Tiru copywriting pesaing? sebelum itu, kalian fahamkan terlebih dahulu mengenai ayat iklan. Ianya adalah satu seni menulis ayat iklan yang baik untuk memukau pelanggan, tarik pelanggan, pikat pelanggan, ayat memujuk, ayat mainkan emosi dan juga ayat untuk buat orang nak membeli produk serta servis kalian. Copy writing dalam english dipanggil penulisan salinan. Rasa janggal pula kan? dalam bahasa yang mudah difahami ayat yang dijelaskan pada awalan tadi.
Apakah sebab utama pemilik bisnes tiru copywriting pesaing?
Jimat kos
Sejujurnya, memang dapat jimatkan kos. Daripada mengupah copywriter menulis ayat iklan kalian.
Tak sakit kepala
Betul, memang tidak sakit kepala nak buat kempen marketing. Tiru copywriting jer! dah siap, terus boleh tekan ADS.
Keliru dengan bisnes
Maaf ya pemilik-pemilik bisnes. Saya percaya, segelintir daripada kalian keliru dengan bisnes sendiri. Nak jual produk ke jual manfaat?
Berjaya
Saya percaya sangat. Kalian melihat ayat iklan pesaing berjaya. Banyak engagement, lepas tu kalian tiru ayat pesaing tersebut sebiji-sebiji.
Kesan Tiru Copy writing Pesaing
Kredibiliti
Kepercayaan audiens terhadap brand dan kalian menurun. Semakin menjatuhkan reputasi sebagai seller. Bukan menaikkan branding.
Cliche
Ayat cliche. Sebab yang ditiru nampak biasa-biasa sahaja. Ramai audien sudah pernah baca ayat tersebut.
Kegagalan
Ayat iklan yang ditiru, pastinya sukar untuk bertukar kepada jualan. Ini kerana target dan audiens berbeza.
Sebagai contoh: Kalian mahu tarik prospek, tetapi ayat yang ditiru adalah jenis content story.
Kesannya, mesti gagal untuk meraih jualan.
Banned
Kalian sudah tiru ayat iklan pesaing. Sudah tentulah media sosial akan banned kalian. Sebagai contoh FACEBOOK tidak akan meluluskan Iklan kalian. Paling teruk lagi, kalian bakal di boikot oleh followers pesaing itu sendiri.
Berkat
Tiada keberkatan dalam perniagaan. Tiru ayat copywriting adalah kerja-kerja menipu.
“Barangsiapa yang menipu dalam berniaga. Maka dia bukanlah daripada di kalangan kami.” -Riwayat Muslim.
Masya Allah. Tabarakallah.
Alhamdulillah, baru je semalam buat posting di reels.
Tak sangka ada yang BERTINDAK DENGAN VIDEO INI.
Tak!
Saya tak baca fikiran orang. Mana boleh manusia normal dapat baca fikiran orang kan?
Ada klien yang serah diri malam tadi untuk buatkan [ ayat iklan / ayat pukau pelanggan/ ayat tarik pelanggan ]
Tak sangka pula ada yang mengaku tiru ayat iklan pesaing. Hmmm.. sangat tak bagus dalam bisnes tau perkara begini.
Malam tadi order, tengah hari saya dah hantar Ayat Iklan berpengaruh kepada klien. Alhamdulillah, terima kasih klien sudi tengok video Reels saya.
Cepat! siapa lagi nak mengaku dia tiru copywriting pesaing dia? jangan komen, whatsapp je senang untuk kita bincang buat ayat iklan berpengaruh yang baru nak?
