jualan yang mudah laku

Perniagaan mudah tapi menguntungkan, sudah pasti kalian pening kepala kan mahu menjual apa. Jualan yang mudah laku. Ditambah lagi dengan ekonomi selepas raya 2023. Lagi bertambah kurang kuasa membeli. Ketahuilah, jika kalian faham keperluan berbanding kehendak. Pastinya, jualan mudah berlaku.

Apakah jualan yang mudah laku

Seperti kita faham, jualan yang mudah laku adalah satu keperluan berbanding kehendak manusia. Namun, masing-masing ada kekuatannya tersendiri. Ditambah pula dengan musim selepas raya. Saya rasa, lagi bertambah kuasa membeli itu jika kena teknik dan strategi tepat. Selain isu semasa, kalian boleh ketengahkan masalah . Iaitu bila tidak diselesaikan segera akan melarat-larat. Sebagai contoh, orang akan stress dan silap hari boleh tidak tidur apabila tidak menjumpai penyelesaiannya.

Sebagai contoh, di musim perayaan ini. Ramai yang mahu menghadiri majlis rumah terbuka ( open house ). Jadi, kuasa membeli itu masih ada. Katakan kalian menjual biskut raya. Masih ada lagi yang mahu menempahnya. Biskut raya mahu dihidangkan bersama menu berat lain, bagi menghidupkan suasana tersebut.

Sebab mengapa orang membeli

Menjadi satu keperluan bukan lagi kehendak, apabila kita perlukan sesuatu.

Penjual selesaikan masalah yang kita alami.

Sebagai contoh masalah saya adalah ;

1. Saya hanya memiliki baju kurung berkerawang di tangan sahaja, kain lama sudah tidak muat lagi. Memandangkan berat saya sudah bertambah kepada 55Kg.

2. Hanya memiliki seluar slack putih. Jadinya, mestilah mahukan baju yang bersesuaian untuk dipadankan dengan jenis tersebut.

Penyelesaian masalah :

Nah! selesai dah baju apa saya nak gayakan untuk pergi kenduri tengah bulan ini nanti di Shah Alam.

Kain pario nak digandingkan dengan baju yang sedia ada. Manakala, blouse satin bersama seluar slack.

Lain-lain, kalian boleh kaitkan dengan niche bisnes masing-masing. Tengok masalah audiens, maka penuhi permintaan.

Contoh ke-2 faktor keperluan jadikan jualan mudah laku

Rutin setiap hari kita akan menggosok gigi selepas bangun tidur.

Menggosok gigi seperti kita ketagihan dengan kesegaran mulut tersebut. Makanya, walau bagaimana pun kita akan tetap mencari ubat gigi yang ada mint. Ianya sudah menjadi keperluan.

Contoh ke-3 faktor cuaca panas

Dikala cuaca panas membahang di seluruh Malaysia. Maka, krim pelindung matahari SPF kini menjadi keperluan setiap orang. Baik suri rumah, bekerjaya dan pelajar. Jika tidak memiliki krim SPF, dikhuatiri akan menjadi satu risiko kanser kulit kepada mereka yang terdedah.

Kesimpulan

P/S : Kesimpulannya, pastikan produk kalian memberi penyelesaian kepada audiens. Selain itu, audiens membeli keperluan disebabkan ‘value’ yang ada pada produk bukan disebabkan brand tersebut. Dengan itu, penuhi lah keperluan pengguna. Maka tiada lagi isu produk atau bisnes tiada kuasa membeli.

Perlukan artikel SEO atau perlukan 16 jenis penulisan lain ? terus ke whatsapp. Wasap.my/60189107161/azlinaghostwriter

Facebook : Nor Azlina Mohd Ali

Linkedin : Nor Azlina Mohd Ali

Blog : ehbelogaku.com

By azlina

SEO Ghostwriter Malaysia adalah servis penulisan Ghostwriter yang menggunakan format Search Engine Optimization. Nor Azlina seorang penyedia bahan bertulis kepada pemilik bisnes seperti Artikel mesra SEO, copywriting, SEO copywriting, manuskrip buku, menulis kapsyen pendek media sosial, dan e-book. Saya bantu mudahkan kerja-kerja menulis bagi pemilik bisnes ke dalam bentuk penulisan. N.A Writer bersedia untuk bekerjasama. Whatsapp 018-9107161 atau Email : norazlina181@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *