Ada segelintir klien saya, mahukan copywriting pendek serta ringkas bagi siaran di facebook dan Instagram. Saya selaku penyedia copywriting hanya turutkan sahaja. Tetapi tahukah kalian, bagaimana mahu jadikan copywriting pendek tersebut tepat dengan kehendak sasaran? dalam artikel ini, saya akan tunjukkan bagaimana cara menulis copywriting pendek tetapi berkesan kepada sasaran audiens kalian.

Mahu sasarkan copywriting ini kepada siapa?
Perlu faham jenis audiens terdiri daripada 3 jenis iaitu :
Audiens jenis Suspek
Mereka adalah audiens yang hanya follow brand kalian sahaja, dalam masa yang sama juga mereka turut follow pesaing kalian. Kategori suspek, mereka belum lagi membuat pembelian mahupun menggunakan servis kalian. Mereka hanya perhatikan sahaja brand kalian. Mungkin mereka masih mencari keunikan yang ada pada kalian.
Audiens jenis Prospek
Kategori prospek adalah mereka yang berminat dengan brand kalian. Cuma masih belum berkeyakinan mahu menggunakan brand kalian. Mereka masih belum mempercayai lagi dengan brand, apa yang boleh bantu selesaikan masalah prospek.
Audiens jenis Pelanggan
Audiens pelanggan dimana mereka adalah pelanggan kalian. Mereka pernah menggunakan servis dan produk kalian. Setia dengan brand kalian.
Kalian sudah kenal 3 jenis audiens tadi? harus diingat, setiap audiens jenis tahap kesedaran mereka tidak sama antara satu sama lain. Jom, sekarang saya berikan sedikit contoh copywriting pendek kepada kalian.
Bagaimana menulis copywriting pendek servis
OWNER BISNES : ASYIK MENJUAL JER DI PAGE. PATUT LAH ORANG CAKAP ‘SCAMMER’
Nah, kami bantu anda dengan hasilkan content-content yang berinformasi sesuai dengan target niche bisnes anda.
Kami berikan ‘nyawa’ kepada page anda dengan picit link ini > wasap.my/60189107161/content
Contoh diatas adalah copywriting pendek sahaja.
Dalam copywriting ini, jenis yang digunakan adalah AIDA.
Headline – tajuk yang ada target.
Intro – Sambungan kepada headline tadi, iaitu ayat yang menyokong headline.
Call To Action. [ CTA ] – ayat untuk buat prospek bertindak sama ada mahu call, whatsapp, follow atau save info ini.
Selain daripada itu, copywriting ini juga sesuai untuk prospek dalam kategori terdesak mencari penyelesaian segera.
Contoh cara menulis Copywriting kosmetik
TERBAHARU! TRUSMUDA, PERTAMA DIDUNIA : SPRAY MUKA TERUS JADI MUDA 10 TAHUN!
Bayangkan, muka anda menjadi muda 10 tahun kebelakang dari usia sebenar. Perghhh! bergetah. Sampaikan orang yang tengok anda pun tak sangka dengan angka umur anda sekarang. Bertindak dengan merawat kulit bermasalah dan menegang kulit dengan selamat. Ditambah pula dengan fungsi rahsia yang mampu merubah wajah anda menjadi lebih muda. Silap-silap orang cakap anda masih belum berkahwin. Ajaib kan?
Komen ‘saya nak jadi muda’ untuk dapatkan special price.
Didalam contoh copywriting kosmetik diatas, saya menggunakan teknik USP. Unit Selling proposition iaitu dimana perlu tonjolkan kekuatan produk serta kelainan yang ada pada produk kalian.
Dapat sesuatu?
Kongsikan artikel ini supaya ramai lagi boleh belajar copywriting.
Baca artikel lain : Copywriting Launching untuk memperkenalkan produk terbaharu
Akhir kata, sebelum menulis copywriting pendek kalian mesti faham jenis-jenis audiens kemudian barulah mudah menulis copywriting tersebut berdasarkan tahap kesedaran audiens tersebut. Dengan mengetahuinya, tidak mustahil kalian boleh mendapat sales dari hasil menulis copywriting tersebut.
Kalian sedang mencari penulis ayat iklan ( copywriter ) bagi produk dan bisnes kalian? saya boleh bantu.
Terus hubungi di talian whatsapp ini > wasap.my/60189107161/sayaperlukanCW
Facebook : Nor Azlina Mohd Ali
Page : Nor Azlina Ghostwriter
[…] Copywriting diatas jenis pendek. Yang mana ianya terus kepada Call To Action. Fahamkan terus mengenai Copywriting pendek […]
[…] kalian nak belajar menulis copywriting pendek pun saya dah […]