[ Almari Second Hand & Pocong ]
 
 
 

perabot second hand dan pocong

 
 
 
 
Kecut perut , apabila diimbas kembali cerita seram ini. Ku kira ada lah dalam 12 tahun kisahnya, tetapi kekal terpahat dalam minda sampai bila-bila.
 
Malam kejadian..
Aku tidur awal. Keletihan siang hari bekerja sebagai kerani jualan di salah sebuah syarikat motor terkemuka di Kuantan. Kerani yang menguruskan stok sparepart tiap kali masuk, kira stock serta claim insurans motor [ walau bukan tiap hari, tapi kalau ada claim.. memang agak stress handle ragam pelanggan ]
 
Berbalik kepada cerita seram..
Memang bersyukur sangat-sangat, malam tu. Aku dapat tidur nyenyak tanpa sebarang gangguan dari sebelumnya. Alhamdulillah.. terasa bahagianya hidup waktu itu.
Aku gambarkan sedikit suasana dalam bilik tidurku.. 
 
Katil kami jenis double decker, jenis besi dan berwarna hitam. Katil atas, adik nombor 4. Tingkat bawah.. katil besar, aku tidur bersama kakak.
Dan, tidur di tepi dinding sudah semestinya aku yang penakut! Manakala, di sebelah sana, kakak. Dan, jika dia mengiring ke sebelah kanan, sudah pastinya akan nampak tingkap. Tingkap kampung, bercermin naco.
 
Kakak ku, jenis berani. Aku dah pernah pesan lama dulu..
 
“Angah.. nak tidur malam, jangan lupa tutup lah langsir tu. Risau kot ternampak ‘sesuatu’ melintas ke.
Kata dia lagi..
“Gelap lah, lagi benda tu suka”.. 
 
Manakala, dihujung kepala kami pula ada almari. Almari second hand. Yang masih tak digunakan lagi. Kami kosongkan aje.
 
Keesokan harinya..
 
Kakak cerita.
Malam tu, dia bermesej dengan pakwe .. katanya tak boleh tidur. Berbeza dari malam sebelumnya, dia jenis mudah tidur. Tapi malam tu, TIDAK!
 
Dia terdengar bunyi bising dari dalam almari, yang berada di hujung kepalanya.
Lalu, kakak buat tak tahu sahaja. Dia abaikan. Dia fikir, mungkin tikus nak keluar dari dalam almari.
Makin dibiarkan, makin kuat bunyinya. Seperti sesuatu ingin keluar dari dalam almari tersebut.
Lalu dia berhenti bermesej. Dia fokus dengar apa bunyinya, mungkin firasat ingin tahu tu kuat. Makin diamati bunyinya, semakin kuat.
 
Bunyi ketukan dari dalam almari pula.. “kukkk, kukkk, kukkkk, ..
 
Kemudian..
 
“Kriuuuuuukk” bunyi almari second hand dibuka. Walaupun ia masih baru, namun ia berbunyi seperti almari yang uzur.
 
Kakak .. dengan respon pantas, dia menarik kain selimut. Lalu berkelubung, KETAKUTAN.
Selepas itu, dah tak ada apa lagi. 
 
Dia menarik nafas lega. Dan ..
Apabila dia mengintai sedikit dari kain selimut miliknya..
 
Alangkah terkejut, dia ternampak sosok pocong di hujung kaki adiknya. Bermuka hangus dan hitam.
Nasibnya baik, kerana POCONG tersebut tidak melihat dia. 
 
-TAMAT-
 
Disaat ku menaip kisah seram ini, bulu romaku naik sedikit demi sedikit. Seolah menjalar ke tulang belakang..
 
Disebabkan kisah seram inilah, waktu tidur terganggu. Pergi kerja dengan mata lebam.. hihi.
 
Selepas daripada kejadian tersebut, aku sekeluarga beringat. Takkan membeli lagi perabot second hand walau ia cantik sekalipun

By azlina

SEO Ghostwriter Malaysia adalah servis penulisan Ghostwriter yang menggunakan format Search Engine Optimization. Nor Azlina seorang penyedia bahan bertulis kepada pemilik bisnes seperti Artikel mesra SEO, copywriting, SEO copywriting, manuskrip buku, menulis kapsyen pendek media sosial, dan e-book. Saya bantu mudahkan kerja-kerja menulis bagi pemilik bisnes ke dalam bentuk penulisan. N.A Writer bersedia untuk bekerjasama. Whatsapp 018-9107161 atau Email : norazlina181@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *