Content video, mati idea?
Content jenis video, usahawan produk dan bisnes servis akan mati idea untuk menghasilkan idea kreatif. Tambahan lagi pengguna di Facebook. Idea bagi menghasilkan reels. Content jenis video jika tidak dibina dengan baik, pastinya sukar mendapat perhatian penonton.
Artikel sebelumnya, sudah diceritakan mengenai cara menghasilkan content reels
Nak content anda pergi lebih jauh dengan menggunakan personal Facebook?
1. Sila bina content berbentuk reels. Iaitu berbentuk video.
2. Berdasarkan kes kajian keatas Reels media sosial sendiri.
Apa aku buat untuk tingkatkan engagement?
Bermakna, aku gabungkan jenis content Copywriting ke dalam Reels tersebut. Hasilnya dari pembinaan content di Reels, aku telah berjaya close 1 job dari Indonesia dan pakej content serta copywriting ( ayat jualan ).
Mudah bukan, jika kita sebagai pengguna media sosial faham berkenaan pembinaan content Copywriting.
Urmm, sebenarnya lama sangat dah tak cerita berkenaan Copywriting. Ehehe.
Apakah yang dimaksudkan Content Copywriting
Dalam video reels, aku gunakan content copywriting. Ia bermaksud, aku menggunakan
jenis awareness di dalam video. Dan copywriting di bahagian caption.
Sebagai Contoh dalam video skrip aku :
Aku jadikan headline :
1. Keyword artikel : Niche kesihatan
Aku sebutkan point pertama “Wanita perut buncit”
point kedua content : Perut buncit perempuan
Point ketiga : Punca perut buncit dan keras
Point keempat : Hilangkan perut buncit
Point kelima : Cara kuruskan perut
Setiap point yang aku sebut adalah keyword bagi kegunaan content artikel di website. Dan, buat pengetahuan semua. Keyword yang aku berikan dalam video tersebut boleh
dijadikan tajuk serta isi kandungan bagi video dan content bertulis juga. Jadi, sebab itulah 1 video aku di Reel mencecah 7.1k dalam masa 3 hari sahaja. Kerana penonton video tersebut majoriti yang berbisnes.
Semoga dengan perkongsian rahsia menghasilkan content jenis video ini, anda dapat menghasilkan video reels dengan baik. Seterusnya anda boleh sebarkan ilmu hanya dengan menggunakan reels, tanpa batas dengan pengguna media sosial di facebook tanpa perlu mempunyai rakan-rakan yang ramai.
Akhir kata, jangan berputus asa dalam menghasilkan content. Jika tidak berjaya hari ini, cuba lagi dan lagi. Dan, cuba tukar cara bercakap anda dan lenggok badan sewaktu menyampaikan ilmu. Dari sini, mampu buatkan orang yang melihat video akan mengingati personaliti kita, ianya bagus dalam penjenamaan diri.
Jika anda kekangan idea untuk hasilkan content video, terus hubungi aku. Setiap content yang aku hasilkan semua berkaitan SEO ( Search Engine Optimizationn). Iaitu apa maklumat yang audien cari dan suka. Bukan tu jer, content lain pun boleh menulis berkaitan SEO.
Terus ke sini > wasap.my/60189107161/sayanakcontent
Untuk perkongsian tip lain, boleh ke Facebook : Nor Azlina Mohd Ali