Copywriting tidak Convert sales, sudah pasti menggusarkan pemilik bisnes. Tahukah kalian, mengapa Copywriting anda tidak berjaya bertukar kepada Sales di Facebook?
adakah copywriting perlu ditulis panjang? pendek? atau dimanakah silapnya menulis copywriting ini. Artikel ini
ada kupasan lanjut mengenai Copywriting. Perhatikan 5 sebab ini, jika Copywriting tidak Convert Sales.
#Copywriting101
5 sebab kenapa Copywriting tak Convert Sales?
1. Target salah dalam ayat Copywriting
Dalam copywriting bercampur dengan semua jenis target . Sebagai contoh ayat copywriting makanan, nak jual Sambal Pedas Berapi. Tapi dalam copywriting fokus kepada semua pelanggan ( kanak-kanak, ibu, suami, dan warga emas ).
Sepatutnya, asingkan. Sambal Pedas Berapi. Sesuai untuk siapa? mesti lah untuk peminat makanan pedas.
Jadi, jika fokus semua target. Memang takkan berlaku pembelian. Orang akan keliru membacanya. Orang takkan peduli dengan ayat copywriting makanan tersebut.
Contoh headline copywriting makanan yang betul :
“SAMBAL PEDAS BERAPI KELUARAN STOPA, BAGAIKAN DICILI-CILIKAN BIBIR! RASA AUTHENTHIC DARI JAWA TIMUR.”
2. Headline salah dalam Copywriting ditulis
Dalam headline copywriting pula tiada target. Sebagai contoh yang betul :
“TUDUNG BUAT IBU BEKERJAYA : YANG NAK NAMPAK CANTIK DALAM MASA SAMA MENUTUP AURAT SIAP 10 SAAT”
3. Tak faham ‘level awareness’ audiens.
Bukan semua orang perlukan servis anda. Jadi, menulis copywriting mengikut keperluan audiens.
Sebagai contoh ;
Pelajar perlukan solusi untuk tambah baik pelajaran.
Ingat! pembelian takkan berlaku jika tiada matching dan takde keperluan audiens.
4. Recycle Copywriting.
Ulang guna copywriting yang sama.
Cadangan : Menulis lah copywriting yang baharu, idea segar, sentiasa ubah headline dan isi copywriting.
5. CTA dalam Copywriting tiada
Call to action yang salah.
Diakhir Copywriting mesti masukkan ayat untuk buatkan audien bertindak selepas membaca copywriting yang ditulis. Sangat rugi, jika copywriting dah cantik tetapi CTA tiada atau kurang berkesan.
Tanpa CTA, audien boleh lari kepada pesaing anda. Sebab audien tak tahu, anda jual atau tidak produk tersebut.
Sebelum menulis copywriting, perhatikan 5 perkara diatas dahulu. Copywriting memang sifatnya mengarahkan pembeli untuk membeli. Jadi, kaji terlebih dahulu sebelum menulis copywriting yang boleh Convert Sales.
Nak copywriting anda luarbiasa? penggunaan ayat boleh cuba masukkan ayat metafora dalam copywriting.
Dapat idea baharu menulis copywriting?
taip ‘alhamdulillah’ di ruangan KOMEN.
TIADA MASA menulis COPYWRITING?
Hubungi nombor dibawah..
N.A Writer berpengalaman menulis lebih 90 copywriting dalam pelbagai niche. termasuklah dalam niche servis. Juga pernah berkerjasama dengan pihak marketing.
Ikuti laman media sosial :
Facebook : Nor Azlina Mohd Ali
whatsapp : wasap.my/60189107161/sayaperluCW
[…] Cara membuat iklan facebook tanpa membayar adalah dengan menulis copywriting. […]