Sudah menjadi perkara biasa, jerawat tumbuh di dahi bagi wanita dan juga lelaki. Ia tumbuh tidak memilih jantina sama ada lelaki mahupun Wanita. Juga umur bukan penghalangnya untuk membiak dan merebak pula ke bahagian lain di wajah. Dalam artikel ini,saya kongsikan 5 penyebab utama jerawat pasir di dahi merebak. .
Apakah punca utama jerawat pasir di dahi
Selama ini kalian hanya tahu bahawa, masalah tersebut perkara biasa. Namun, beranggapan ianya hanyalah sementara sahaja. Tidak menjadikan serius terhadap wajah.
Jerawat di dahi boleh terjadi disebabkan persekitaran, keturunan dan juga hormon.
Lebihan minyak di wajah penyebab jerawat pasir
Pengeluaran minyak di wajah seharusnya baik, iaitu dapat melindungi wajah dan bagus melembapkan kulit. Jika pengeluaran sebum yang berlebihan menjadikan penyumbatan kulit di wajah serta mewujudkan pembiakan bakteria berleluasa.
Scarf tebal menutupi kepala
Harus diingatkan, penggunaan scarf yang tebal dan juga ketat membantu pembiakan jerawat pada kulit akibat penggeseran berlaku. Gunakan tudung dan scarf yang tidak terlalu ketat. Selain itu, juntaian rambut yang terkena juga menjadi penyebab utama jerawat pasir di dahi.
Penggunan minyak rambut berlebihan, penyebab kepada masalah
Tidak dinafikan lagi, masalah ini adalah disebabkan oleh penggunaan minyak rambut yang berlebihan. Seterusnya minyak tersebut akan mengalir ke dahi dan mengakibatkan punca terjadinya jerawat.
Penggunaan bahan dalam skincare yang melibatkan minyak
Selain itu, penggunaan bahan dalam skincare juga mampu mengundang miss J. Sebagai contoh, dalam bahan skincare tersebut mempunyai minyak kelapa yang sepatutnya menjadi bahan untuk masakan. Jadi, bahan ini amat tidak sesuai digunakan pada kulit wajah kalian.
Kaedah pencucian muka yang salah, berjaya mengundang jerawat pasir di dahi
Kaedah cuci muka yang salah, turut mengundang masalah tersebut. Mahu mencuci muka ada tekniknya iaitu menggosok halus secara membulat, setiap inci wajah dengan pencuci yang bersesuaian.
Akhir kata, bagi mengelakkan terjadinya jerawat pasir di dahi berlaku, belai muka kalian dengan cara mencuci dengan betul serta jauhkan daripada perkara-perkara yang mampu mengundang masalah tersebut. Elakkan juga daripada kerap menyentuh muka dengan tangan yang tidak dibasuh, kerana terdapat bakteria pada kuku manusia. Jerawat juga jika dibiarkan berlarutan, mampu mendatangkan petanda bahaya pada kulit.
Untuk melihat contoh penulisan lain teruskan baca : Wax ketiak dengan selamat dan betul.
Tiada masa untuk duduk menulis konten artikel atau kekeringan idea untuk hasilkan copywriting ? mari saya bantu kalian. Saya sediakan ayat iklan yang berpengaruh sesuai dengan target audiens, masalah dan market kalian. Terus whatsapp saya ke sini > wasap.my/60189107161/CW