Nak tulis headline Copywriting makanan. Tolong jangan menggunakan perkataan berbentuk penghinaan. Ianya tidak manis selaku pemilik bisnes yang melakukan penulisan begini. Bukan sahaja tidak manis, malahan menjatuhkan reputasi brand kalian jika ada lakukan begini. Dalam artikel ini akan ditunjukkan cara menulis headline copywriting yang betul, tanpa perlu menghina dan perlian kepada mana-mana individu.
Sebagai contoh headline copywriting makanan
KHAS BUAT ISTERI BEKERJAYA : YANG MALAS MASAK
ayat ini bukan buat bertindak orang membeli, sebaliknya kalian bakal di ‘BLOCK’ di media sosial.
Dalam headline copywriting diatas juga tiada solusi. Hanya mempunyai sasaran sahaja iaitu Ibu Bekerjaya.
Gantikan dengan contoh headline yang lebih sopan begini :
IBU BEKERJAYA YANG TAK SEMPAT MASAK : DAGING OPOR KERING ZY READY TO EAT.
Dalam headline ini mempunyai sasaran ( ibu bekerjaya ) dan Value Proposition nya ialah ‘ready to eat’.
Perkataan malas masak tadi digantikan dengan TAK SEMPAT MASAK. Sebab ibu yang bekerja kan penat balik kerja dan tak sempat nak memasak. Jadi, ini lah sasaran ( target ) dalam headline ini.
Apakah maksud sebenar Headline Copywriting
Kalian perasan tak, surat khabar? kan ada tulisan besar. Tu lah headline. Isi kandungannya ditulis dengan huruf kecil.
Headline adalah tajuk kepada Copywriting. Iaitu kepala iklan kalian. Headline yang mempunyai sasaran, audiens akan baca sehingga habis. Tak mustahil, kemungkinan besar akan bertukar kepada jualan pula.
Teringat dulu, saya melatih diri menulis headline sahaja sebanyak 79 jenis dalam satu hari, sampai ke malam. Sampai sakit-sakit kepala, meletup je tak. Demi nak berikan yang terbaik untuk klien dan prospek masa tu.
Saya buat jer banyak-banyak, lepas tu baru bina [badan] copywriting . Dah puas hati, baru lah saya mulakan menulis badan dia pula.
Jika kalian nak belajar menulis copywriting pendek pun saya dah tulis.
Nah, saya belanja headline Copywriting yang mana produk kalian tiada persaingan : https://youtube.com/shorts/7r8MLMBjKYw?feature=share
Kesimpulannya :
Menulis ayat iklan, terutamanya headline copywriting ( tajuk iklan ) perlu lah lebih peka dengan sensiviti orang ramai. Letakkan keberkatan paling teratas dalam bisnes, insya allah bisnes kita boleh pergi jauh lagi. Tidak semestinya perlu menulis ayat-ayat yang panas, mencengkam hati orang lain. Cara tersebut adalah salah. Jadi, bertukar lah menulis dengan ayat headline copywriting makanan dengan lebih sopan seperti yang saya bincangkan diatas.
Facebook : Nor Azlina Mohd Ali