perfume-wanita-paling-wangi

Perfume wanita paling wangi

2 hari lepas, saya hanya melalui di depan perkarangan kiosk perfume dalam shopping mall.

Kemudian, saya di sapa oleh penjual perfume.

“Kak, nak bau perfume?”

“Wanginyaa. Ni lah perfume yang aku tercari-cari selama ini. Memang wujud rupanya.” Bisik saya dalam hati, sebaik sahaja menghidu bauan sample pertama kertas perfume.

“Ada perfume untuk dalam rumah tak?” Soal suamiku kepada penjual tersebut.

“Ni bang. Ramai orang beli yang ni. Tak kuat dan perfume ni boleh guna untuk semburan pada sofa juga dan matikan kuman.” Ujar penjual.

“Nak ni satu.” Sambil suamiku cium banyak kali kertas sample perfume rumah.

“Perfume ni berapa?” soalku.

“Bauan yang ni ada 3 jenis. Body mist, Eau de toilet dan botol besar. Rm 98.00, 50 ml. Botol besar RM 1xx.xx.” Balas penjual.

P/S : Setelah mendengar penerangan daripada penjual perfume wanita paling wangi tersebut, saya membeli perfume rumah dan Eau de toilet.

Alhamdulillah. Nampak tak skill menjual daripada beliau? berkesan dengan teknik closing yang digunakan.

Pandai sentuh emosi. Jadi, pembeli akan nampak faedah produk nombor 1. Harga belakang kira. Gitu lah konsepnya.

Setiap jenis packaging perfume pun diterangkan dengan lebih baik, supaya maklumat tepat sampai kepada bakal pembeli.

PSS: Lepas tu, nak balik. Saya cuba buka perfume yang baru di beli itu, mahu sembur pada baju niatnya. Penjual tu datang semula kepada saya, terus dia sembur 1 badan saya dengan perfume wanita paling wangi tester di rak. Hah~ ni makin nak membeli lagi akan datang.

Berdasarkan cerita saya diatas, nampak kan value daripada seorang penjual perfume tadi? sungguh baik layanannya kepada saya. Pasti penjual tadi adalah best employee kot. Dari saya melalui depan kiosk perfume, cara approach prospek sehingga lah layanan selepas pembelian.

Apa yang anda boleh pelajari daripada penjual perfume wanita paling wangi ini?

Cara approach bakal pelanggan ( prospek )

Seperti saya, tidak kisah pun apabila di sapa oleh penjual. Mereka pun cari makan dalam kerjanya. Jadi, saya layankan sahaja. Penjual ini terus bertanya kepada saya dengan ayat “nak bau perfume?” dia beri sample bauan pertama yang wangi. Mungkin Hot sales! dan check mates!

Jika anda adalah penjual secara atas talian, boleh gunakan 6 teknik approach customer di whatsapp

Teknik semasa menjual digunakan

Berikan sample produk kepada bakal pelanggan

Penjual tadi, dia tak terus beritahu harga. Sebab, jika beritahu harga pastinya saya akan lari terkejut dengan harga mahal bagi saya sendiri ya. Apa yang dilakukan oleh penjual adalah, keluarkan satu sample bauan perfume wanita paling wangi.

Hot produk

Kemudian, apabila ada tindak balas daripada saya. Beliau meneruskan keluar sample bauan yang lain-lain. 3 jenis sahaja, dia keluarkan sample supaya saya tidak terkeliru dengan pelbagai pilihan bauan.

Packaging

Selepas saya berminat dengan bauan pertama, baru lah dia bercerita packaging perfume. Jika tidak silap saya mempunyai 3 pilihan iaitu botol paling kecil Body Mist 30ml, botol 50ml, dan 100ml.

Tunjukkan perfume dari berharga murah sehingga paling mahal.

Layanan selepas pembelian

Seperti saya katakan diatas. Penjual tersebut spray saya dengan perfume wanita paling wangi. Ya Allah, masa tu rasa terharu sangat. Penjual tu cakap small matter, tapi pada saya besar usaha dia spray saya. Terus rasa nak pergi membeli lagi bulan depan. Haha. Nampak tak power word yang digunakan dalam memikat hati pelanggan?

Kesimpulannya, jika anda adalah penjual sebaiknya ikuti strategi yang digunakan oleh penjual perfume ini. Bukan sahaja buatkan orang selesa untuk membeli dengannya, malah layanan yang diberikan sempurna di mata saya selaku pembeli. Dari mahu membeli 1 perfume sahaja, kini saya telah membeli 2 perfume.

Jenis posting status Facebook

Tip lain mengenai menjual boleh rujuk artikel : Teknik sebelum dan semasa menjual.

perfume wanita paling wangi

Loading

By azlina

SEO Ghostwriter Malaysia adalah servis penulisan Ghostwriter yang menggunakan format Search Engine Optimization. Nor Azlina seorang penyedia bahan bertulis kepada pemilik bisnes seperti Artikel mesra SEO, copywriting, SEO copywriting, manuskrip buku, menulis kapsyen pendek media sosial, dan e-book. Saya bantu mudahkan kerja-kerja menulis bagi pemilik bisnes ke dalam bentuk penulisan. N.A Writer bersedia untuk bekerjasama. Whatsapp 018-9107161 atau Email : norazlina181@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *