approach customr di whatsapp

Apabila anda meletakkan diri sebagai penjual, anda perlukan satu ilmu untuk approach customer di whatsapp supaya membeli dengan anda, walaupun ia sekadar di dalam whatsapp. Tetapi tahukah anda, bagaimana untuk approach customer supaya datang membeli makanan di gerai anda atau buat prospek pilih anda sebagai penjual  yang di sukai serta di sayangi ramai?

 

Copywriting berpengaruh : antara elemen yang perlu ada. 

 

Kisah NEVER GIVE UP si penjual makanan.

 

“Assalamualaikum, malam ni saya ada cod jambu asam boi, mangga asam boi, dan kerepek pisang.” Chat yang masuk dari seorang penjual dari applikasi whatsApp pada jam 8 malam.

“Wa’alaikumsalam. Maaf, saya tiada di rumah ketika ini. Saya doakan jualan puan licin malam ni ya serta di permudahkan.” Kebetulan saya bercuti ketika ini.

“Oh, yeke. Aamiin.” Ujar penjual tadi.

 

approach-customer-di-whatsapp

 

Selepas sebulan kemudian ;

 

 

“Salam sis, petang ni saya ada buat cod. Kerepek pisang tanduk yang baru buat semalam. Memang rapuh, sis berminat tak?”

“Wa’alaikumsalam. Berapa sebungkus?” ketika ini, aku mulai excited.

“Rm 10 untuk 300 gram setiap pek.” Aku syak waktu ini, penjual ni gembira apabila approach dia berjaya.

“Boleh saya nak 3 bungkus?” Laju aku membalas whatsapp tersebut.

“Boleh. Saya hantar selepas asar.”

 

Apa yang anda boleh belajar daripada perbualan diatas sebagai penjual dalam sesi approach customer di  whatsapp?

 

 

  1. Jangan mudah berputus asa semasa approach customer / prospek

Perlu ketahui, bahawa bukan semua prospek akan ‘reject’ anda. Jadi, belajar bersabar. Hanya yang kuat sahaja, layak bergelar ‘orang bisnes’.

 

  1. Waktu yang sesuai untuk approach prospek atau bakal pembeli di whatsapp

Salah satunya adalah waktu. Anda sebagai penjual makanan, perlu faham waktu yang sesuai untuk ‘menjual’.

 

Perhatikan dalam chat situasi pertama, semasa approach customer di whatsapp ;

 

Penjual approach aku jam 8 malam. Perut pun dah kenyang. Lagi satu sebab selepas makan malam, jadi nafsu makan memang takde. Sebab ke-2 aku fikir nak berehat je, waktu selepas Isyak menanti untuk tidur.

 

Dan, penjual itu juga tidak membuat tinjauan awal dan jadual untuk COD. Lagi pun, ketika itu, aku berada di luar Kuantan.

 

Situasi 2;  YES! Sebagai penjual yang betul dan berilmu, sewaktu approach customer.

 

Dia WhatsApp aku sebelum minum petang. Jadi, memang kena lah target dia nak menjual pada aku ni. Waktu tu aku takde plan nak masak apa lagi untuk minum petang.

 

  1. USP ( Unique Selling Proposition )

Kali ni, skrip menjual dia ubah. Dia masukkan sekali USP produk. Dia beritahu, produk dia macam mana.

 

Dari segi tahap pembuatan : baru buat ( fresh ) dan rapuh ( tidak lemau )

 

Aku rasa, semua manusia suka suatu yang baru. Iaitu Homemade. Sebab jika dari kilang, risiko bau hapak kerepek ( stok lama ).

 

4. FAEDAH PRODUK

 

Rapuh

 

Dia beritahu bahawa kerepek buatan nya rapuh. Ini adalah FAEDAH semasa makan kerepek pisang tanduk.

 

5. Gambar yang menarik sewaktu approach Customer

 

Last sekali dia hantar gambar yang cantik kepada aku. Tak perlu edit pun, janji cukup pencahayaan dan mampu buat terliur ialah gambar kerepek yang baru di goreng.

 

Satu lagi gambar sticker produk cantik dan menarik, warna di gunakan pada sticker tersebut.

Itu sahaja tips yang aku dapat rumuskan mengenai teknik bisnes makanan.

 

6. Sopan sewaktu sesi approach customer di Whatsapp

 

Walau sekadar approach customer di whatsapp tanpa bersua muka, pastikan anda tidak menggunakan emoji sebaiknya. Kerana ia tidak sopan, kerana jika tersilap emoji, satu perasaan yang tidak selesa  kepada customer yang di approach tadi. Setiap emoji mempunyai banyak maksud.

 

Sewaktu sesi approach customer, jangan gelojoh untuk menjual. Anda perlu ceritakan satu persatu, ini kerana jika customer tadi akan menjadi serabut dan pening. Akhirnya akan membuatkan anda tidak berjaya untuk closing.

 

Lagi satu cara ‘pitching client tanpa perlu menjual’ boleh tengok bagaimana cara pitching tanpa perlu pitiching.

 

Kesimpulannya dari kisah penjual ‘Never Give Up’ ini.  Buat yang  nak pikat Customer, nak approach customer di whatsapp atau prospek.  Ceritakan  Faedah produk, USP produk . Iaitu tanpa perlu memberitahu produk itu sedap. Sedap itu adalah subjektif dan nampak cliche. Satu lagi, approach customer di whatsapp ada lah dengan menulis copywriting dan hantar kepada customer. Mudah bukan? jika anda perlukan copywriting, terus klik nombor yang tertera di bawah. Bersedia menulis copywriting buat anda.

 

Jika anda rasa kan artikel cara approach customer di whatsapp ini bermanfaat, sila kongsikan di platform social media. Ada kawan-kawan berniaga, komen nama kawan anda. Semoga urusan kita semua dipermudahkan Allah.

 

Ikuti  di platfrom media sosial di bawah juga untuk info dan cerita : 
 

Bina 5 jenis konten follow up prospek di whatsapp.

Jenis posting status Facebook

Loading

By azlina

SEO Ghostwriter Malaysia adalah servis penulisan Ghostwriter yang menggunakan format Search Engine Optimization. Nor Azlina seorang penyedia bahan bertulis kepada pemilik bisnes seperti Artikel mesra SEO, copywriting, SEO copywriting, manuskrip buku, menulis kapsyen pendek media sosial, dan e-book. Saya bantu mudahkan kerja-kerja menulis bagi pemilik bisnes ke dalam bentuk penulisan. N.A Writer bersedia untuk bekerjasama. Whatsapp 018-9107161 atau Email : norazlina181@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *