whatsapp blast will be blocked if

Akhir-akhir ini, saya tengok kerap owner bisnes merungut bahawa whatsapp business kena block. Apa sebab kena block? Ada tak ambil peduli punca utama whatsapp blast di block? apa yang saya perasan kan adalah, owner bisnes dan team mereka secara rambang blast whatsapp walaupun bukan target audiens mereka.

Sebelum itu, baca dulu artikel ini : Cara Follow Up Pelanggan di Whatsapp

Apa itu Whatsapp Blast?

Whatsapp Blast adalah teknik yang digunakan oleh perniagaan dan organisasi untuk menghantar mesej secara besar-besaran kepada ramai penerima melalui aplikasi WhatsApp, dalam satu masa.

Dengan menggunakan ciri seperti Broadcast List atau WhatsApp Business API, pengirim boleh menghantar mesej, gambar, atau pautan kepada ribuan kenalan sekaligus. WhatsApp Blast sangat berguna untuk promosi produk, pengumuman acara, atau menyampaikan maklumat penting kepada ramai orang dalam masa yang singkat.

Macam mana nak elak dari kena Block semasa Whatsapp Blast?

1. Sila elakkan dari menghantar mesej whatsapp kepada semua kenalan.

2. Whatsapp Blast hanya kepada target audiens sahaja. Iaitu mereka yang pernah bertanya kan produk, dan servis anda. Selain senarai itu, jangan cuba! berisiko besar untuk di block ya.

3. Hantar Copywriting yang berbeza kepada target audiens.

Sebagai contoh :

Anda penjual sambal hitam. Atau penyedia servis membaik pulih kenderaan pacuan 4 roda.

Sila buat copywriting yang berbeza bagi setiap masalah avatar. Apa yang diinginkan, mahu elakkan, besarkan masalah dan berikan penyelesaian kepada bakal pelanggan anda.

Contoh Copywriting menggunakan format PAS

1.  Problem

Kenal pasti masalah

Contoh:

Pernah tak  rasa kecewa dengan sambal hitam yang tak menepati selera?

2. Agitate ( Besarkan masalah )

Kenal pasti kesan dan akibat jika tak selesai.

  Contoh:

bila sambal hitam korang tak sedap, boleh buat kecewa dan membazir masa serta bahan. Lebih teruk lagi, hilang terus nikmat makan.

3. Solution (Penyelesaian)

Jelaskan produk anda dapat selesaikan masalah

 Contoh:

Jangan risau lagi! Sambal Hitam Pahang kami dibuat dengan resipi tradisi, tanpa pengawet  dengan bahan-bahan semulajadi pasti buat korang rasa puas!

Siap dah copywriting!

walau bagaimanapun, pastikan anda tahu siapa target Copywriting, tahap kesedaran bakal pembeli, dan apakah keunikan dalam setiap produk dan servis anda, sebelum menulis.

Ada masalah hasilkan copywriting bagi bisnes anda?

Upah saya sekarang. Terus whatsapp ke nombor 0189107161.

4. Selain Copywriting, anda juga boleh memberikan Content kepada target audiens.

Content boleh sahaja dengan memberi panduan, kaedah, dan strategi. Jenis content adalah jenis teks. Ini kerana, bakal pelanggan kurang gemar untuk download video di smartphone mereka sehingga memberatkan ruangan memori.

Sila elakkan dari menghantar banyak gambar kepada bakal pelanggan anda.

5. Hanya 2 minggu sekali untuk sebaran Content berbentuk seperti panduan, artikel, dan kemas kini yang berkaitan.

Gunakan content berbeza bagi setiap audiens. Bakal pelanggan, pelanggan dan loyalty customer.

Kesimpulan

Dengan blast Whatsapp kaedah betul, pastinya anda tidak mengganggu audiens. Paling penting, anda tidak akan di block di whatsapp.

Blast Whatsapp dapat tingkatkan jualan, sekiranya anda mengikuti teknik diatas.

Jika perlukan servis menulis content dan copywriting bagi kegunaan di whatsapp blast, boleh whatsapp. Bagi servis Copywriting saya akan lakukan research mendalam bagi bisnes servis dan produk anda.

Psikologi Menjual – Tricks penting untuk seorang penjual

By azlina

SEO Ghostwriter Malaysia adalah servis penulisan Ghostwriter yang menggunakan format Search Engine Optimization. Nor Azlina seorang penyedia bahan bertulis kepada pemilik bisnes seperti Artikel mesra SEO, copywriting, SEO copywriting, manuskrip buku, menulis kapsyen pendek media sosial, dan e-book. Saya bantu mudahkan kerja-kerja menulis bagi pemilik bisnes ke dalam bentuk penulisan. N.A Writer bersedia untuk bekerjasama. Whatsapp 018-9107161 atau Email : norazlina181@gmail.com