FAQ Ghost Writer

Segelintir bakal pelanggan saya dalam penulisan artikel SEO masih keliru dengan servis Search Engine Optimization (SEO) yang di tawarkan. FAQ Ghost Writer ini yang sering menganggu fikiran bakal pelanggan sebenarnya, dan akhirnya mereka bertangguh untuk mendapatkan servis. Akhirnya telah menjadi masalah besar kepada mereka yang berniaga. Sampai bila-bila di website mereka tiada artikel sebab terlalu banyak mendengar kata-kata orang.

Tak perlu artikel dah, sebab website ni mesra SEO.

Pernah tak dengar macam ni? ada segelintir bakal pelanggan berfikiran begini. Mereka fikirkan, buat website sahaja dan tinggal. Kemudian pelanggan mereka akan datang serah diri kepada mereka. Ohhh~ tidak! ini adalah fahaman yang salah. Sebahagian FAQ Ghost Writer yang saya dapat begini lah, nak tahu lebih lanjut, sila baca artikel sehingga ke penghujungnya.

FAQ Ghost Writer

Sebelum saya bawakan anda dengan FAQ Ghost Writer , sebenarnya ada banyak soalan yang menganggu fikiran mereka selaku pemilik website. Tetapi, dalam artikel ini saya bongkarkan sebahagian sahaja.

Artikel SEO nak post di mana?

Di website bukan di Facebook.

Artikel ialah isi kandungan di website. Tujuan artikel SEO di tulis bagi educate bakal pelanggan di carian Google.

Mengapa perlu siarkan artikel di Website?

Supaya brand anda kukuh di carian Google, selain platform media sosial yang bersifat sementara seperti Facebook, Instagram dan Tiktok.

Selain daripada itu, siaran artikel di website tidak tenggelam dengan begitu jauh seperti di Facebook. Hanya perlu menaip keyword diinginkan sahaja di carian Website, dan menjumpai artikel tersebut.

Mengapa perlu artikel SEO? artikel biasa ( tanpa keyword ) tak boleh ke?

Supaya artikel ditulis tidak syok sendiri. Bila menulis dalam artikel tanpa keyword, kemungkinan besar tiada audiens yang mencarinya. Artikel SEO berfokus kepada 1 masalah sahaja. Ianya tidak bercampur.

Umum tahu, sejak tahun 2021 pemilik website sudah menggunakan terma Search Engine Optimization ( SEO ) . Manakala, di tahun 2024 semakin meluas penggunaan SEO di Google. Jika anda masih menggunakan artikel biasa, risiko artikel tersebut akan tenggelam dengan lambakan artikel pesaing lain. Dan, Search Engine akan membuat suggestion kepada artikel yang ada keyword SEO sahaja. Bukan lagi artikel tanpa keyword. Ini kerana artikel tanpa keyword biasanya adalah artikel spam kerana mengalami stuffing keyword.

Keyword artikel saya perlu cari?

Setakat ini, FAQ Ghost Writer yang paling mengelirukan ramai bakal pelanggan adalah mengenai keyword artikel. Majoriti yang datang kepada saya akan bertanyakan dengan soalan ini.

saya perlu mencari sendiri keyword artikel ? tidak .

Selaku penulis artikel SEO, tanggungjawab saya mencari keyword SEO untuk anda.

Anda selaku pelanggan saya, cuma perlu beritahu nak fokus kepada artikel apa sahaja. Sebagai contohnya, katakan anda mahu fokus kepada Sabah. Artikel jenis panduan dan sebagainya. Jadi, saya akan mencari keyword SEO yang bersesuaian dengan keyword umum . Cukuplah memberikan kepada saya keyword umum sahaja.

Jadi, jangan buang masa anda untuk mencari. Kerana ini adalah tugasan saya.

Saya run google ads since 2019 till now. Costing meningkat kaw-kaw.

Soalan yang saya terima daripada seorang prospek melalui whatsapp. Katanya beliau telah lakukan pengiklanan berbayar di Google Ads. Akhirnya terpaksa menanggung kerugian daripada tahun 2019 sehingga sekarang.

Cadangan saya, boleh mencuba Search Engine Optimization ( SEO ) iaitu melalui penulisan artikel. Kerana penulisan artikel SEO sangat membantu untuk membawa trafik secara organik melalui artikel.

Dan, bukan itu sahaja. Daripada penulisan artikel SEO juga mampu menukarkan kepada jualan. Namun, ianya bergantung kepada jenis artikel yang di tulis dan berapa banyak artikel yang anda sediakan secara konsisten. Semuanya mempengaruhi faktor diatas.

“Boleh tak puan re-write supaya jadi artikel panjang di website dan jadikan artikel mesra SEO?”

Boleh. Selagi mana artikel itu di tulis di bahagian post. Saya boleh lakukan. Cumanya saya tidak boleh menukar permalink anda.

Di bahagian badan artikel sahaja saya boleh menulis kembali dengan keyword SEO. Serta artikel yang pendek boleh di panjangkan mengikut keperluan niche dan tajuk.

Saya sudah ada penulis sedia ada di website. Puan boleh bekalkan saya keyword SEO?

Boleh sangat. Untuk ini, saya perlu periksa keseluruhan website pelanggan bagi mengelakkan pengulangan keyword berlaku. Seterusnya, kerja-kerja mencari keyword SEO di lakukan setelah pembayaran penuh di lakukan.

Confirm ke boleh jadi artikel 1st ranking selepas sehari menggunakan servis penulisan artikel SEO ?

Anda perlu faham bahawa, penulisan artikel SEO adalah salah satu teknik zero marketing. Jadi, ia perlukan masa untuk merangkak naik ke halaman pertama di Google. Selain daripada itu, ia bergantung kepada teknikal SEO di website pelanggan. Jika ada sebarang error di website, semakin lama artikel SEO mahu berada di kedudukan terbaik di Google.

Artikel SEO tidak boleh ranking dalam masa sehari, kecuali anda menggunakan SEM iaitu Search Engine Marketing ( SEM ) . Iaitu Google Ads. Harap maklum. Majoriti bakal pelanggan akan salah faham mengenai FAQ Ghost writer ini.

Kesimpulan

Akhir kata, semoga artikel ini jelas dengan pelbagai kekeliruan FAQ Ghost Writer yang kerap bermain di minda anda. Jika anda perlukan khidmat penulis artikel SEO di website boleh hubungi saya di whatsapp 0189107161 .

Portfolio saya sebagai Ghost Writer

By azlina

SEO Ghostwriter Malaysia adalah servis penulisan Ghostwriter yang menggunakan format Search Engine Optimization. Nor Azlina seorang penyedia bahan bertulis kepada pemilik bisnes seperti Artikel mesra SEO, copywriting, SEO copywriting, manuskrip buku, menulis kapsyen pendek media sosial, dan e-book. Saya bantu mudahkan kerja-kerja menulis bagi pemilik bisnes ke dalam bentuk penulisan. N.A Writer bersedia untuk bekerjasama. Whatsapp 018-9107161 atau Email : norazlina181@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *