Artikel sebelumnya saya sudah ceritakan Cara Follow Up Prospek di aplikasi whatsapp. Kali ini, saya akan kongsikan kepada kalian bagaimana 5 Jenis Konten Follow Up Prospek dapat mempengaruhinya. Saya yakin dan percaya, memang ramai pembaca di sini yang mempunyai masalah sama iaitu gagal dapatkan jualan sebaik sahaja mereka lakukan blast whatsapp kepada prospek mereka. Baca dan fahamkan bagaimana konten ini dapat mempengaruhi prospek untuk melakukan pembelian segera.
Konten berbentuk Tips kepada Audiens
Konten berbentuk tips dan panduan. Ialah konten yang memberi ilmu dalam bidang niche kalian kepada audiens. Apabila audiens membacanya, dan terus boleh amalkan segera.
Jadi, konten begini sesuai hanya untuk penambahan ilmu sahaja.
Sebagai contoh follow up prospek :
19 Tips hilangkan lemak peha dengan berkesan.
9 Panduan penting, elakkan rambut menjadi kusut dan kembang.
Konten jenis ‘Pantang Larang’
Konten follow up prospek berbentuk Pantang Larang pula adalah, jenis konten yang bersifat petua orang dulu-dulu. Larangan yang tidak boleh diendahkan oleh sesiapa sahaja, target audiens tersebut.
Sebagai contoh follow up prospek :
17 Pantang Larang Ibu Bersalin yang mesti diikuti, jika tak mahu MEROYAN!
Jangan Langgar 22 Pantang Larang ini, jika tak mahu MUKA BERKEDUT sebelum waktu!
Kesan dan akibat. Konten yang paling kuat mempengaruhi prospek sewaktu FOLLOW UP!
Saya yakin, konten mengenai kesan dan akibat jarang seller mahu menggunakannya. Kemungkinan besar, konten begini tidak pernah terfikir oleh mereka.
Sebaliknya, konten begini paling mudah untuk mainkan emosi prospek tadi. Paling mudah prospek bertindak membuat pembelian.
Sebagai contoh follow up prospek :
10 Akibat Page Facebook tidak mempunyai sebarang konten.
19 Kesan akibat Malas bersenam buat wanita.
7 Akibat menggunakan Foundation tidak sama dengan Tona Warna Kulit.
99 Kesan jika TIDAK SERVIS kereta.
Konten Follow Up Prospek jenis Testimoni
Antara konten paling mempengaruhi emosi prospek. Ianya konten terkuat yang pertama selain kesan dan akibat.
Pastikan, konten berbentuk testimoni diberikan mengikut tahap masalah prospek tersebut.
Sesuaikan mengikut masalah prospek. Selain gambar testimoni, kalian juga boleh bina konten testimoni secara bertulis dan juga video.
Storytelling salah satu jenis konten Follow Up berkesan.
Memandangkan zaman sekarang, audiens dah tidak sukakan lagi konten berbentuk ‘hardsell’.
Storytelling juga adalah kaedah konten tetapi dalam masa sama bercerita.
Formula konten storytelling adalah 20% cerita negatif, dan 80% adalah kisah positif iaitu kejayaan yang dimiliki.
Penulisan storytelling mesti ada watak, dialog, saspens, plot dan latar cerita.
Justeru itu. setiap konten dibina mestilah sesuai dengan masalah prospek tersebut. Sebagai seller, tidak boleh sama kan audiens antara prospek dan juga customer.
Kerana tahap keinginan mereka untuk mendapatkan produk dan servis kalian berbeza. Rahsia pun sudah dapat, kalian sila cuba hasilkan konten-konten yang bagus mengikut keperluan prospek dan terus hantar konten tersebut kepada prospek melalui aplikasi whatsapp.
Artikel lain : 16 Jenis servis Penulis Upahan di Tahun 2023
Tiada masa untuk duduk menulis konten artikel atau kekeringan idea untuk hasilkan copywriting ? mari saya bantu kalian. Saya sediakan ayat iklan yang berpengaruh sesuai dengan target audiens, masalah dan market kalian. Terus whatsapp saya ke sini > wasap.my/60189107161/CW