Copywriting di Facebook , ianya tidak boleh ditulis seperti caption biasa di Facebook mahupun di Instagram. Ramai pemula penulis copywriting menganggapnya bahawa menulis copywriting seperti bercerita tanpa mempunyai struktur dan jenis yang betul. Tidak juga seperti menulis artikel website. Artikel ini aku kongsikan bagaimana menulis Copywriting Facebook yang betul untuk iklankan barang dan servis anda jual. Teruskan bacaan.
Cara membuat iklan facebook tanpa membayar adalah dengan menulis copywriting.
Artikel lain : 7 Pantang Larang Menulis Copywriting
Sebagai contoh Copywriting Facebook yang salah:
Masya Allah, tabarakallah. Terasa bahagianya, apabila tubuh badan kembali sihat. Alhamdulillah, penangan dek urutan bali spa dan berbekam semalam. Jom baca artikel ini, aku kongsikan pengalaman berbekam dan urutan. Nak raya, badan pun mahu sihat dan bertenaga uiiii. Baru lah ceria raya.. baca di link bio
Menulis copywriting tidak boleh ditulis dengan ayat rekaan. Sebaliknya, menulis berdasarkan testimoni dan juga elemen F.A.B
Contoh menulis ayat iklan yang betul
Copywriting yang betul , adalah yang boleh convert kepada jualan WAJIB
mempunyai :
1. Headline ( tajuk mesti ditulis dengan Huruf Besar )
Penggunaan tajuk yang betul dan memukau, pasti dapat membuatkan audien berhenti untuk membacanya.
“Ibu mengandung yang nak gojes, dalam masa yang sama nak nampak kurus dengan Baju Kurung Neelofa”
2. Mesti masukkan ( Features, advantage, benefits F.A.B ) dalam headline.
Features = ciri-ciri atau info produk atau bisnes
Pakej produk, material kain sejuk,
Advantage = Kebaikan produk dan servis.
Mudah membuang, tak perlu gosok, Roll On minyak angin
Benefit = Manfaat selepas menggunakan produk dan servis
Jimatkan masa, tak perlu penat lagi.
3. Intro adalah perenggan pertama.
Perenggan pertama, perlu masukkan F.A.B. Wujudkan minat. Seterusnya, barulah audien seolah tidak sabar-sabar ingin memiliki produk atau servis anda.
4. Masukkan elemen trust.
Yakinkan audiens dengan bukti, testimoni, pengesahan dan sebagainya.
Sijil Pentauliahan dari MDEC, Iktiraf daripada University Utara Malaysia dan 10001 testimoni berjaya, Research MARDI
5. CTA ( Call To Action )
Sekarang masanya untuk memberikan arahan audien bertindak, selepas baca copywriting.
Bertindak sama ada subscribe, register atau membeli di link yang diberikan.
Sebagai contoh :
Sertai sekarang dengan mendaftar ke link website,
50 terawal dapat menikmati harga EARLY BIRD iaitu RM 30!
Subscribe sekarang, untuk ilmu-ilmu copywriting proven!
Nah, aku belanja copywriting Facebook yang Power dan Berkesan
Adakah anda sedang mengalami ketidak cukupan masa untuk menulis artikel?
tak faham menulis artikel dengan penggunaan kata kunci yang tepat?
Stress menulis? tiada idea untuk mengarang ayat panjang untuk content?
Tidak mahir menulis ayat iklan?
Perlukan pembantu untuk olah ebook?
Jika ya, anda tak perlu risau lagi, kami akan membantu anda !
N.A Writer adalah penulis sepenuh masa. Berpengalaman sejak tahun 2020 dalam industri penulisan.
Alumni sifubad 2comma Tribe.
Alumni Pengurus Media Sosial.
Alumni Kelas Penulisan Ramadan 2020/21.
Alumni Kelas Manuskrip Ghostwriter 2021.
Antara feedback client ;
“Tepat! dengan penulisan yang saya inginkan selama ini.”- Puan Hartini, client 10 artikel Keagamaan.
“Saya bangga dengan penulisan awak, awak mampu siapkan artikel dengan deadline yang di berikan.”- En. Abby, client 90 artikel Kesihatan.
“Sebelum ni saya upah student je. Saya nak tambah lagi artikel 800 patah perkataan artikel SEO.” En. Adi.
“CW power! jualan pertama saya ni Puan. Terima kasih buatkan Copywriting bisnes saya.”- En.Adzha
“Walaupun tidak pernah bertembung 4 mata, saya kagum dengan tahap professional Puan untuk menyiapkan ebook saya.” En. Haizan
“Terima kasih kerana sediakan content bisnes, selama setahun di page kami.” Princess
====================
Khas buat anda, kami menyediakan penulisan seperti berikut;
1. N.A artikel mesra seo di WEBSITE.
2. N.A Copywriting Facebook atau Ayat iklan menjual.
3. N.A menulis ebook.
4. N.A menulis description dan caption di e-commerce.
5. N.A menulis manuskrip buku.
6. N.A menulis content SEO di media sosial.
Bukan tu jer, anda juga dapat jimatkan kos untuk mengupah pekerja tetap.
Anda boleh goyang kaki dan tunggu jer bahan bertulis siap. Best kan?
AMARAN : Setiap hasil karya penulis, adalah MENJADI RAHSIA ANTARA KITA.
“Idea kreatif terus ke Penulisan.”
N.A Writer
WhatsApp terus ke link ini. wasap.my/60189107161/sayaperlukanghostwriter
TIDAK menerima kerja menulis thesis, politik dan dunia hiburan.
Case Study ;
Copywriting yang aku gunakan ini telah berjaya close job, dan telah jadikan client tersebut sebagai client tetap.
Awas!!
struktur #Copywriting yang aku gunakan ini, hanya sesuai buat prospek dalam kategori ‘terdesak’. Selain daripada itu, ianya tidak sesuai digunakan.
Jika anda degil mahu gunakan juga kepada audien yang tidak terdesak, maka tidak berlaku pembelian.
Contoh ke-2 adalah copywriting facebook yang POWER dan berkesan. Copywriting ke-2 juga trick aku untuk iklan barang di facebook. Biasanya iklan servis menulis lah. Copywriting client pun pernah aku gunakan, ianya jenis pengesahan. Sudah tentu banyak yang berinteraksi dengan menekan link tersebut.
Ia juga salah satu cara untuk promosi di Facebook.
Copywriting Jenis Pengesahan ( Copywriting Validation )
Copywriting Validation ini hanya di BOLEH kan, guna pada prospek yang terdesak sahaja. Namun, ianya gagal bertukar kepada jualan, jika ditulis kepada prospek untuk follow up dan sebagainya.
Akhir kata, peniaga yang ingin menulis copywriting di facebook yang Power dan berkesan mestilah memahami masalah audien dan jenis copywriting yang sedia ada. Copywriting tidak perlu menokok tambah ayat supaya menjadi sedap, sebaliknya menulislah dengan perkara yang betul dan tidak menipu pelanggan. Tidak juga ‘Overclaim’.
[…] client yang datang kepadaku, untuk membuat copywriting. Segelintir daripada mereka apabila di soal mengenai USP produk, mereka akan tergamam. […]