Unique Selling Proposition ( USP ) ialah kelainan atau keunikan produk anda yang menarik perhatian audien sasaran. Ia boleh terdiri dari rekaannya, warna, saiz, proses bahan, pembuatan, dan teknologi yang digunakan.
Rata-rata client yang datang kepadaku, untuk membuat copywriting. Segelintir daripada mereka apabila di soal mengenai USP produk, mereka akan tergamam. Kadang-kadang langsung tidak tahu apa itu kegunaanya dalam produk atau bisnes sendiri. Disebabkan perkara ini juga, mereka tewas dengan pesaing.
Kesan apabila tiada USP Produk
Bisnes atau produk dilupai. Prospek dah tak ingat produk dan bisnes anda lagi. Prospek akan melihat, semua peniaga ikan sama sahaja. Tiada perbezaan.
Servis anda mudah didapati daripada mana-mana pesaing, yang menjual benda yang sama.
Cara mengesan USP Produk atau bisnes anda
Cara mengesan USP Produk dan bisnes anda adalah dengan melihat ciri-ciri produk, nama yang unik, faedah selepas penggunaan dan perbezaan.
Jika prospek mahukan CCTV, kenapa perlu cari anda? dan bukan orang lain?
Mungkin anda boleh tawarkan ‘Site visit secara PERCUMA’ sebelum prospek memilih servis anda. Anda ke lokasi prospek untuk lakukan site visit.
Penjual ikan?
Mungkin boleh tawarkan ‘siang ikan atau potong Ketam Nipah’ selepas membeli daripada anda.
Penjual tudung?
Boleh jadi, tudung ‘tak payah gosok’ . Atau shawl dwi warna. 1 harga seperti mempunyai 2 helai tudung. Atau anda sediakan sekali pakej konsultan imej bertudung.
Dari segi CORAK REKAAN tudung : Mungkin corak yang dihasilkan adalah terhad.
Setiap corak yang dihasilkan atas sehelai shawl menggunakan kaedah canting ( manual ).
Penjual Losyen Kurus?
Mujarab! losyen tidak melekit, saiz yang mudah dibawa dan tidak panas. Jenis Roll-On ( packaging yang digunakan )
Ciri unik yang ada pada bisnes anda juga adalah mempunyai website. Di website, mempunyai banyak content berbentuk awareness.
Justeru itu, apa pun jenis bisnes dan produk anda usahakan sila tetapkan USP. Ini lah cara yang tepat dan pantas prospek dalam membuat pembelian segera dan tidak curang. Sebab dengan keunikan ini juga mampu membuatkan pelanggan akan teringat sampai bila-bila.
Facebook : Nor Azlina Mohd Ali
[…] job menulis, N.A Writer ambil upah.Antaranya translate Copywriting English ke Bahasa Malaysia, mempunyai 2 halaman muka surat dengan 6 […]