Nak fokus depan laptop, siapkan kerja sehingga 8 jam macam mana? berikut adalah pertanyaan daripada rakan Ghostwriter pemula. Apakah cara fokus sebagai penulis upahan yang sebenar ? baiklah, dalam artikel ini saya akan bantu anda dengan sedikit panduan Ghostwriter atau penulis upahan. Berbekalkan pengalaman akan dikongsikan, saya sejak tahun 2020 menguruskan Ghostwriting job seperti menulis artikel SEO, Copywrting, buat ebook, dan caption di media sosial. Serta Kelas secara online di Zoom Meeting. Apa kata, dapat sahaja panduan, anda boleh terus praktikkan ya?

cara fokus ebagai penulis upahan

Apakah cara fokus sebagai penulis upahan ?

Apabila penulis mahu menjadi penulis upahan yang dipercayai dan diyakini oleh bakal pelanggan, terlebih dahulu anda mesti tahu cara fokus sebagai penulis upahan.

Cari waktu sesuai

Bagi saya mudah jer tu. Perkara utama, sila cari waktu produktif anda. Dah tahu waktu bila, fokus.

Seperti saya sendiri, akan bermula seawal pagi. Jam 7.30 pagi, saya dah mula memasuki ke ruangan menulis.

Ruangan sesuai supaya mudah fokus

Pastikan anda mempunyai tempat sesuai untuk menulis. Tanpa sebarang gangguan seperti bunyi dan anak-anak.

Tidak digalakkan menulis di meja makan. Ini kerana meja makan di gunakan untuk aktiviti makan sahaja, bukannya menulis.

Nanti jika anda berada di meja makan untuk menulis, mesti teringatkan makanan. Tidak jadi kerja tu nanti.

Jika mempunyai bilik menulis, lagi bagus. Anda boleh menguncinya.

Silent mode

Aktifkan silent mode atau aeroplane mode pada smartphone jika tidak mahu gangguan. Seperti bunyi notifikasi email, panggilan masuk, whatsapp dan media sosial lain.

Peralatan lain

Sediakan peralatan lain yang bersesuaian bagi keselesaan anda semasa menulis. Sebagai contoh : Kerusi yang menyokong tulang belakang, meja untuk menulis, dan pengudaraan bilik yang baik.

Emosi

Jaga emosi, pastikan dalam keadaan baik sepanjang hari. Andai kata anda beremosi dan sukar fokus, sila baca kembali buku-buku niche bisnes yang anda miliki.

Elakkan dari membaca buku-buku novel yang trigger emosi anda.

Pecahkan masa

Pecahkan masa anda menulis. Mungkin 5 jam sebelah pagi, dan 3 jam di waktu malam sebelum tidur.

Namun, pecahan masa hendaklah mengikut keselesaan anda menulis.

Rehat

Pastikan masa anda menulis mempunyai waktu rehat. Di waktu rehat tersebut, sila reward diri anda dengan scroll media sosial dan bercakap dengan rakan-rakan atau anak-anak.

Sebagai contoh bagi menghilangkan rasa penat fokus di depan sebuah laptop. Anda juga boleh mengambil 25 minit sahaja bekerja, kemudian berikan masa rehat anda selama 5 minit sahaja.

Sediakan air

Pastikan anda sediakan air botol mineral di sebelah. Supaya ianya tidak menganggu proses anda dalam tempoh fokus tersebut. Ini pun salah satu cara fokus sebagai penulis upahan yang berkesan.

Jadi, tidak perlu kerap bangun ke dapur untuk minum.

To do list

Pastikan anda mempunyai to do list supaya kerja anda lancar. Utamakan kerja-kerja yang penting dahulu, kemudian sederhana penting dan tidak penting.

Outline

Selain dari itu, cara fokus sebagai penulis upahan pun perlu mempunyai outline setiap kerja.

Sebagai contoh : menulis artikel SEO.

Anda sudah mempunyai outline kerja tersebut, supaya masa yang diambil tidak terlalu lama bagi menyiapkan setiap satu tugasan.

Cermin mata

Bagi anda yang bercermin mata, pastikan cermin mata anda mempunyai anti silau ATAU mempunyai ciri Anti Blue light . Jadi, dengan cermin mata begini bantu melindungi mata anda daripada kemasukan cahaya kuat dan menjadikan mata letih.

Akhir kata, semoga perkongsian ini bermanfaat buat rakan-rakan penulis upahan mahupun Ghostwriter.

Apakah kesan buruk jika penulis upahan tidak fokus menulis?

Kebarangkalian penulis upahan tidak menjadi pilihan pelanggan, kerja tertangguh, dan tidak mengikut tarikh jangkaan siap kerja.

Bagaimana kesannya jika anda seorang penulis upahan yang fokus kepada tugasan ?

Tidak lain, sudah semestinya kerja-kerja yang anda terima daripada pelanggan dapat di siapkan mengikut tarikh seperti yang dikehendaki.

Selain daripada itu, anda juga dapat menerima banyak tugasan sebagai Ghostwriter atau Penulis Upahan secara bulanan.

Silakan berkongsi, jika anda rasakan artikel ini bermanfaat.

By azlina

SEO Ghostwriter Malaysia adalah servis penulisan Ghostwriter yang menggunakan format Search Engine Optimization. Nor Azlina seorang penyedia bahan bertulis kepada pemilik bisnes seperti Artikel mesra SEO, copywriting, SEO copywriting, manuskrip buku, menulis kapsyen pendek media sosial, dan e-book. Saya bantu mudahkan kerja-kerja menulis bagi pemilik bisnes ke dalam bentuk penulisan. N.A Writer bersedia untuk bekerjasama. Whatsapp 018-9107161 atau Email : norazlina181@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *