsapp Follow Up

 

 

Di whatsapp, kalian tidak perlu menghantar mesej berbentuk seperti promosi. Kategori prospek masih lagi tidak sesuai untuk menjual. Mereka masih lagi tidak yakin dengan servis kalian. Sebaiknya, hantar whatsapp daripada content yang ditulis di facebook milik  kalian kepada prospek. Dan, tidak dinafikan ianya bukan kerja sehari dua. Kalian kena konsisten ‘follow up’ prospek tadi.  Lama kelamaan prospek tadi percayakan servis yang kalian tawarkan.

 

 

3. Jenis Content

 

Content follow up prospek, mempunyai 2 jenis. Seperti saya katakan diatas, boleh menggunakan jenis content awareness dan juga copywriting. Sebaiknya, hantar whatsapp menggunakan content awareness.

 

Jenis Copywriting untuk Follow Up Prospek ‘Servis’

 

Kalian juga perlu tahu, menulis copywriting bagi sasaran prospek juga berlainan. Tidak boleh menulis sembarangan. Copywriting ini khusus buat prospek sahaja. Sebagai contoh ;

 

dalam copywriting tersebut perlu ada:

 

headline yang fokus kepada prospek

 

Badan copywriting perlu ada masalah prospek. Apa yang prospek nak selesaikan dan hindarkan. Apa yang mereka inginkan setelah servis di bengkel?

 

Perlu ada testimoni untuk buatkan prospek tadi lebih yakin untuk menggunakan servis bengkel kalian.

 

Endorsement. Diiktiraf oleh siapa bengkel?

 

Pengalaman dan keunikan. Sila masukkan sekali.

 

Seterusnya CTA ( Call To Action ) : Setelah ayat diatas lengkap, mesti beritahu cara untuk menghubungi bengkel. Berikan juga lokasi bengkel.

 

 

Saya percaya, dengan adanya copywriting yang betul. Prospek tadi akan berminat untuk menggunakan servis bengkel kalian..

 

 

4. Berapa kali kah mahu menghantar whatsapp untuk Follow Up Prospek supaya menggunakan servis?

 

Katakan kalian menghantar 3 kali seminggu kepada prospek, iaitu 2 kali content berbentuk awareness dan 1 kali gunakan copywriting. Kalian perlu tahu, content jenis copywriting ialah ayat menjual atau ayat tarik pelanggan. Jadi perlu sesuaikan sahaja.

 

Kalian harus ingat, jika terlebih follow up. Kalian akan mulai serabut dan seterusnya WHATSAPP bakal di’BLOCK oleh prospek. Jadi, berjaga-jaga menghantar mesej bagi tujuan Follw Up Prospek.

 

 

 

Demikianlah bagaimana mahu Follow Up prospek dalam niche ‘servis’ di whatsapp. Ia tidaklah sukar, jika kalian faham dengan sasaran prospek dan kehendak mereka. Kalian perlu memiliki sifat sabar yang tinggi. Cara ini juga dapat menjimatkan kos marketing, jika kalian tidak mahu mencari pelanggan baharu. Hanya menggunakan contact data yang sedia ada.

 

 

 

Facebook : Nor Azlina Mohd Ali

 

Page : Nor Azlina Ghostwriter

 

Perlukan content untuk follow up prospek? hubungi : wasap.my/60189107161/nakcontent

 

Loading

By azlina

SEO Ghostwriter Malaysia adalah servis penulisan Ghostwriter yang menggunakan format Search Engine Optimization. Nor Azlina seorang penyedia bahan bertulis kepada pemilik bisnes seperti Artikel mesra SEO, copywriting, SEO copywriting, manuskrip buku, menulis kapsyen pendek media sosial, dan e-book. Saya bantu mudahkan kerja-kerja menulis bagi pemilik bisnes ke dalam bentuk penulisan. N.A Writer bersedia untuk bekerjasama. Whatsapp 018-9107161 atau Email : norazlina181@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *