servis ghostwriterWanita gembira melakukan bisnes online

Dunia beredar mengikut arus zaman. Kini, peniaga sudah beralih melakukan jualan secara online. Tetapi, kalian tahu atau tidak bagaimana mahu buat orang membeli dengan kalian tanpa perlu paksaan? saya kongsikan 4 Tips terbukti berkesan, jika nak lariskan bisnes secara online.

Bisnes Online adalah urusan jual beli tanpa perlu memiliki kedai fizikal. Bayaran dilakukan secara online bukan bayaran cash.

Bagaimana mahu lariskan barangan bisnes online

Personal branding

Saya percaya, mungkin antara sedar ataupun tidak, kalian sebenarnya memang ada lakukan personal branding terhadap diri. Cuma, kalian tidak sedar bahawa slang ( loghat percakapan ) yang digunakan dalam setiap posting atau konten harian tu.

Penampilan

Penampilan juga mampu membuatkan audiens teringat-ingat dengan kalian.

Sebagai contoh, kalian sikat rambut belah tepi atau kalian selalu mengayakan tudung shawl dengan warna biru dan mungkin juga penampilan kalian dengan berkebaya setiap kali buat ‘live’. Penampilan ini lah menjadikan trademark kalian untuk diingati.

Nama unik

Sebagai contoh penggunaan nama yang unik ialah Wak Doyok. Kan unik nama begini. Nama unik yang digunakan oleh kalian sahaja.

Konsisten

Rajin bina konten di mana-mana platform yang kalian aktif. Supaya audiens selalu nampak, suka dan kenal brand kalian. Bina konten setiap hari mengikut jenis target audiens.

https://www.tiktok.com/@n.aghostwriter/video/7130538074219629850?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7176822895519024641

Fokus Niche, jika mahu lariskan barangan bisnes online

Sebagai pemilik bisnes, wajar fokus kepada Niche kalian sahaja. Sebagai contoh, kalian buka bengkel kereta. Jadi, hasilkan konten mengenai dunia kereta sahaja. Konten boleh dalam bentuk penulisan dan jenis video.

Kalian nak berikan tips periksa absorber, cek minyak hitam, atau pantang larang dalam bisnes bengkel pun tidak menjadi masalah.

Berbeza pula dengan penulis upahan seperti saya, penulis boleh campur niche kerana mereka menulis untuk pelbagai klien.

Brand Branding bagus untuk hasilkan jualan bisnes online

Mesti cipta logo

Setiap perniagaan, mesti mempunyai logo. Tujuannya tidak lain supaya dikenali. Mudah orang nak ingat, Cukup hasilkan logo yang mempunyai kaitan dengan perniagaan kalian.

Logo yang terbaik adalah mempunyai hanya 2 warna sahaja. Sebagai contoh saya sendiri memiliki logo bewarna biru dan putih.

Warna brand

Warna brand turut mempengaruhi perniagaan kalian bagi membina jenama. Pastikan kalian memilih warna yang tepat untuk penghasilan logo.

Biasanya logo dimasukkan di dalam poster, video, cover timeline, dan juga profile photo.

Tagline

Selain daripada itu, jangan lupakan juga tagline. Walaupun kalian menjual produk yang sama, tetapi dengan adanya tagline memang pelanggan akan memilih kalian daripada pesaing. Kerana tagline melambangkan bisnes kalian.

Sebagai contoh, pelanggan saya menggunakan tagline “The most Expert CCTV in Kuantan.” Beliau menggunakan tagline berikut kerana satu-satunya pakar dalam bidang pemasangan cctv di Kuantan.

Kesimpulannya

Cukuplah hanya 4 tips yang terbukti berkesan untuk raih jualan secara online. Kesan konsisten mengamalkan 4 tips diatas, saya berjaya hasilkan jualan sebagai individu yang mengambil upah menulis sebagai seorang Ghostwriter Malaysia dan juga sebagai affiliate. Kalian pun boleh cuba tips lariskan jualan bisnes online ini.

Loading

By azlina

SEO Ghostwriter Malaysia adalah servis penulisan Ghostwriter yang menggunakan format Search Engine Optimization. Nor Azlina seorang penyedia bahan bertulis kepada pemilik bisnes seperti Artikel mesra SEO, copywriting, SEO copywriting, manuskrip buku, menulis kapsyen pendek media sosial, dan e-book. Saya bantu mudahkan kerja-kerja menulis bagi pemilik bisnes ke dalam bentuk penulisan. N.A Writer bersedia untuk bekerjasama. Whatsapp 018-9107161 atau Email : norazlina181@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *